Jenayah Tetap Jenayah Permohonan Maaf Najib Tiada Makna



(MK) : Permohonan maaf Najib Razak dalam isu skandal 1MDB tidak memberikan sebarang makna kerana ia telah diputuskan oleh mahkamah, kata DAP.
“Ini bukan soal terima apa-apa permohonan maaf. Dengannya (permohonan maaf) atau tidak jenayah tetap jenayah, dia telah pun disabitkan, dan dibuktikan oleh mahkamah.
“Dia didapati bersalah. Itu adalah fakta.
“Jadi pada saya, permohonan maaf itu tidak bawa apa-apa makna,” setiausaha agungnya Anthony Loke dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Najib memohon maaf kerana skandal 1MDB berlaku semasa pentadbirannya, tetapi mempertahan dirinya tidak bersalah.
Permohonan maaf itu dibacakan oleh anaknya Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Setiap hari, saya berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa bawah pengawasan saya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.
“Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, ditanya pendirian DAP jika Najib diberikan hukuman tahanan di rumah, Loke berkata cadangan itu diketengah untuk reformasi penjara, bukan berkaitan Najib.
“Ini bukan soal Najib. Terdapat ambang tertentu bahawa jenayah tertentu tidak boleh dimasukkan ke dalam tahanan rumah. “Dan, sudah tentu, jenayah yang serius tidak dibenarkan di bawah tahanan rumah,” dia dipetik sebagai berkata oleh Malaysia Gazette.
Najib sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas disabit bersalah dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.
Dia dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta tetapi Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.
Selain kes SRC International, Najib juga masih berdepan pertuduhan di mahkamah berkaitan kes 1MDB melibatkan dakwaan rasuah RM2.28 bilion dan pecah amanah jenayah berkaitan International Petroleum Investment Company berjumlah RM6.6 bilion.
Kes pindaan laporan audit 1MDB dan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International juga masih berjalan.
Sumber : Malaysiakini
The post ‘Jenayah tetap jenayah, permohonan maaf Najib tiada makna’ appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/10/28/jenayah-tetap-jenayah-permohonan-maaf-najib-tiada-makna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Maaf Najib Pemimpin Umno Sifatkan Rayer Hipokrit

Permohonan Maaf Najib Pemimpin Umno Sifatkan Rayer Hipokrit

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 327 hits
bharian com myOleh Oktober 26 2024 Mohd Puad Zarkashi dan RSN Rayer KUALA LUMPUR Seorang pemimpin UMNO menyifatkan Ahli Parlimen DAP RSN Rayer sebagai hipokrit berhubung kenyataannya terkait permohonan maaf bekas Perdana Menteri Datuk Seri ...
Anwar Dan Permohonan Maaf Najib

Anwar Dan Permohonan Maaf Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 144 hits
Mohsin AbdullahApa yang dimaksudkan Anwar dengan berkata demikian dan mengapa berkata demikian dengan cara demikian Macam nilah senang cerita Ramai orang syak RUU yang bakal dibentangkan di Parlimen tahun depan ialah bagi meringankan lagi h...
Mohon Maaf Najib Antara Tersurat Dan Tersirat

Mohon Maaf Najib Antara Tersurat Dan Tersirat

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 154 hits
1 Dalam saya bertiwikrama menyelami dan cuba memahami permohonan maaf terbuka bekas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak saya terjumpa sebuah rencana yang mengatakan undang undang tidak menggalakkan permohonan maaf oleh tertuduh 2 Ini ada...
Permintaan Maaf Kosong Najib Satu Penghinaan Reaksi Anwar Merisaukan

Permintaan Maaf Kosong Najib Satu Penghinaan Reaksi Anwar Merisaukan

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 147 hits
Permintaan maaf Najib bukan hanya kosong ia adalah satu penghinaan kepada semua orang di Malaysia yang terus membayar untuk jenayahnya29 Oct 2024 Follow us on our and WhatsApp and channels Permohonan maaf Najib bukan hanya kosong ia adalah ...
Najib Mohon Maaf Kecurangan Dalam 1mdb Akui Terluka

Najib Mohon Maaf Kecurangan Dalam 1mdb Akui Terluka

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 169 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat dan mengakui terluka dengan kecurangan berlaku dalam syarikat 1MDB Dalam kenyataan dibacakan anaknya Nizar perdana menteri keen...
Negara Tetap Tanggung Kerugian Walau Najib Mohon Maaf Amk

Negara Tetap Tanggung Kerugian Walau Najib Mohon Maaf Amk

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 131 hits
Pemuda PKR menegaskan tindakan tegas berlandaskan prinsip undang undang perlu terus diambil walaupun dengan permohonan maaf bekas perdana menteri Najib Razak atas skandal 1MDB Pemuda PKR berkata permohonan maaf itu tidak akan memulihkan ker...
Najib Meminta Maaf Dan Memberi Alasan Ditipu Oleh Jho Low

Najib Meminta Maaf Dan Memberi Alasan Ditipu Oleh Jho Low

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 108 hits
Zainuddin Omar Najib meminta maaf dan memberi alasan ditipu oleh Jho Low Hakikatnya Najib adalah accomplice bersama Jho Low untuk selinap duit 1MDB Hakim bukan vodo Ramai yang menasihat Najib mengenai 1MDB tetapi beliau berdegil Semua pegaw...
Najib Mohon Maaf Secara Terbuka Kejadian Salah Laku Dalam 1malaysia Development Berhad

Najib Mohon Maaf Secara Terbuka Kejadian Salah Laku Dalam 1malaysia Development Berhad

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya Datuk Mohamad Nizar Najib peta...
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tumbuhan Parasit Yang Kelihatan Seperti Cendawan

Uk Real Estate Prices What S The Outlook For 2025

Parliamentary Services Council To Include 2 Opposition Reps

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Lawn Bowler Nor Farah Now World No 1