Mohon Maaf Najib Antara Tersurat Dan Tersirat




1. Dalam saya bertiwikrama menyelami dan cuba memahami permohonan maaf terbuka bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, saya terjumpa sebuah rencana yang mengatakan undang-undang tidak menggalakkan permohonan maaf oleh tertuduh. 


2. Ini adalah kerana dalam konteks undang-undang jenayah, permintaan maaf oleh seorang tertuduh adalah pengakuan bersalah. (In the criminal context, an apology from a defendant is an admission of guilt). 


3. Rencana dari "Civil Rights and Restorative Justice Project (CRRJ) di Fakulti Undang-undang, Northeastern University, Amerika Syarikat itu, antara lain berkata, pengakuan menyesal tidak akan membantu menyelamatkan seseorang tertuduh daripada kesalahan jenayah sebaliknya permohonan maaf itu akan digunakan oleh pihak pendakwa bagi mendapatkan sabitan. 


4. Jadi adakah permohonan maaf Mohd Najib pada 24 Oktober itu bermakna beliau mengaku yang segala tuduhan ke atasnya bersabit 1MDB adalah benar? 


4. Jawapannya tidak. Beliau bukan meninta maaf kerana telah melakukan perbuatan jenayah. Beliau sekadar memohon maaf berhubung kejadian "salah laku" dalam 1MDB. 


5. Soal jenayah tidak relavan lagi kerana pada 28 Julai 2020, beliau sudah pun didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di atas salah satu kes berkaitan 1MDB. 


6. Jadi hanya ada dua sebab beliau membuat permohonan maaf salah laku itu. Pertama, beliau telah insaf di atas perbuatannya yang menyalahi undang-undang dan memberi kesan buruk kepada negara dan rakyat jelata dan kedua, ia adalah prasyarat dan awalan kepada suatu perkembangan besar yang membabitkan hukuman yang sedang beliau jalani dan kes-kes lain bersabit 1MDB yang sedang beliau hadapi. 


7. Dengan pelbagai perkembangan luar biasa yang telah dan sedang berlaku dalam cakerawala politik Malaysia akhir-akhir ini, boleh jadi beliau sudah menghidu bayu segar sedang bertiup ke arahnya. 


8. Misalnya, antara yang terawal dan terpantas mengalu-alukan kenyataan mohon maaf beliau adalah tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sendiri. 


9. Kalau ada orang yang masih percaya bahawa Mohd Najib adalah orang terbaik untuk memulihkan Umno, orang itu adalah Anwar. Walaupun Anwar adalah "sifu" Ahmad Zahid Hamidi, beliau tahu had kemampuan timbalan beliau itu. Untuk berkuasa sekarang dan selepas Pilihan Raya Umum akan datang, Anwar memerlukan Umno. 


10. Gerakan untuk mengampun dan membebaskan Mohd Najib sudah jelas. Malah sudah pun separuh berhasil apabila hukuman penjara beliau diseparuhkan awal tahun ini. 


11. Dalam sebarang usaha seterusnya, Anwar, sebagai Perdana Menteri, memainkan peranan penting sebagai pemula proses pengampunan diraja.


12. Kemungkinan hukuman ke atas Mohd Najib diringankan atau beliau dilepaskan terus tidak boleh ditolak begitu saja. Lihat sajalah kepantasan kerajaan Malaysia  Madani membentangkan Rang Undang-undang Tahanan Rumah. 


13. Walaupun kerajaan mendakwa ia tidak kena mengena dengan Mohd Najib namun isu tahanan rumah ini timbul ketika Mohd Najib dianugerahkan pengampunan separuh awal tahun ini. 


14. Akhir sekali, kita jangan sekali-kali lupa yang Mohd Najib anak bini adalah orang maha kaya. Bukan sekadar duit sendiri, mereka juga ada ramai tauke, taikun dan taiko besar - Cina, Melayu dan India - yang menjadi kaya raya atas Ihsan mereka. RM700 juta malah RM1 bilion pun tidak jadi masalah. Bak kata Mohd Najib sendiri, "cash is king". 


Wallahuaklam. Terima kasih.


AKJ






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/mohon-maaf-najib-antara-tersurat-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dan Permohonan Maaf Najib

Anwar Dan Permohonan Maaf Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 135 hits
Mohsin AbdullahApa yang dimaksudkan Anwar dengan berkata demikian dan mengapa berkata demikian dengan cara demikian Macam nilah senang cerita Ramai orang syak RUU yang bakal dibentangkan di Parlimen tahun depan ialah bagi meringankan lagi h...
Jenayah Tetap Jenayah Permohonan Maaf Najib Tiada Makna

Jenayah Tetap Jenayah Permohonan Maaf Najib Tiada Makna

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 139 hits
Permohonan maaf Najib Razak dalam isu skandal 1MDB tidak memberikan sebarang makna kerana ia telah diputuskan oleh mahkamah kata DAP Ini bukan soal terima apa apa permohonan maaf Dengannya atau tidak jenayah tetap jenayah dia telah pun disa...
Anwar Selar Kritikan Hipokrit Atas Respons Mohon Maaf Najib

Anwar Selar Kritikan Hipokrit Atas Respons Mohon Maaf Najib

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 206 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyelar pengkritik atas respons menerima baik permohonan maaf Najib Razak berhubung skandal 1MDB Beliau mempersoalkan tindakan sebahagian pengkritiknya tidak lantang bersuara apabila bercakap mengenai rasuah m...
Negara Tetap Tanggung Kerugian Walau Najib Mohon Maaf Amk

Negara Tetap Tanggung Kerugian Walau Najib Mohon Maaf Amk

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 122 hits
Pemuda PKR menegaskan tindakan tegas berlandaskan prinsip undang undang perlu terus diambil walaupun dengan permohonan maaf bekas perdana menteri Najib Razak atas skandal 1MDB Pemuda PKR berkata permohonan maaf itu tidak akan memulihkan ker...
Najib Bukan Raih Simpati Tapi Berjiwa Besar Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

Najib Bukan Raih Simpati Tapi Berjiwa Besar Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 134 hits
KUANTAN Permohonan maaf secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Malaysia bukannya untuk meraih simpati Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata beliau dapat merasakan bahawa permohona...
Najib Mohon Maaf Kecurangan Dalam 1mdb Akui Terluka

Najib Mohon Maaf Kecurangan Dalam 1mdb Akui Terluka

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 151 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat dan mengakui terluka dengan kecurangan berlaku dalam syarikat 1MDB Dalam kenyataan dibacakan anaknya Nizar perdana menteri keen...
Najib Mohon Maaf Secara Terbuka Kejadian Salah Laku Dalam 1malaysia Development Berhad

Najib Mohon Maaf Secara Terbuka Kejadian Salah Laku Dalam 1malaysia Development Berhad

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 179 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya Datuk Mohamad Nizar Najib peta...
Permintaan Maaf Kosong Najib Satu Penghinaan Reaksi Anwar Merisaukan

Permintaan Maaf Kosong Najib Satu Penghinaan Reaksi Anwar Merisaukan

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 138 hits
Permintaan maaf Najib bukan hanya kosong ia adalah satu penghinaan kepada semua orang di Malaysia yang terus membayar untuk jenayahnya29 Oct 2024 Follow us on our and WhatsApp and channels Permohonan maaf Najib bukan hanya kosong ia adalah ...
Permohonan Maaf Najib Pemimpin Umno Sifatkan Rayer Hipokrit

Permohonan Maaf Najib Pemimpin Umno Sifatkan Rayer Hipokrit

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 296 hits
bharian com myOleh Oktober 26 2024 Mohd Puad Zarkashi dan RSN Rayer KUALA LUMPUR Seorang pemimpin UMNO menyifatkan Ahli Parlimen DAP RSN Rayer sebagai hipokrit berhubung kenyataannya terkait permohonan maaf bekas Perdana Menteri Datuk Seri ...
E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Tak Perlu Tunggu Kaya Wajib Bantu Palestin Mufti Sabah

Nasi Lemak Lengkap Rasa Yalo Yalo Yumm

Influencers Can Boost Your Startup

Lirik Lagu Hanya Kamu Dato M Nasir Ft Azri Yunus

Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025