Ambrin Dan Tan Seng Giaw Nafi Laporan Audit 1mdb Dipinda Atau Diubah



Ambrin nafi ubah laporan asal 1MDBBekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan terhadapnya yang beliau mengubah laporan asal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).“Tidak ada pengubahan atau campur tangan… Saya tidak tahu apa yang dia (Wong Kah Woh) maksudkan,” katanya ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa laporan 1MDB diceroboh.Ambrin bagaimanapun mengakui laporan 1MDB berkenaan adalah miliknya dan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap laporan itu.beliau berkata demikian selepas Sidang Anti Rasuah yang dianjurkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) dan Aram Global Sdn Bhd di Hotel Istana, di sini, hari ini.Semalam, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, mendedahkan bahawa laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1MDB dipinda atas arahan individu tertentu.Pindaan ke atas laporan itu mengakibatkan usaha untuk mengesan salah laku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu gagal.Kah Woh (PH-DAP Ipoh Timur) mendakwa, salah laku itu hanya dikesan selepas berlaku perubahan pentadbiran negara pada 9 Mei lalu.Menurut Ambrin lagi, beliau sepatutnya hadir di hadapan anggota PAC, tetapi pendengaran itu ditangguh.“Itulah sebabnya saya harus diberi peluang untuk memberi penjelasan tetapi pendengaran ditangguh. Jadi apa yang ada untuk komen… saya tidak dapat mengulas apa-apa,” katanya.Ambrin ketika ditanya mengapa PAC menangguhkan memanggilnya, beliau berkata tidak dimaklumkan sebarang sebab walhal beliau bersedia untuk menghadiri prosiding berkenaan.“Tiada sebab yang diberikan, mungkin ia mempunyai kaitan dengan proses mahkamah yang sedang berlangsung, saya rasa perlu tunggu sehingga selesai, ” katanya.Kemuka bukti laporan asal 1MDB dipinda – Seng GiawBekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw, meminta bukti dikemukakan berhubung dakwaan laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipinda.Tegas beliau, sebarang tuduhan perlu disertakan dengan bukti kukuh dan dakwaan pindaan atas arahan individu tertentu sehingga gagal mengesan salah laku syarikat pelaburan negara itu membabitkan kepentingan rakyat dan negara.“Membuat tuduhan memang senang tetapi untuk mengemukakan bukti kukuh itu bukan perkara yang mudah.“Sekarang terlalu banyak dakwaan berasaskan politik dan sukar untuk rakyat hendak membezakan mana satu yang benar, mana satu yang tidak.“Jadi, kita tidak boleh menuduh seseorang itu bersalah sehingga ada bukti kukuh yang dikemukakan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.Jelas veteran DAP itu lagi, jika ada pihak yang mengaitkan isu berkenaan dengan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mereka juga perlu mengemukakan bukti kukuh kerana tuduhan sebegitu jelas mencemarkan nama baik beliau.“Isu yang berkaitan 1MDB sememangnya menjadi tumpuan rakyat dan tuduhan tanpa bukti pastinya akan menyemarakkan lagi api kemarahan mereka (rakyat).“Ia perlu disiasat dengan teliti dan jika benar wujudnya kesalahan serta mempunyai bukti, jangan teragak-agak untuk mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.Seng Giaw mengulas dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh di Dewan Rakyat, semalam mengenai laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1MDB yang dikatakan dipinda atas arahan individu tertentu sehingga gagal mengesan salah laku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.Kah Woh mendakwa, salah laku itu hanya dikesan selepas berlaku perubahan pentadbiran negara pada 9 Mei lalu.Kah Woh yang yang juga Timbalan Pengerusi PAC berkata, isu 1MDB amat serius, namun PAC ketika itu gagal membuka semula siasatan walaupun Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengambil tindakan sebaliknya.“Ketika itu bukan saja PAC gagal buka semula siasatan, malah laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya.Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pula dalam kenyataannya berkata, PAC menangguhkan prosiding siasatan 1MDB membabitkan Ambrin ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.Ronald sebelum ini dilapor berkata, Ambrin yang dinamakan sebagai salah seorang saksi bagi siasatan semula 1MDB, adalah Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat pelaburan itu.Menurut Ronald, Ambrin yang sepatutnya memberi keterangan pada prosiding pertama siasatan semula 1MDB itu semalam, sudah membentangkan laporannya sebelum ini iaitu pada Mac 2016 kepada PAC, ketika persidangan Parlimen penggal ke-13.Sementara itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, enggan memberi penjelasan lanjut berhubung isu pindaan laporan asal berkenaan.“Saya minta maaf banyak-banyak, buat masa ini saya tidak dapat memberi komen lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini. - mykmu. Net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/10/ambrin-dan-tan-seng-giaw-nafi-laporan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambrin Pertahan Laporan Audit 1mdb

Ambrin Pertahan Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 245 hits
Ambrin pertahan laporan audit 1MDB Dikemas kini 24 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 30 Oct 2018 2 37PM middot
Timb Pengerusi Pac Laporan Audit 1mdb Telah Diubah

Timb Pengerusi Pac Laporan Audit 1mdb Telah Diubah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 332 hits
DEWAN RAKYAT Ia dibuat atas arahan orang tertentu dakwa Wong yang juga MP Ipoh Timur
Lima Individu Pinda Laporan 1mdb Dulu Didedah Kepada Panel Parlimen

Lima Individu Pinda Laporan 1mdb Dulu Didedah Kepada Panel Parlimen

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 245 hits
Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara dimaklumkan lima individu yang telah mengubah laporan asal audit 1Malaysia Development Berhad PAC yang pernah menyiasat isu ini didedahkan bukti kukuh perubahan itu melalui dua dokumen satu daripadanya men...
Wong Kah Woh Dakwa Laporan Asal 1mdb Telah Pun Di Pinda

Wong Kah Woh Dakwa Laporan Asal 1mdb Telah Pun Di Pinda

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Development Berhad didakwa dipinda atas arahan individu tertentu sehingga gagal mengesan salah laku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu Wong Kah Woh men
Dr M Nasihat Najib Buat Laporan Mengenai Dakwaannya Berkaitan 1mdb

Dr M Nasihat Najib Buat Laporan Mengenai Dakwaannya Berkaitan 1mdb

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 256 hits
Atas dakwaannya mengenai kemungkinan penglibatan tokoh antarabangsa lain dalam skandal 1MDB
Ku Nan Mahu Khairuddin Tarik Balik Laporan Lolis Terhadap 1mdb

Ku Nan Mahu Khairuddin Tarik Balik Laporan Lolis Terhadap 1mdb

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 212 hits
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendesak Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polisnya terhadap 1Malaysia Development Bhd Ketika dihubungi beliau menyifatka...
Ex Pac Chief 1mdb Audit Didn T Happen During My Time

Ex Pac Chief 1mdb Audit Didn T Happen During My Time

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 306 hits
Rompin MP Hasan Arifin said that the Auditor General s Department s report on the 1MDB affair was not conducted during his stint as Public Accounts Committee chairperson He said this when asked to respond to Ipoh Timur MP Wong Kah Woh s spe...
1mdb Laporan Berita Berdasarkan Sumber Diragui Boleh Cetus Kegelisahan Rakyat

1mdb Laporan Berita Berdasarkan Sumber Diragui Boleh Cetus Kegelisahan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 251 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa laporan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily mengenai isu 1Malaysia Development Berhad adalah berdasarkan sumber yang diragui Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke yang mewakili Kemen...
Defisit Fiskal Belanjawan 2019 Kerana 1mdb Atau Kerana Pemansuhan Gst

Defisit Fiskal Belanjawan 2019 Kerana 1mdb Atau Kerana Pemansuhan Gst

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 289 hits
Defisit fiskal negara bagi tahun 2018 bukan kerana 1MDB sebaliknya kerana PH menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan kekurangan RM50 bilion tahun ini Defisit ini sebab m...
Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Papagomo Ditahan Aibkan Agong

Tergamak Petik Al Quran Kaki Fitnah Dipanggil Pejuang Rakyat

Normani S Legs And Feet In Tights 5

Jadwal Puasa Sunnah Mei 2024

Wanita Maut Ditikam 30 Kali Di Sepanyol

Tawas Hilangkan Masalah Air Telaga Berbau