Dua Rakaman Suara Di Kenalpasti Milik Najib Dan Rosmah



BEKAS Menteri Pendidikan, Datuk Mahdzir Khalid mengenal pasti dua suara dalam rakaman tular yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari lalu.

Ketika memberi keterangan di mahkamah pada Isnin (10 Februari 2020), beliau memaklumkan suara itu adalah milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Petikan klip rakaman itu yang tular susulan kata-kata seorang wanita menyebut "can I advise you something" (boleh saya nasihatkan awak sesuatu) dimainkan pihak pendakwa kepada Mahdzir ketika disoal Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Sri Ram: Jika saya mainkan satu rakaman, apakah anda dapat mengenal pasti suara dia (Najib)?

Mahdzir: Rakaman? Ya.

Sri Ram: Bagaimana pula dengan tertuduh Rosmah, apakah anda biasa dengar suaranya?

Mahdzir: Biasa, cuma saya jarang bertemu dengannya.

Sri Ram: Boleh anda kenal pasti suaranya?

Mahdzir: Ya.

Pihak pendakwa kemudiannya memainkan rakaman klip audio melibatkan seorang lelaki dan wanita yang kemudiannya dikenal pasti oleh Mahdzir sebagai Najib dan Rosmah.

Terdahulu, pihak pembelaan membantah langkah untuk memainkan klip audio berkenaan.

Datuk Jagjit Singh berkata, rakaman itu tidak diserahkan sebagai sebahagian bahan bukti kepada mahkamah.

"Kami tidak ada transkrip dan tidak tahu apa yang akan terhasil daripadanya. Sekurang-kurangnya kami diberi transkrip rakaman itu dahulu," kata Jagjit.

Bagaimanapun, Sri Ram berkata, rakaman itu akan dimainkan untuk membolehkan saksi mengenal pasti suara di dalamnya.

Jagjit kemudian berhujah bahawa tindakan memainkan rakaman itu boleh menjejaskan tertuduh.

"Jika anda memainkannya sekarang, ia akan disiarkan pihak media," katanya.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan mencelah.

"Tetapi ini adalah perbicaraan oleh mahkamah, bukan media," katanya.

Hakim Mohamed Zaini kemudiannya membenarkan rakaman klip audio itu dimainkan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/02/dua-rakaman-suara-di-kenalpasti-milik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Bag Berisi Wang Diletak Atas Sofa Di Rumah Najib Rosmah

Dua Bag Berisi Wang Diletak Atas Sofa Di Rumah Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 589 hits
Bekas pemandu kepada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah meletakkan dua beg galas berisi bungkusan wang denominasi RM100 di atas sofa hijau di kediaman bekas Perdan...
Rakaman Suara Najib Isteri Dipanggil Dalam Masa Terdekat

Rakaman Suara Najib Isteri Dipanggil Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 361 hits
SHAH ALAM 28 JAN Polis sudah mengambil keterangan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim di Bukit Aman untuk bantu siasatan kes rakaman suara yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia minggu lalu Ketua Penolong Penga...
Drama Band Mohon Maaf Kerana Menghina Najib Dan Rosmah

Drama Band Mohon Maaf Kerana Menghina Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 787 hits
Vokalis Drama Band Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung susulan persembahan di Anugerah Juara Lagu ke 34 yang mencetus kontroversi dan kecaman netizen Jelasnya ia merupakan sebuah jalan cerita kehidupan yang ingin di...
Najib Asked To Leave Courtroom For Rosmah S Bribery Trial

Najib Asked To Leave Courtroom For Rosmah S Bribery Trial

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 718 hits
KUALA LUMPUR Former prime minister Datuk Seri Najib Razak was asked to leave the courtroom where his wife was facing a graft trial after the prosecution objected to his presence at the High Court here High Court judge Justice Mohamed Zaini ...
Najib Rosmah Mungkin Dipaksa Beri Keterangan Kpn

Najib Rosmah Mungkin Dipaksa Beri Keterangan Kpn

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 401 hits
Amir Mamat POLIS tidak menolak kemungkinan akan memaksa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan berhubung pendedahan sembilan set rakaman perbualan membabitkan beberapa individu berprofil tinggi oleh Ketua Pesuruhjay...
Local Band Apologises For Najib Rosmah Dig During Ajl Performance

Local Band Apologises For Najib Rosmah Dig During Ajl Performance

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 874 hits
The vocalist for local rock group Drama Band has apologised for the band s Anugerah Juara Lagu performance which seemingly mocked Najib Abdul Razak and Rosmah Mansor According to lead singer Aepul Roza last night s performance was intended ...
Police May Compel Najib Rosmah To Give Statement On Wiretapped Calls

Police May Compel Najib Rosmah To Give Statement On Wiretapped Calls

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 548 hits
Inspector General of Police Abdul Hamid Bador would not rule out compelling former prime minister Najib Abdul Razak and his wife Rosmah Mansor to give a statement regarding a series of recorded phone calls released by the MACC last month Al...
Cops To Record Statements From Najib Rosmah Dzulkifli Soon

Cops To Record Statements From Najib Rosmah Dzulkifli Soon

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 378 hits
NAJIB TAPES The police will record statements from former prime minister Najib Abdul Razak his wife Rosmah Mansor and former MACC chief Dzulkifli Ahmad soon over the telephone conversation recordings released by the MACC In a statement toda...
Rosmah Trial Day 6 Jepak S Business Partner Used Najib S Name Ex Education Ministry Sec Gen

Rosmah Trial Day 6 Jepak S Business Partner Used Najib S Name Ex Education Ministry Sec Gen

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 402 hits
The corruption trial of former prime minister Najib Abdul Razak s wife Rosmah Mansor involving alleged misappropriation of funds for the supply and installation of solar energy at 369 rural schools in Sarawak continues today at the High Cou...
Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan

Kelantan Guru Bujang Didakwa 11 Pertuduhan Luar Tabii Sentuh 9 Murid Lelaki

Don T Stop Us From Rejoicing Dap Disciplinary Chief Tells Crook Lovers