Dokumen Kerajaan Ph Akui Hutang Negara Rm688 Bilion Bukannya 1 Trilion Najib


SUARA TV
Suara Tanpa SempadanAbdul Mursyid
October 19, 2018


PEKAN – Kenyataan pemimpin kerajaan yang sering mendakwa hutang negara berjumlah RM1 trilion akan menyebabkan Malaysia rugi kerana boleh menimbulkan kesangsian dalam kalangan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11(RMK-11) bagi 2016 sehingga 2020 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, membuktikan hutang negara berjumlah RM688 bilion mengikut tarif antarabangsa.

Beliau berkata, definisi hutang RM1 trilion yang sering disebut pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengikut tarif antarabangsa kerana memasukkan dua unsur tambahan iaitu liabiliti luar jangka serta pembayaran pajakan.

“Dokumen PH semalam mengesahkan apa yang BN perkatakan selama ini, saya tidak pernah berganjak bahawa itulah (RM688 bilion) hutang negara sebenar.

“Kalau sebut RM1 trilion, ini akan mendatangkan reaksi dalam kalangan pelabur dan pasaran global sangsi dengan keadaan ekonomi negara kita yang hanya akan merugikan Malaysia.

“Apa pun kita hendak buat walaupun hendak main politik, jangan korbankan kepentingan negara,” katanya pada media selepas makan tengah hari dan meninjau Medan Makan D’ Kuala Pahang dekat sini, hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata Kajian Separuh Penggal RMK-11 yang dibentangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam juga membuktikan bahawa hutang negara yang berada pada tahap 50.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini semakin menguncup berbanding 54 peratus tiga tahun lalu.

“Ini juga bererti bahawa satu lagi tuduhan mereka bahawa kerajaan BN boros adalah tidak benar sebab kalau boros hutang kita meningkat tetapi hutang kita sebaliknya menguncup.

“Ia bermakna kerajaan terdahulu sudah mentadbir negara dengan sikap bertanggungjawab… kita tidak boleh mengurangkan secara mendadak sebab perlu pinjaman untuk pembangunan negara,” katanya. – BH
Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Najib dipetik dari laman Facebook beliau.

Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk tahun 2016 sehingga 2020 telah diedar dan dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Yang peliknya ialah kajian rasmi Kerajaan PH ini berpendapat bahawa prestasi ekonomi Malaysia adalah baik untuk 2016 dan 2017 walaupun dalam tahun-tahun ini, PH sendiri pernah berulang-kali memberitahu rakyat bahawa Malaysia sudah hancur dan di dalam krisis.

Kajian itu juga mengesahkan hutang kerajaan ialah pada tahap RM688 bilion pada akhir tahun 2017 manakala nisbah hutang dan defisit kerajaan di bawah BN juga menurun setiap tahun sehingga 2017.

Bagaimanapun selepas mengambil alih kerajaan, PH sudah mengubah sasaran RMK11 di mana unjuran pertumbuhan ekonomi setiap tahun telah direndahkan kepada 4.5% hingga 5% berbanding 5% hingga 6% sebelum ini.

Kadar dan jumlah pelaburan swasta dan kerajaan juga dirancang untuk berkurang pada tempoh ini.

Yang paling aneh ialah, Kerajaan PH juga berkata defisit kerajaan akan diteruskan, malah akan turut dinaikkan sehingga -3% pada tahun 2020 berbanding 0.6% dibawah BN.

Jangkaan untuk kerajaan mengalami defisit yang lebih tinggi dan berterusan ini bermakna kerajaan sudah merancang untuk meminjam lebih banyak wang.

Bagaimana hendak mengurangkan hutang negara yang mereka sering sebut sebagai RM1 trilion jika kita terus meminjam dan akan meminjam dengan lebih banyak untuk menampung defisit yang dinaikkan?

Ini matematik ataupun rancangan ekonomi jenis salah titik perpuluhan hantam sahaja ke?

Adakah ini bermakna bahawa strategi PH untuk menyelamatkan negara dan mengurangkan hutang ialah dengan mengurangkan kadar pelaburan, kadar pertumbuhan ekonomi dan menaikkan hutang negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/10/dokumen-kerajaan-ph-akui-hutang-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terdiam Semua Anwar Ibrahim Dedah Kerajaan Ph Terpaksa Bayar Hutang Najib Rosmah 8 Bilion Setahun

Terdiam Semua Anwar Ibrahim Dedah Kerajaan Ph Terpaksa Bayar Hutang Najib Rosmah 8 Bilion Setahun

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 358 hits
Terdiam Semua Anwar Ibrahim Dedah Kerajaan Ph Terpaksa Bayar Hutang Najib Rosmah 8 Bilion Setahun
Kerajaan Hilang Berpuluh Bilion Kerana Guan Eng Najib

Kerajaan Hilang Berpuluh Bilion Kerana Guan Eng Najib

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR 8 Okt Semakin hari nampaknya semakin hebat Menteri Kewangan Lim Guan Eng disindir oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja status atau kenyataan balas antara kedua dua ...
Rmk11 Tak Benar Bn Boros Hutang Negara Kuncup Najib

Rmk11 Tak Benar Bn Boros Hutang Negara Kuncup Najib

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 284 hits
Kenyataan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan yang sering mendakwa hutang negara berjumlah RM1 trilion boleh menyebabkan Malaysia rugi kerana menimbulkan kesangsian di kalangan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara Bekas Perdana Menteri Dat...
Najib Akui Tidak Pernah Sahkan Sumber Rm2 6 Bilion Anggap Derma Raja Saudi

Najib Akui Tidak Pernah Sahkan Sumber Rm2 6 Bilion Anggap Derma Raja Saudi

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 339 hits
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilaporkan mengakui bahawa beliau tidak mengesahkan sumber dana RM2 6 bilion yang diterima dalam akaun banknya yang dipercayai telah diseleweng dari 1Malaysia Development Berhad Berc...
Beri Tiga Bulan Tax Holiday Negara Hilang Rm11 Bilion Itu Tindakan Bodoh Kerajaan Ph Ahmad

Beri Tiga Bulan Tax Holiday Negara Hilang Rm11 Bilion Itu Tindakan Bodoh Kerajaan Ph Ahmad

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 281 hits
Datuk Ahmad Maslan Foto NSTKekurangan peruntukan RM133 juta oleh Wisma Putra berpunca daripada kelepasan cukai tiga bulan yang diberikan kerajaan sebelum memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan kata Umno Anggota Majlis Tertinggi...
Hutang Negara Adakah Mat Sabu Dakwa Lim Guan Eng Seorang Penipu Najib

Hutang Negara Adakah Mat Sabu Dakwa Lim Guan Eng Seorang Penipu Najib

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 296 hits
Hutang Negara Kerajaan BN kata RM688 bilion Ketiga tiga agensi penarafan antarabangsa dan Bank Dunia kata RM688 bilion Lim Guan Eng kata RM1 trilion Kini Mat Sabu kata nilai sebenar hutang negara adalah jauh lebih besar daripada RM1 trilion...
Dedah Panas Ds Najib Beri Sebab Kenapa Br1m Perlu Diteruskan Bukannya Satu Bentuk Rasuah Sahabatsmb

Dedah Panas Ds Najib Beri Sebab Kenapa Br1m Perlu Diteruskan Bukannya Satu Bentuk Rasuah Sahabatsmb

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 362 hits
TUDUHAN BAHAWA BR1M ADALAH RASUAH BR1M adalah satu jaringan keselamatan sosial yang disyorkan oleh Jawatankuasa Fiskal Negara yang terdiri daripada pegawai pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Bank Negara dan Kementerian Kewangan Mereka keba...
Najib Saman Peguam Negara Kp Sprm Amar Singh

Najib Saman Peguam Negara Kp Sprm Amar Singh

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 226 hits
Najib bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melambai kepada penyokong semasa hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tommy T...
Mahathir Beri Jaminan Ekonomi Negara Akan Pulih Selepas Najib Disingkirkan

Mahathir Beri Jaminan Ekonomi Negara Akan Pulih Selepas Najib Disingkirkan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 234 hits
Setelah pelbagai cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak mendatangkan kesan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata hanya turun ke jalanraya dan undi tidak percaya di Dewan Rakyat sahaja jalan terakhir untuk menum...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven