Najib Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 3 Tuduhan Pengubahan Wang Haram Rm47 Juta



(Berita Harian) – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada tiga tuduhan baharu membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta yang dikemukakan terhadapnya, minggu lalu.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menarik balik pendakwaan yang dikemukakan terhadap Najib, 66.
Mohd Nazlan dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan mempunyai bidang kuasa untuk tidak meneruskan atau menolak pendakwaan pada mana-mana peringkat perbicaraan.
“Sehubungan itu, mahkamah melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada ketiga-tiga pertuduhan itu,” katanya.
Terdahulu di awal prosiding, Thomas memberitahu mahkamah sebelum ini semua tujuh kes berhubung dana Syarikat SRC Sdn Bhd dipindahkan ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 418A Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Ghandi Mutho dan Semenyih Jaya, timbul keraguan berhubung bidang kuasa pihak pendakwaan dalam memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi mengikut akta itu.
“Sehubungan itu, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak pendakwaan mengemukakan permohonan untuk memindahkan ketujuh-tujuh kes ke Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan Seksyen 417 Kanun Acara Jenayah,” katanya.
Thomas juga berkata, permohonan pendakwaan untuk menarik balik ketiga-tiga pertuduhan itu adalah bagi mengelakkan sebarang penangguhan kes dan supaya mahkamah tidak perlu mendengar permohonan untuk ia dibicarakan bersama tujuh pertuduhan SRC.
“Bagaimanapun, pihak pendakwaan akan menuduh semula Najib atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen di sini,” katanya.
Pada 28 Januari lalu, Najib didakwa atas tiga tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah keseluruhan RM47 juta, hasil aktiviti wang haram melalui tiga akaun AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Nombor 55, Jalan Raja Chulan, di sini, pada 8 Julai 2014.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/07/najib-dilepas-tanpa-dibebaskan-daripada-3-tuduhan-pengubahan-wang-haram-rm47-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbicaraan Kes Src Bermula Selasa Najib Berhadapan Berpuluh Puluh Tuduhan Ubah Wang Haram

Perbicaraan Kes Src Bermula Selasa Najib Berhadapan Berpuluh Puluh Tuduhan Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 504 hits
KUALA LUMPUR 10 Feb Pada Selasa seperti yang ditetapkan sebelum ini Mahkamah Tinggi di sini dijangka memulakan pendengaran kes yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak perdana menteri Malaysia pertama yang berhadapan dengan berpuluh puluh tud...
Najib Kena 3 Lagi Tuduhan Ubah Wang Haram

Najib Kena 3 Lagi Tuduhan Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 349 hits
Bekas perdana menteri juga didakwa dengan dua tuduhan menerima RM10 juta melalui dua akaun
Najib Dilepas Dari 3 Tuduhan Tambahan

Najib Dilepas Dari 3 Tuduhan Tambahan

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 403 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Najib Razak dilepaskan tapi tidak dibebaskan atas tiga tuduhan berkaitan pengubahan wang haram Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas menerima permohonan Peguam Negara ...
Sprm Bakal Siasat Najib Pula Jika Sahih Kes Rm90 Juta Dana 1mdb Untuk Pas

Sprm Bakal Siasat Najib Pula Jika Sahih Kes Rm90 Juta Dana 1mdb Untuk Pas

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 405 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil Datuk Seri Najib Razak jika asas Umno memberi wang RM90 juta kepada musuh lamanya PAS Namun ketua pesuruhjayanya berkata SPRM buat masa sekarang masih tidak pasti sama ada bekas perdana ...
Apa Telah Jadi Dengan Tuduhan Demi Allah Ini Najib

Apa Telah Jadi Dengan Tuduhan Demi Allah Ini Najib

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 598 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tuduhan yang dibuat bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berhubung dakwaan kira kira 40 000 hektar tanah milik tentera telah diswastakan tanpa tender terbuka tahun...
Clare Soal Hadi Siapa Yang Bagi Wang Tunai Rm2 5 Juta

Clare Soal Hadi Siapa Yang Bagi Wang Tunai Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 538 hits
PENGARANG Sarawak Report dilapor mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendedahkan siapa yang membayar wang tunai sebanyak RM2 5 juta kepada Pas Clare Rewcastle Brown juga meminta supaya Pas menjadi sebuah parti yang telus...
Dilepas Tanpa Dibebaskan

Dilepas Tanpa Dibebaskan

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tiga tuduhan tambahan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta Hakim Mahkamah Ti...
Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Beramallah Dengan Surah Al Insyirah

Ramai Salah Pilih Ini Cara Betul Pilih Tayar Motor Sesuai

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Karakter Muslim Selalu Menebar Manfaat Dan Memberi Dampak Positif

Iphone 17 Pro Vs Xiaomi 17 Pro Persamaan Perbezaan Siapa Patut Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Malam Perpisahan Guru Di Hotel Juta Penghargaan Buat Cikgu Masrinah

Bajet Bulanan Mak Tip Jimat Bijak Untuk Mak Anak Ramai

Monolog Jiwa Bila Sakit Itu Datang Tanpa Dijemput

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang

Hiburan Budak Sekolah Sekarang Perangai Macam Monyet Beruk Ungka Che Ta Pertimbang Home School Aaisya Dhia Rana