Bersih Tiada Skandal Berpengalaman Kriteria Utama Jadi Menteri



KUALA LUMPUR: Tiada masalah peribadi, bersih daripada skandal dan berpengalaman adalah antara syarat yang wajar diberi pertimbangan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memilih barisan Menteri Kabinet baharu.

Jemaah Menteri yang dilantik juga perlu dipastikan mampu mendukung aspirasi baharu kerajaan terutama untuk memulihkan ekonomi negara, mewujudkan kestabilan, menjaga kebajikan rakyat dan mengukuhkan perpaduan kaum.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berpendapat calon yang bakal dilantik Muhyiddin sebagai menteri perlu mempunyai pakej digariskan itu jika mahu meletakkan kembali Malaysia ke landasan tepat menjadi negara berdaya saing, diyakini dan mengutamakan rakyat.

Jelas beliau, Kabinet baharu ini mempunyai tempoh kira-kira tiga tahun saja lagi untuk memulihkan ekonomi, meraih semula kepercayaan pelabur dalam dan luar negara, mengukuhkan kestabilan politik serta memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Dalam tempoh tiga tahun ini, saya melihat persepsi akan dimainkan pihak tertentu untuk mengganggu kerja kerajaan baharu. Justeru, perlu ada ‘wajah’ menteri yang mempunyai pengalaman untuk membangunkan semula negara.

“Kalau boleh, jangan dilantik pemimpin yang bermasalah sehingga boleh dimanipulasi dan mencetus persepsi yang akhirnya merencatkan perjalanan kerajaan kerana terpaksa melayan serangan pihak lawan.

“Sekiranya calon itu tiada jawatan utama dalam parti sekali pun tetapi memiliki pengalaman serta tidak membawa imej buruk, ia harus diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya kepada BH, hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

Al-Sultan Abdullah berkenan memilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mendapati Ahli Parlimen Pagoh itu mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Jemaah Menteri yang baharu perlu dipilih selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri, Isnin lalu sekali gus menyaksikan barisan Kabinet yang dibentuk pada 2018 terlucut daripada jawatan masing-masing.

Zuhdi turut menegaskan, jemaah menteri Kabinet yang bakal dilantik harus dipilih daripada pelbagai kaum berikutan kerajaan yang baharu terbentuk ini dilihat di dominasi kaum Melayu Bumiputera dari BERSATU, UMMO, PAS dan bekas pemimpin PKR.

“Disebabkan kumpulan yang mewakili kaum lain tidak ramai, MCA mempunyai dua wakil, MIC pula seorang, berkemungkinan perlu ada menteri yang dilantik bukan dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Walaupun teras kepemimpinan kerajaan di Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera, kerajaan tidak boleh meninggalkan kaum lain,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjangkakan pembentukan Kabinet baharu akan diselesaikan pada minggu ini menerusi perundingan bersama parti yang membentuk kerajaan baharu.

Katanya, pelantikan Jemaah Menteri yang baharu juga perlu disegerakan bagi membolehkan kerajaan berfungsi dengan segera terutama memulihkan ekonomi, mengukuhkan kembali perpaduan antara kaum dan membantu rakyat.

MR :  Suatu pandangan yang baik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/bersih-tiada-skandal-berpengalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemaah Menteri Yang Bersih Dan Berintegriti Antara Intipati Di Dalam Ucapan Perdana Menteri Ke 8

Jemaah Menteri Yang Bersih Dan Berintegriti Antara Intipati Di Dalam Ucapan Perdana Menteri Ke 8

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 522 hits
Tempat jam 9 malam sebentar tadi YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi ucapan khas sbg Perdana Menteri Ke 8 Ucapan khas bertajuk
Muhyiddin Ikrar Lantik Jemaah Menteri Bersih Berintegriti

Muhyiddin Ikrar Lantik Jemaah Menteri Bersih Berintegriti

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih berintegriti dan berkaliber Muhyiddin berkata beliau sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah k...
Individu Bersih Berintegriti Bebas Rasuah Akan Dilantik Sebagai Menteri Pm

Individu Bersih Berintegriti Bebas Rasuah Akan Dilantik Sebagai Menteri Pm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 475 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menurunkan tandatangan pada borang rasmi sempena hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra Putrajaya foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedar...
Jemaah Menteri Bakal Hilang Pendapatan Lumayan

Jemaah Menteri Bakal Hilang Pendapatan Lumayan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 341 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021 2030 di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya foto AFFAN FAUZI KITA semua maklum yang semalam Seri...
Proses Pemilihan Perdana Menteri Oleh Yang Di Pertuan Agong Menurut Perlembagaan Persekutuan

Proses Pemilihan Perdana Menteri Oleh Yang Di Pertuan Agong Menurut Perlembagaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 553 hits
Kemelut berkaitan politik Malaysia semakin hari semakin memeningkan kepala terutama kepada rakyat yang kurang berpengetahuan seperti saya Ia menjadi begitu rumit dan penuh dengan drama sejak adanya percubaan pihak tertentu untuk menumbangka...
Dpr Lantik Anggota Baru Pengganti 3 Menteri Jokowi

Dpr Lantik Anggota Baru Pengganti 3 Menteri Jokowi

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 227 hits
Dewan Perwakilan Rakyat melakukan pergantian antar waktu tiga anggotanya Tiga anggota DPR baru ini menggantikan legislator yang diangkat menjadi menteri Pelantikan itu dilaksanakan dalam rapat paripurna penutupan masa sidang dua 2019 2029
Menteri Edhy Prabowo Angkat Wakabareskrim Antam Novambar Jadi Plt Sekjen Kkp

Menteri Edhy Prabowo Angkat Wakabareskrim Antam Novambar Jadi Plt Sekjen Kkp

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 260 hits
Menteri Edhy mengajak seluruh jajarannya untuk selalu berpikir dan berwawasan terbuka Ia berharap kebersamaan dan kekompakan menjadi semangat dalam setiap langkah ke depan
Intipati Perutusan Khas Yab Perdana Menteri

Intipati Perutusan Khas Yab Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 575 hits
Intipati Perutusan Khas YAB Perdana Menteri yang telah disiarkan secara langsung jam 4 45 petang tadi Jom sama sama baca semula Intipati Perutusan Khas YAB Perdana Menteri PERUTUSAN KHASYAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYS...
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Selamat Pengantin Haru

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Lebih Ramai Bukan Bumiputera Akan Masuk Sebagai Ahli Bersekutu Bersatu Pahang Dalam Masa Terdekat Ini

Cara Buat Link Whatsapp

Bekas Penjaga Gol Lagenda Pulau Pinang Meninggal Dunia Ketika Beraksi

Menu Kering Kering Je Hari Ni