Najib Nafi Pembohong Pencuri Atau Penyangak Cukup Cukuplah Itu


Bekas PM Najib Razak bertegas wang tunai RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya adalah derma Arab Saudi dan dirinya bukan pembohong, pencuri atau penyangak. – Foto The Rakyat Post
oleh Shahbudin Husin
Untuk kali yang seterusnya, terutama sejak dibalun dengan dilabel sebagai berbohong oleh Utusan berhubung isu RM2.6 bilion, Najib Razak terus mempertahankan dirinya bukan seorang pembohong, pencuri atau penyangak.
Dalam hantaran terbaru hari ini melalui laman Facebooknya, bekas Perdana Menteri yang telah ditolak rakyat dan kini berdepan 38 pertuduhan mahkamah itu mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini bahawa dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi.
Meskipun jika diimbas kembali banyak rentetan jalur cerita berhubung dana itu nampak berbeza dan tidak masuk akal, bahkan Najib sendiri dalam interbiu Al-Jazeera hanya beranggapan saja wang itu daripada Raja Abdullah berdasarkan sumbangan kecil yang pernah diterimanya sebelum itu, tetapi tentunya agak menghairankan mengapa sumbangan besar RM2.6 bilion itu disalurkan melalui Tanore Finance yang dimiliki oleh Jho Low.
Di sini saya tidak ingin sama sekali untuk memperincikan semua renteten atau perbezaan itu kerana ramai di antara kita barangkali sudah sedia maklum mengenainya.
Namun, jika Najib terus mendakwa dirinya bukan pembohong, pencuri dan penyangak, saya cuma ingin mengingatkan beliau dan pemakan dedaknya tentang reaksi awalnya ketika isu RM2.6 bilion itu terdedah kepada pengetahuan umum pada 2015 dahulu.
Kalaulah benar wang itu merupakan derma daripada Raja Abdullah, mengapakah Najib ketika itu beria-ia menafikan ada sebarang kemasukan wang sejumlah RM2.6 bilion itu menerusi akaun bank peribadinya?
Tidak cukup dengan menafikannya, Najib juga menambah, kalau pun beliau mahu menyamun, tidak mungkin beliau mahu menggunakan akaun bank peribadinya bagi tujuan itu.
Beliau juga mengancam mahu menyaman Wall Street Journal atau WSJ yang mula-mula mendedahkan perkara itu – suatu ancaman pengecut daripada Pahlawan Bugis yang tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.
Hanya setelah pendedahan demi pendedahan dan selepas dirasakan tidak mampu lagi mengelak daripada kebenaran, barulah akhirnya Najib tampil mengakui ada kemasukan wang ke dalam akuan bank peribadinya dengan mendakwa ia adalah sumbangan atau derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Soalnya, jika benar wang tersebut merupakan derma daripada Raja Abdullah, mengapakah Najib menafikannya pada peringkat awal itu serta mengancam untuk menyaman WSJ?
Mengapa tidak sejak awal-awal lagi beliau mengakuinya sebagai derma?
Bukankah ini menunjukkan sejak awal lagi Najib sebenarnya telah pun berbohong kepada kita semua?
KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir
Bagaimana agaknya jika selepas pendedahan awal oleh WSJ itu, mereka berhenti setakat itu saja dan tidak terus mendedahkan bukti demi bukti selanjutnya mengenai kemasukan wang melalui akaun peribadinya itu?
Tidak mustahilkah Najib akan terus berbohong sehingga sekarang dengan menafikan wang tersebut ada dalam akaun bank peribadinya?
Begitu pun, kalau penafian awalnya itu sudah didapati suatu pembohong, tidak mungkinkah pengakuan bahawa wang itu daripada derma Raja Abdullah merupakan suatu pembohongan juga?
Lupakah Najib kepada suatu peringatan yang menyebut – orang yang berbohong sekali, dia akan terus berbohong 1000 kali untuk menutup pembohongannya.
Maka, insaf dan bertaubatlah wahai Najib…awal-awal lagi pun anda sudah berbohong, maka tentulah tidak mustahil berbohong demi berbohong itu sudah menjadi kebiasaan bagi anda.
Kalau awal-awal pun sudah berani berbohong, memang ada munasabahnya ia juga diikuti dengan kebiasaan mencuri dan menjadi penyangak juga.
Untuk itu, memandangkan kes RM2.6 bilion itu sudah dibawa ke mahkamah, sebaiknya Najib menyimpan saja semua jawapan dan hujahnya di kandang tertuduh untuk diadili oleh hakim-hakim yang bebas lagi bijaksana.
Cuma, dengan akhbar milik UMNO, bahkan mungkin semakin ramai ahli UMNO sendiri tidak lagi mempercayai kata-katanya berhubung penafian wang RM2.6 bilion itu, Najib seharusnya makin menginsafi siapa dirinya sekarang ini.
Kata-katanya hanya tinggal dipercayai oleh golongan pemakan dedak saja lagi sekarang ini.
*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau.
KLIK BACA: Adakah Presiden Umno Zahid arah Utusan bantai Najib? 
KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir
KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq jangan jadi bodoh
KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang
KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?
MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Najib nafi pembohong, pencuri atau penyangak, cukup-cukuplah itu… appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190098/najib-nafi-pembohong-pencuri-atau-penyangak-cukup-cukuplah-itu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukup Cukuplah Menggelar Dan Memanggil Najib Penyamun Pencuri

Cukup Cukuplah Menggelar Dan Memanggil Najib Penyamun Pencuri

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 479 hits
Cukup cukuplah Menggelar Dan Memanggil Najib Penyamun Pencuri Cukup cukuplah Menggelar Dan Memanggil Najib Penyamun Pencuri
Cukup Cukuplah Salahkan Najib Dan Bn

Cukup Cukuplah Salahkan Najib Dan Bn

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 278 hits
Cukup cukuplah Salahkan Najib Ini semua salah BN Cukup cukuplah menggunakan istilah salah Najib dan Ini semua salah BN sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi perhatian sepenuhnya dalam usaha membangunkan ekonomi negara Demikian h...
Rm2 6b Najib Kata Tak Bohong Nafi Dirinya Pencuri Penyanyak

Rm2 6b Najib Kata Tak Bohong Nafi Dirinya Pencuri Penyanyak

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 458 hits
Diterbitkan 7 Nov 2018 12 02 tengah malamBekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak berbohong dan menafikan dirinya seorang pencuri perompak mahu pun penyangak dalam isu dana RM2 6 bilion yang masuk ke akaun bank p...
Xheran Bila Najib Berbohong Sebab Nak Maklum Dirinya Cukup Baik Xpernah Tipu Tun Razak Ayahnya 8599

Xheran Bila Najib Berbohong Sebab Nak Maklum Dirinya Cukup Baik Xpernah Tipu Tun Razak Ayahnya 8599

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 773 hits
SUDAH SUDAHLAH NAJIB SEJAK AWAL LAGI PUN ANDA SUDAH BERBOHONG November 7 2018 by image 10 620x348 jpgUntuk kali yang seterusnya terutama sejak dibalun dengan dilabel sebagai berbohong oleh Utusan berhubung isu RM2 6 bilion Najib Razak terus...
Kerajaan Tidak Cukup Wang Bayar Hutang Najib

Kerajaan Tidak Cukup Wang Bayar Hutang Najib

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 528 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng diminta mengambil perhatian terhadap trend penurunan berterusan rizab antarabangsa negara Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bank Negara Malaysia mengumumkan rizab antarabangsa negara jatu...
Najib Razak Pembohong

Najib Razak Pembohong

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 300 hits
NAJIB Razak tak reti duduk diam Hampir setiap hari ada saja yang hendak dikomen beliau Hujung minggu baru baru ini Najib dibantu pegawai yang setia bersama beliau bernama Isham Jalil mengadakan satu sidang town hall di PWTC Samada Najib gil...
Lynas Selamat Atau Tidak Itu Saja Tak Perlu Ucapan Politik

Lynas Selamat Atau Tidak Itu Saja Tak Perlu Ucapan Politik

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 371 hits
Rakyat khususnya masyarakat yang tinggal berhampiran kilang Lynas mahukan jawapan yang telus tanpa ucapan pemimpin politik berhubung sama ada operasi syarikat pemprosesan nadir bumi di Kuantan itu selamat atau tidak Perkara itu disuarakan o...
Nak Dengar Dr Zaharuddin Atau Masih Nak Percaya Najib Nilai Sendiri Apa Kata Pakar Kewangan Islam Ni

Nak Dengar Dr Zaharuddin Atau Masih Nak Percaya Najib Nilai Sendiri Apa Kata Pakar Kewangan Islam Ni

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 375 hits
Pakar kewangan Islam Dr Zaharuddin Abdul Rahman memuji peruntukan terhadap hal ehwal agama Islam yang meningkat dalam belanjawan 2019 Beliau membangkitkan peningkatan peruntukan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kepada RM 1 2 bilion ...
Ambrin Dan Tan Seng Giaw Nafi Laporan Audit 1mdb Dipinda Atau Diubah

Ambrin Dan Tan Seng Giaw Nafi Laporan Audit 1mdb Dipinda Atau Diubah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 315 hits
Ambrin nafi ubah laporan asal 1MDBBekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan terhadapnya yang beliau mengubah laporan asal 1Malaysia Development Berhad Tidak ada pengubahan atau campur tangan Saya tidak tahu apa yang di...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip