Najib Selain Minta Rakyat Berkorban Esok Kerajaan Juga Akan Tuding Jari Pada Saya


SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
 Nur Effy
November 1, 2018


SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjangkakan beliau akan menjadi ‘sasaran’ sewaktu pembentangan Bajet 2019 oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad esok (Jumaat).

Kata Najib, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir pasti akan menggunakan alasan hutang negara berjumlah RM 1 trillion, untuk menutup kelemahan mereka.

“Apabila pembentangan bajet 2019 dibuat esok di mana kerajaan akan meminta rakyat berkorban, saya jangka kerajaan Pakatan Harapan akan menuding jari kepada saya dan kerajaan BN terdahulu dengan menggunakan angka hutang RM1 trilion rekaan mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas Najib, kerajaan PH ketika ini sudah tersasar dari mencapai sasaran defisit 2.8 peratus yang ditetapkan melalui Bajet 2018.

Katanya, ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan yang memaklumkan kepada Parlimen pada Selasa lalu bahawa kerajaan PH sudah meminjam RM87.5 bilion bagi tahun ini, sehingga September 2018.

“Sebagaimana dinyatakan melalui RMK11 yang disemak semula, kerajaan PH telah meningkatkan sasaran defisit sehingga tahun 2020 berbanding sasaran kerajaan terdahulu.

“Saya yakin defisit bajet bagi 2018 hingga 2020 akan lebih tinggi berikutan pemansuhan GST dan kerana ekonomi sudah bertambah lembab walaupun BN telah meninggalkan ekonomi yang kukuh dan berkembang kepada mereka.

“Ekonomi yang lemah bermakna perolehan cukai kerajaan juga akan turut menyusut,” kata Najib selain turut menyertakan carta sejarah defisit dan unjuran yang dibuat beliau bagi defisit bajet bagi tahun 2009 hingga 2020.
Najib juga mempersoalkan bagaimana kerajaan PH mahu mengurangkan beban hutang apabila jurang defisit semakin tinggi, yang akan menyaksikan lebih banyak peminjaman dibuat, sekaligus meningkatkan hutang.

“Sebuah kerajaan akan mengalami defisit bajet apabila perbelanjaannya adalah lebih tinggi dari pendapatannya dan perlu meminjam untuk memenuhi jurang perbezaan.

“Ini mengakibatkan peningkatan hutang kerajaan. Apabila defisit adalah tinggi, ini bermakna akan lebih banyak peminjaman dibuat, sekaligus meningkatkan hutang.

“Jadi, bagaimana kerajaan PH akan mengurangkan hutang negara jika mereka meminjam lebih banyak berikutan defisit yang lebih besar?,” soalnya.

Beliau turut memberi contoh bagaimana kerajaan BN mengalami defisit tinggi pada 2009 dan 2010, namun akhirnya berjaya mengurangkan defisit bajet setiap tahun, malah berupaya meningkatkan jumlah bantuan yang disalurkan kepada rakyat setiap tahun, menambah projek-projek mesra rakyat selain mengurangkan cukai pendapatan dan korporat.

“Dan kita tidak pernah meminta rakyat untuk berkorban.

“Bagi kerajaan PH pula, kita lihat mereka merancang untuk mengurangkan bantuan kepada rakyat, memansuhkan projek-projek rakyat, meningkatkan atau memperkenalkan cukai baharu dan rakyat diminta berkorban tetapi pada masa yang sama, defisit meningkat berbanding penurunan ketara bagi tempoh 9 tahun yang lalu.

“Ini sangat aneh. Oleh itu, jalan mudah untuk PH ialah dengan menuding jari, tanpa mengambil kira fakta, kepada saya dan kerajaan BN terdahulu untuk menutup kelemahan mereka,” katanya lagi. 
-SuaraTv

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/najib-selain-minta-rakyat-berkorban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Setiap Hari Kerajaan Hina Rakyat Kata Najib

Subsidi Setiap Hari Kerajaan Hina Rakyat Kata Najib

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 381 hits
October 31 2018 10 24 PMPETALING JAYA Bekas perdana menteri hari ini membidas kerajaan kerana berterusan menghina rakyat kali ini kerana subsidi Datuk Seri Najib Razak tidak berpuas hati dengan kenyataan yang membayangkan subsidi akan dihen...
Dokumen Kerajaan Ph Akui Hutang Negara Rm688 Bilion Bukannya 1 Trilion Najib

Dokumen Kerajaan Ph Akui Hutang Negara Rm688 Bilion Bukannya 1 Trilion Najib

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 320 hits
Suara Tanpa SempadanPEKAN Kenyataan pemimpin kerajaan yang sering mendakwa hutang negara berjumlah RM1 trilion akan menyebabkan Malaysia rugi kerana boleh menimbulkan kesangsian dalam kalangan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara Bekas P...
Najib Irwan Dipanggil Hadir Di Sprm Esok

Najib Irwan Dipanggil Hadir Di Sprm Esok

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 346 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah dipanggil hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia esok kata sumber Sumber yang rapat dengan penyiasata...
Gst Punca Rakyat Memarahi Pentadbiran Kerajaan Najibrazak Dralihamsa Tengkuadnanreal

Gst Punca Rakyat Memarahi Pentadbiran Kerajaan Najibrazak Dralihamsa Tengkuadnanreal

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 294 hits
Hari ini aku nak cerita sedikit tentang GST disebabkan ada dikalangan puak pembangkang yang sering menuduh kelembapan ekonomi adalah berpunca dari Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ini kerana beliau telah mengenakan GS...
Kerajaan Jangan Asyik Salahkan Pentadbiran Dahulu Bn Najib

Kerajaan Jangan Asyik Salahkan Pentadbiran Dahulu Bn Najib

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap kerajaan berhenti daripada terus mencari kesalahan dirinya dan pentadbiran terdahulu sebaliknya memberi fokus untuk menyelamatkan ekonomi negara Najib berkata demikian mener...
Rancangan Malaysia Kesebelas Adalah Hasil Usaha Kerajaan Bn Ds Najib

Rancangan Malaysia Kesebelas Adalah Hasil Usaha Kerajaan Bn Ds Najib

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 485 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam tonggak kajian yang terdapat dalam laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas semuanya adalah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional Menurut beliau yang juga ...
Kerajaan Ph Menjarah Petronas Bagi Menutup Kekurangan Pendapatan Najib

Kerajaan Ph Menjarah Petronas Bagi Menutup Kekurangan Pendapatan Najib

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 372 hits
RM400 bilion Kerajaan PH menjarah Petronas membayar dividen RM54 bilion Pada masa ini Petronas mampu bayar kerana rizab mereka yang ditinggalkan kerajaan BN setinggi RM147 bilion pada akhir Mac 2018 Kenapa rizab Petronas tinggi Antara sebab...
Bajet 2019 Pm Minta Rakyat Berkorban Sikit

Bajet 2019 Pm Minta Rakyat Berkorban Sikit

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 341 hits
The ReporterPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat berkorban sedikit bagi melaksanakan Bajet 2019 kerana prestasi kewangan negara tidak begitu mengizinkan untuk beberapa perkara Mahathir mendakwa kerajaan Barisan Nasional se...
Najib Kena Buli Di Dewan Rakyat

Najib Kena Buli Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 485 hits
Najib Kena Buli Di Dewan Rakyat Lain kali saya tulis di FB sudah kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sejurus selepas beliau menyampaikan ucapan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat hari ini Terdahulu Najib berucap semasa memb...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Akhirnya Siap Buat Website Canva User

Anak Nak Masuk Tadika Mak Ayah Siapkan Mental Anak Dulu Biar Anak Bersedia

Maksud Bojeng Dialek Kelantan

Suloszowa Kampung Unik Di Poland

China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

Travelog Haji Sebuah Perjalanan Iman Yang Mengubah Jiwa