Najib Rosmah Mungkin Dipaksa Beri Keterangan Kpn


Amir Mamat    POLIS tidak menolak kemungkinan akan ‘memaksa’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan berhubung pendedahan sembilan set rakaman perbualan membabitkan beberapa individu berprofil tinggi oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, turut akan dipaksa berbuat demikian adalah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata, proses untuk memanggil mereka bagi memberi keterangan sedang berjalan dan diharap laporan lengkap kes dipercepatkan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Ada ketikanya ketika dipanggil mereka tak dapat datang dengan memberikan alasan munasabah seperti mempunyai (kes lain) di mahkamah atau tidak sihat, mungkin mereka akan diberikan tarikh tertentu untuk hadir.

“Kita kalau boleh nak cepat (selesaikan kes), tetapi mereka memberi alasan munasabah. Sekiranya tidak (mempunyai alasan munasabah), kita akan paksa dan perintah mereka untuk datang mengikut prosedur undang-undang,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, Melaka, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Kasim Karim.

Setakat 28 Januari lalu, polis hanya memperoleh keterangan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bagi membantu siasatan kes rakaman audio terbabit.

Pada 15 Januari lalu, Latheefa memberi keterangan hampir empat jam kepada polis berkaitan rakaman audio berkenaan.

Turut memberi keterangan adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan lima pegawai suruhanjaya itu.

SPRM pada 8 Januari lalu mendedahkan nama 20 individu termasuk Najib, Rosmah dan Abdul Azeez yang dirakam perbualannya, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Senarai itu yang turut membabitkan beberapa tokoh kenamaan asing, diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan 45 minit diperdengarkan SPRM pada satu sidang media.

Semua rakaman perbualan didedahkan itu dipercayai berlaku di antara 5 Januari hingga 29 Julai 2016, diperoleh SPRM awal tahun ini daripada entiti tidak didedahkan, tetapi agensi antirasuah itu yakin rakaman terbabit adalah tulen.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/najib-rosmah-mungkin-dipaksa-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Local Band Apologises For Najib Rosmah Dig During Ajl Performance

Local Band Apologises For Najib Rosmah Dig During Ajl Performance

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 500 hits
The vocalist for local rock group Drama Band has apologised for the band s Anugerah Juara Lagu performance which seemingly mocked Najib Abdul Razak and Rosmah Mansor According to lead singer Aepul Roza last night s performance was intended ...
Najib Asked To Leave Courtroom For Rosmah S Bribery Trial

Najib Asked To Leave Courtroom For Rosmah S Bribery Trial

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 461 hits
KUALA LUMPUR Former prime minister Datuk Seri Najib Razak was asked to leave the courtroom where his wife was facing a graft trial after the prosecution objected to his presence at the High Court here High Court judge Justice Mohamed Zaini ...
Drama Band Mohon Maaf Kerana Menghina Najib Dan Rosmah

Drama Band Mohon Maaf Kerana Menghina Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 676 hits
Vokalis Drama Band Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung susulan persembahan di Anugerah Juara Lagu ke 34 yang mencetus kontroversi dan kecaman netizen Jelasnya ia merupakan sebuah jalan cerita kehidupan yang ingin di...
Dua Bag Berisi Wang Diletak Atas Sofa Di Rumah Najib Rosmah

Dua Bag Berisi Wang Diletak Atas Sofa Di Rumah Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 458 hits
Bekas pemandu kepada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah meletakkan dua beg galas berisi bungkusan wang denominasi RM100 di atas sofa hijau di kediaman bekas Perdan...
Cops To Record Statements From Najib Rosmah Dzulkifli Soon

Cops To Record Statements From Najib Rosmah Dzulkifli Soon

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 286 hits
NAJIB TAPES The police will record statements from former prime minister Najib Abdul Razak his wife Rosmah Mansor and former MACC chief Dzulkifli Ahmad soon over the telephone conversation recordings released by the MACC In a statement toda...
Polis Mula Siasatan Pembunuhan Altantuya Klip Video Najib Rosmah

Polis Mula Siasatan Pembunuhan Altantuya Klip Video Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 450 hits
PETALING JAYA Polis memulakan siasatan ke atas 2 kes berprofil tinggi membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan pembunuhan seorang warga Mongolia dan klip audio berkait 1MDB dan SRC International Polis mula siasatan pembunuhan Al...
Bicara Kes Rosmah Hakim Minta Najib Tinggalkan Mahkamah

Bicara Kes Rosmah Hakim Minta Najib Tinggalkan Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 482 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi pada Khamis meminta bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan mahkamah yang sedang mendengar perbicaraan berhubung kes rasuah melibatkan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor Najib 67 yang memak...
Police May Compel Najib Rosmah To Give Statement On Wiretapped Calls

Police May Compel Najib Rosmah To Give Statement On Wiretapped Calls

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 316 hits
Inspector General of Police Abdul Hamid Bador would not rule out compelling former prime minister Najib Abdul Razak and his wife Rosmah Mansor to give a statement regarding a series of recorded phone calls released by the MACC last month Al...
Dua Rakaman Suara Di Kenalpasti Milik Najib Dan Rosmah

Dua Rakaman Suara Di Kenalpasti Milik Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 371 hits
BEKAS Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid mengenal pasti dua suara dalam rakaman tular yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Januari lalu Ketika memberi keterangan di mahkamah pada Isnin beliau memaklumkan suara it...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Bayou Lagoon Park Resort

Captured Wildlife To Be Tagged Before Relocation Says Perhilitan

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Aglio Olio Di London

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Aroma Diffuser Baru

Tak Sangka Cara Ni Boleh Elak Pedih Mata Bila Potong Bawang

Gaji Elaun Ahli Parlimen Cecah Rm25 000 Sebulan Masih Tak Cukup Lagi Ke