Cirit Birit Muntah Makan Puding Buih Bazar Ramadan



Cirit-birit, muntah makan puding buih bazar Ramadan
Dua beradik mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan berhampiran Padang Bola Kampung Bukit Tumbuh, di sini, Rabu lalu.
Mangsa Muhammad Aqil Rifqi Mohd Rusnizam, 9, dan adiknya, Nur Azzahra Raisha, 7, dari Kampung Bukit Tok Beng, di sini, dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kira-kira sembilan jam selepas memakan puding buih itu.
Bapa mangsa, Mohd Rusnizan Johari, 39, berkata Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra memakan puding buih dibeli ibunya, Tuan Naemah Tuan Husain, 37, di sebuah gerai di bazar Ramadan di kampung itu, kira-kira 6 petang, Rabu lalu.
Katanya, dua beradik yang masing-masing belajar di Tahun Tiga dan Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tumbuh, di sini, mula mengalami cirit-birit dan muntah, kira-kira 4 pagi Khamis lalu.
“Melihat kepada keadaan dua beradik yang semakin lemah, longlai dan pucat, saya terus membawa ke sebuah klinik swasta sebelum diarahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra terus dimasukkan ke zon merah Jabatan Kecemasan @ Trauma HSNZ,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Rusnizan berkata, peniaga di gerai berkenaan mendakwa hanya membantu menjual puding buih yang dihantar seorang individu.
“Saya sendiri berjumpa dengan peniaga dan memaklumkan puding buih yang dibeli isterinya punca dua anak terpaksa dimasuk serta dirawat di wad kecemasan HSNZ.
“Peniaga berkenaan mendakwa dia hanya mengambil upah menjual pelbagai juadah berbuka puasa termasuk puding buih,” katanya.
Sementara itu, Tuan Naemah ketika dihubungi berkata, dua beradik itu makan nasi goreng bersama seorang lagi saudara sepupunya ketika berbuka puasa.
Bagaimanapun, katanya, saudara sepupunya tidak makan puding buih yang dibeli di sebuah gerai menjual di bazar Ramadan.
“Kita mengesyaki Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra keracunan puding buih kerana saudara sepupunya dan saya sendiri yang tidak makan makanan itu tidak mengalami sebarang cirit-birit dan muntah,” katanya.
Mengulas lanjut, Tuan Naemah mengesahkan keadaan dua beradik itu semakin pulih tetapi masih memerlukan penjagaan rapi selepas tiga hari dirawat di wad kanak-kanak di HSNZ.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong ketika dihubungi mengesahkan ada menerima maklumat itu dan dua beradik berkenaan kini sedang dirawat di HSNZ.
Katanya, siasatan untuk menentukan punca dua beradik itu keracunan masih dijalankan.
“Kami juga sudah mengambil sampel untuk dianalisis bagi menentukan punca sebenar sehingga menyebabkan dua beradik itu mengalami keracunan makanan,” katanya. HM
Cirit-birit, muntah makan puding buih bazar Ramadan
Baca Artikel Menarik:
Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video) GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36% Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail Ceti Haram Salah Alamat Syamsul Debat, Dusuki dilarang ceramah di Selangor? Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel Nelayan Rusia temui anak naga Zamani Slam goyang jadi juri Pemandu Kurier Lesap Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k Geng YakYakYeh, dulu plastik hitam kini beg hitam! Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/10/cirit-birit-muntah-makan-puding-buih-bazar-ramadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Basuh Botol Yang Salah Punca Anak Cirit Birit Muntah

Cara Basuh Botol Yang Salah Punca Anak Cirit Birit Muntah

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 172 hits
Walaupun telah dicuci bersih dengan menggunakan sabun namun botol susu bayi masih lagi tidak bersih sepenuhnya jika tidak disteril Bagaimanakah cara mensterilkan botol susu bayi yang betul Kepentingan mengetahui cara mensterilkan botol susu...
Buoh Kekoh Macar Laku Keras Di Bazar Ramadan

Buoh Kekoh Macar Laku Keras Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 185 hits
Buoh Kekoh Macar Laku Keras Di Bazar Ramadan KOTA BHARU Buoh Kekoh Macar atau sejenis kuih tradisional yang dikenali sebagai onde onde atau buah Melaka ini memang mudah didapati sepanjang bulan Ramadan Kebiasaannya kuih muih masakan tradisi...
10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022

10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 256 hits
Berbuka Puasa dengan Seleksi Makanan Terbaik di Bazar Ramadan Sekitar Negeri Selangor Tentunya kedatangan bulan Ramadan yang mulia kali ini disambut meriah oleh seluruh umat Islam Selain dari memperbanyak amal dan ibadah bulan Ramadan juga ...
Sedapnya Puding Kastard Berkuah Makan Sejuk Sejuk Terasa Nikmat Sangat

Sedapnya Puding Kastard Berkuah Makan Sejuk Sejuk Terasa Nikmat Sangat

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 289 hits
Macam tak lengkap hidangan berbuka puasa kalau tiada sajian pencuci mulut Selalunya menu yang sejuk dan lembut menjadi pilihan Jika anda masih belum ada idea untuk sajian pencuci mulut apa kata anda cuba resipi Puding Kastard Berkuah sepert...
10 Bazar Ramadan Popular Di Lembah Klang Mana Satu Rasa Nak Pergi

10 Bazar Ramadan Popular Di Lembah Klang Mana Satu Rasa Nak Pergi

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 202 hits
10 Bazar Ramadan Popular Di Lembah Klang Mana Satu Rasa Nak Pergi SELEPAS seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa kemeriahan orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan nampaknya cukup meriah Apatah lagi sudah dua tahun rakyat Malaysia terpa...
Rm20 Tak Cukup Untuk Beli Juadah Di Bazar Ramadan Rakyat Marhaen

Rm20 Tak Cukup Untuk Beli Juadah Di Bazar Ramadan Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 240 hits
Foto hiasan Harian MetroUtusan Malaysia pada Isnin 11 April 2020 melaporkan pengunjung bazar Ramadan pada tahun ini merungut kerana terpaksa berbelanja lebih dari RM20 seorang untuk membeli juadah berbuka Pengunjung bazar Ramadan Stadium Sh...
Siakap Bakar Size Sederhana Dijual Rm40 Peniaga Bazar Ramadan Jangan Ani4y4 Pembeli

Siakap Bakar Size Sederhana Dijual Rm40 Peniaga Bazar Ramadan Jangan Ani4y4 Pembeli

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 217 hits
TAHUN ini Merak Jalanan tidak ketinggalan membeli juadah di bazar Ramadan Maklum saja sudah dua tahun tidak berkesempatan menikmati suasana tersebut disebabkan pandemik Covid 19
Beli Mee Lauk Sotong Rm30 Berulat Pelanggan Kesal Juadah Dibeli Dari Bazar Ramadan Putrajaya Berulat

Beli Mee Lauk Sotong Rm30 Berulat Pelanggan Kesal Juadah Dibeli Dari Bazar Ramadan Putrajaya Berulat

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 482 hits
Hari ke 12 berpuasa statistik dari open source menunjukkan kes keracunan makanan meningkat lebih dari 100 kes di seluruh negara berpunca dari makanan yang dibeli dari bazar Ramadan Tular di media sosial kini seorang pengguna mendakwa juadah...
Bazar Ramadan 2022 Ini Senarai 18 Bazar Yang Terbaik Seluruh Negara

Bazar Ramadan 2022 Ini Senarai 18 Bazar Yang Terbaik Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 421 hits
Ramadhan 2022 meriah kembali dengan bazar ramadan yang kembali dibenarkan beroperasi Jom tengok senarai bazar ramadhan terbaik di Kuala Lumpur Selangor Johor dan Pulau Pinang kami buat ni Ramadhan atau Ramadan ada apa dengan ejaan Yang past...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun

Ptti Meraikan Pelajar Spm Cemerlang