Dua Bag Berisi Wang Diletak Atas Sofa Di Rumah Najib Rosmah


Bekas pemandu kepada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah meletakkan dua beg galas berisi bungkusan wang denominasi RM100 di atas sofa hijau di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Langgak Duta, penghujung 2017.

Loading… Menceritakan bagaimana penghantaran dua beg itu, Shamsul Rizal Sharbini, 42, ketika membacakan penyataan saksinya berkata beliau dan Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu majikannya telah mengikut kereta Rayyan Radzwill Abdullah, rakan kongsi Saidi ke sebuah rumah di Langgak Duta.
“Ini merupakan rumah yang sama di mana saya pernah menghantar Saidi sebelum ini. Apabila sampai di rumah itu, saya nampak pintu pagar kediaman dibuka.

“Saya menurunkan Saidi di situ sementara Rayyan meletakkan kenderaannya di luar. Ketika itu saya nampak Datuk Rizal Mansor (bekas pembantu Rosmah) telah menunggu di pintu rumah tersebut,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam.
Saksi pendakwaan keempat itu, yang memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan kes rasuah Rosmah berhubung projek tenaga solar berkata, sampai di lobi rumah itu, Rayyan mengarahkannya supaya membawa beg bewarna hitam dan jingga itu masuk ke dalam kediaman tersebut.
“Saya telah membawa kedua-dua beg itu masuk dan mengekori Saidi, Rayyan dan Datuk Rizal sehingga sampai di satu ruang tamu.

“Ketika itu, Saidi, Rayyan dan Datuk Rizal sedang berbual dan saya terdengar Saidi bertanya kepada Datuk Rizal Where is Madam.
“Seingat saya, Datuk Rizal cakap Madam is upstairs. Selepas itu, saya ambil keputusan sendiri dan meletakkan kedua-dua beg yang saya bawa itu di atas sofa hijau,” katanya yang turut membuat pengecaman ke atas gambar sofa berwarna hijau yang beliau maksudkan itu.
Kepada soalan Mohamad Mustaffa, saksi itu berkata beliau turut dibawa oleh beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menunjukkan lokasi di mana kedua-dua beg galas itu diletakkan dan tempat pembelian kedua-dua beg berkenaan.
Shamsul Rizal berkata beliau, Saidi dan Rayyan kemudiannya beredar dari kawasan rumah berkenaan dan seingatnya, Saidi dan Rayyan tidak membawa bersama kedua-dua beg galas yang diletakkan di atas sofa itu.
“Saya juga tidak perasan sama ada Datuk Rizal telah beredar dari rumah tersebut semasa kami beredar.

“Saidi juga tidak pernah cerita kepada saya apa terjadi dengan dua beg galas dan wang di dalam beg tersebut dan saya juga tidak tahu tujuan Saidi membawa kedua-dua buah beg ke dalam rumah itu,” katanya.
Terdahulu, Shamsul Rizal berkata Saidi mengarahkannya supaya menghantarnya ke Maybank Jalan Tuanku, namun majikannya itu tidak menyatakan tujuan beliau pergi ke bank berkenaan.
“Sampai di Maybank, saya menurunkan Saidi sementara saya menunggunya di tempat letak kereta. Tidak lama selepas itu, Saidi menghubungi saya dan mengarahkan saya membeli dua buah beg galas. Kemudian, saya pergi ke lorong Chow Kit dan membeli dua beg galas pada harga RM45 setiap satu.
“Selepas itu, saya pergi ke bank berkenaan dan membawa dua buah beg ke tingkat atas bank seperti diarahkan oleh Saidi.

“Saidi mengarahkan saya memasukkan bungkusan-bungkusan wang denominasi RM100 ke dalam kedua-dua beg tersebut. Perkara itu berlaku dalam bilik tunai Maybank,” katanya yang turut memaklumkan beliau tidak mengira wang kerana tugasannya hanya masukkan wang ke dalam kedua-dua beg galas berkenaan.
Menurut Shamsul Rizal, kedua-dua beg itu kemudiannya dibawa keluar dari bank tersebut dan dimasukkan ke dalam tempat penyimpanan barang kereta yang beliau dan Saidi naiki.
Saksi itu juga berkata beliau pernah menghadiri satu mesyuarat berkaitan projek solar di Kementerian Pendidikan Malaysia.
“Saya tidak ingat tarikh mesyuarat itu tetapi sebelum Jepak Holdings mendapat projek ini (Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak).
“Saya menghadiri mesyuarat itu bersama Rayyan dan saya telah diarahkan oleh Saidi untuk menghadiri mesyuarat itu kerana Rayyan meminta kebenaran daripada Saidi untuk membawa saya,” katanya.
Saksi itu berkata terdapat pertelingkahan di dalam mesyuarat itu di mana Rayyan menyatakan ketidakpuasan hati kepada pihak kementerian.
“Pihak kementerian juga ada menyuarakan ketidakpuasaan hati mereka dengan Rayyan. Saya tidak memberikan perhatian dalam mesyuarat itu kerana ia di luar skop tugas saya dan saya tidak faham apa yang mereka bincangkan,” katanya.
Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas dakwaan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal.
Wang itu sebagai upah kerana membantu syarikat berkenaan mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di tiga tempat berasingan iaitu Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di Kuala Lumpur, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di Kuala Lumpur dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 Sept, 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Isnin depan.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/02/dua-bag-berisi-wang-diletak-atas-sofa-di-rumah-najib-rosmah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Rakaman Suara Di Kenalpasti Milik Najib Dan Rosmah

Dua Rakaman Suara Di Kenalpasti Milik Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 297 hits
BEKAS Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid mengenal pasti dua suara dalam rakaman tular yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Januari lalu Ketika memberi keterangan di mahkamah pada Isnin beliau memaklumkan suara it...
Saya Hantar Beg Sekolah Penuh Wang Ke Rumah Rosmah

Saya Hantar Beg Sekolah Penuh Wang Ke Rumah Rosmah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 355 hits
Malaysiakini KES ROSMAH Seorang pemandu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia pernah menghantar dua buah beg sekolah penuh dengan wang tunai ke kediaman Rosmah Mansor Shamsul Rizal Sharbini berkata dia membeli dua beg...
Cops To Record Statements From Najib Rosmah Dzulkifli Soon

Cops To Record Statements From Najib Rosmah Dzulkifli Soon

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 204 hits
NAJIB TAPES The police will record statements from former prime minister Najib Abdul Razak his wife Rosmah Mansor and former MACC chief Dzulkifli Ahmad soon over the telephone conversation recordings released by the MACC In a statement toda...
Local Band Apologises For Najib Rosmah Dig During Ajl Performance

Local Band Apologises For Najib Rosmah Dig During Ajl Performance

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 387 hits
The vocalist for local rock group Drama Band has apologised for the band s Anugerah Juara Lagu performance which seemingly mocked Najib Abdul Razak and Rosmah Mansor According to lead singer Aepul Roza last night s performance was intended ...
Drama Band Mohon Maaf Kerana Menghina Najib Dan Rosmah

Drama Band Mohon Maaf Kerana Menghina Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 583 hits
Vokalis Drama Band Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung susulan persembahan di Anugerah Juara Lagu ke 34 yang mencetus kontroversi dan kecaman netizen Jelasnya ia merupakan sebuah jalan cerita kehidupan yang ingin di...
Rumah Mewah Di Atas Langit Di New York

Rumah Mewah Di Atas Langit Di New York

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 343 hits
Pernah korang impikan mempunyai rumah yang harganya sampai jutaan rm Rumah itu benar benar ada Bentuknya bukan istana dengan taman luas namun hanya berupa pangsapuri Tapi jangan salah anggap walaupun pangsapuri ini ada di dalam bangunan ked...
Nyaris Digilis Dua Individu Tunggang Motor Terbalik Atas Lebuhraya

Nyaris Digilis Dua Individu Tunggang Motor Terbalik Atas Lebuhraya

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 270 hits
Menunggang motosikal di atas jalan raya sememangnya terdedah kepada pelbagai bahaya kerana keadaan fizikal kenderaan itu yang kecil Risiko tersebut lebih besar sekiranya pengguna menggunakan laluan di lebuhraya dek kerana jumlah kenderaan y...
Polis Mula Siasatan Pembunuhan Altantuya Klip Video Najib Rosmah

Polis Mula Siasatan Pembunuhan Altantuya Klip Video Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 382 hits
PETALING JAYA Polis memulakan siasatan ke atas 2 kes berprofil tinggi membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan pembunuhan seorang warga Mongolia dan klip audio berkait 1MDB dan SRC International Polis mula siasatan pembunuhan Al...
Kes Solar Rosmah Turut Musnahkan Kredibiliti Najib Dalam Kes Src 1mdb

Kes Solar Rosmah Turut Musnahkan Kredibiliti Najib Dalam Kes Src 1mdb

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 532 hits
12 JAN 2020Apabila didedahkan oleh mantan Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid bahawa Najib sendiri arahkan perlantikan kontraktor Jepak Holdings Sdn Bhd untuk Projek Solar Hibrid Sekolah Sarawak bernilai RM1 25 bilion kredibiliti Najib ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment