Najib Tak Layak Tanding Peguam




 
Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman 12 tahun penjara setelah kekal didapati bersalah melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata satu-satu cara untuk Najib bertan­ding pada PRU-15 ialah mendapatkan pengampunan diraja sebelum hari penamaan calon.

Menurutnya berdasarkan Perkara 48 itu, Najib secara automatik hilang kelayakan untuk menjadi calon pilihan raya kerana bekas Perdana Menteri itu dihukum penjara lebih setahun dan didenda lebih RM2,000.

Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.”

“Satu-satu cara Najib boleh bertanding pada PRU-15 ialah kena dapatkan pengampunan diraja bagi membatalkan sa­bitan, kesalahan dan hukuman. Satu jam sebelum penamaan calon pun masih boleh diterima. Namun, jika tiada (pengampunan), dia tidak layak,” katanya menurut Utusan.

Terdahulu, nama Najib adalah antara lima individu yang disenaraikan UMNO Bahagian Pekan untuk bertanding pada PRU-15 akan datang.

Beliau mengulas kenyataan bekas Pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman yang memaklumkan Najib boleh bertanding, walaupun dia sedang menjalani hukuman penjara dan pencalonan boleh dihantar menerusi wakilnya.

Haniff kecewa dengan kenya­taan Ab Rashid kerana apa yang dinyatakan itu bercanggah dengan Perlembagaan dan boleh mengelirukan mas­yarakat.

“Perkara ini perlu berlandaskan fakta kerana termaktub dalam Perlembagaan dan bukannya boleh bagi pendapat dan ulasan begitu sahaja. Sepatutnya dia (Ab Rashid) tahu perkara ini kerana dia bekas Pengerusi SPR,” katanya.

Sementara itu, pengamal undang-undang, Datuk Adnan Seman berkata Najib tidak boleh bertanding pada PRU-15 kerana telah disabitkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

“Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu hilang kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen jika dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan.

“Serta dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas,” katanya.

Katanya, walaupun Najib telah memfailkan suatu petisyen bagi pengampunan namun petisyen tersebut hanya menghalang kehilangan kelayakan beliau sebagai ahli Majlis Parlimen sebagaimana yg diperuntukkan di bawah Fasal (4) Perkara 48.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/najib-tak-layak-tanding-peguam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tidak Layak Tanding Pru 15 Selagi Belum Mendapat Pengampunan Agong

Najib Tidak Layak Tanding Pru 15 Selagi Belum Mendapat Pengampunan Agong

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 168 hits
KUALA LUMPUR Tiada jalan lain untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kecuali beliau mendapat pengampunan daripada Yang di Pertuan Agong melalui Lembaga Pengampunan Peguam Bela da...
Peguam Najib Tunjuk Surat Putera Arab Janji Beri Duit

Peguam Najib Tunjuk Surat Putera Arab Janji Beri Duit

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 326 hits
malaysiakini comDua pucuk surat dikatakan daripada seorang putera Arab Saudi didakwa menjanjikan derma AS 1 17 bilion kepada bekas perdana menteri Najib Razak Peguam Najib menunjukkan dokumen itu dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ...
Najib Allowed To Attend Court In Suit Against Tommy Thomas

Najib Allowed To Attend Court In Suit Against Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 308 hits
Najib Razak alleges that Tommy Thomas pressed 1MDB related charges against him as part of a long planned premeditated exercise KUALA LUMPUR Najib Razak who is serving a 12 year jail term for corruption has been allowed to attend court on Oc...
Prosecution Tells Najib To Stop Comments On 1mdb Case

Prosecution Tells Najib To Stop Comments On 1mdb Case

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 304 hits
The prosecution says Najib Razak s defence counsel brought up four purported letters from Prince Saud Abdulaziz Al Saud at a press conference yesterday KUALA LUMPUR The prosecution in Najib Razak s 1MDB trial has complained to the High Cour...
Kisah Najib Yang Tak Masuk Akal

Kisah Najib Yang Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 208 hits
Najib dijanjikan US 1 17 bilion tu memang tak masuk akal Tapi kalau kata aku nak percaya masih boleh lagi Tapi nak kata janji itu bagi menghargai usaha Najib memperkenalkan Islam ke seluruh dunia itu aku tak boleh brain Cuba senaraikan apa ...
Jabatan Penjara Tolak Permintaan Najib Hadiri Dewan Rakyat

Jabatan Penjara Tolak Permintaan Najib Hadiri Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Penjara menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk hadir ke persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini Peguam utamanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita hari ini baha...
Najib Pertimbang Tindakan Undang Undang Jika Tak Dibenar Hadir Parlimen

Najib Pertimbang Tindakan Undang Undang Jika Tak Dibenar Hadir Parlimen

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 239 hits
malaysiakini comPeguam yang mewakili Najib Razak memberi masa sehingga jam 12 tengah hari esok kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin untuk menjawab rayuan supaya ahli parlimen Pekan itu dibenarkan hadir ke parlimen Jika tidak pasukan ...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nex Dan Fattah Amin Bersama Palestin

Kematian Adik Zara Qairina

Hukum Membeli Barang Kemas Secara Ansuran

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam