Kes Video Intim Tiada Pertuduhan Forensik Gagal Kenal Pasti Suspek Kata Ag


BERITA

Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dibuat daripada video intim kontroversi yang dikaitkan dengan personaliti politik.

Kenyataan media itu dipercayai merujuk kepada klip video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Thomas berkata, pakar forensik AS "gagal" mengenal pasti individu dalam video berkenaan kerana resolusi rendah.

"CyberSecurity Malaysia telah membuat kesimpulan walau pun video-video tersebut adalah tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video yang rendah yang mana analisis telah dijalankan.

"Disebabkan oleh dapatan yang tidak konklusif tersebut, PDRM telah menghantar untuk dianalisis secara bebas oleh pakar forensik di AS. PDRM menerima keputusan analisis pada bulan Disember 2019.

"Laporan yang bebas ini mengesahkan dapatan CyberSecurity, antara lainnya, 'kegagalan untuk mengenalpasti individu-individu di dalam video tular tersebut adalah disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video-video dan rangka (frames) video yang sedikit untuk membolehkan suspek dilihat dengan jelas," katanya.

Kata Tommy, susulan itu, timbalan pendakwa raya telah sebulat suara mengesyorkan kepadanya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung dengan video berkenaan.

“Saya telah menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak,” katanya lagi.

Klip video intim itu mula tersebar pada 11 Jun 2019 menerusi beberapa kumpulan Whatsapp yang disertai petugas media.

Ia didakwa dirakam di Hotel Four Point, Sandakan pada 11 Mei lalu, iaitu ketika berlangsungnya pilihan raya kecil (PRK) Sandakan.

Pada hari berikutnya, dalam satu siaran video, Haziq mengaku terlibat dalam rakaman video itu, dan mendakwa Azmin merupakan individu yang bersamanya dalam klip video tersebut.

Azmin konsisten menafikan terlibat dalam rakaman dan aktiviti seks dalam video tersebut, dan menuduh dakwaan ke atasnya sebagai usaha memusnahkan kerjaya politiknya.

Thomas berkata sejak 13 Jun, Jabatan Peguam Negara (AGC) bekerjasama dengan polis dalam meneliti kertas siasatan berhubung klip video intim yang disiasat di bawah 377B dan 377D Kanun Keseksaan.

Kata Thomas, protokol penyiasatan telah diikuti, dan ramai saksi ditemu bual oleh PDRM bagi memastikan fakta berhubung video itu selain tangkapan serta reman juga dibuat terhadap beberapa saksi berkaitan sepanjang penyiasatan.

Jelasnya juga, terdapat pelbagai keadaan menyumbang kepada kelewatan dalam melengkapkan siasatan kes itu, terutamanya masa yang diambil bagi memuktamadkan laporan forensik.

Ini termasuklah kekangan dan prosedur kerajaan yang perlu ditempuh dalam mendapatkan kelulusan kewangan tambahan bagi membolehkan PDRM melengkapkan penyiasatan.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Thomas turut merujuk laporan analisis yang dibuat oleh “orang persendirian tanpa diminta” kepada PDRM.

Thomas dipercayai merujuk kepada laporan analisis yang diserahkan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam.

Kata Thomas, analisis laporan yang diserahkan Lokman mengesahkan dapatan laporan CyberSecurity dan pakar forensik luar, bahawa pengenalan identiti tidak boleh dibuat secara konklusif berdasarkan analisis pengecaman wajah.

Bagaimanapun, Thomas berkata, selaras dengan amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru berhubung kes itu diperolehi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/kes-video-intim-tiada-pertuduhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Video Intim Diketahui Dalam Masa Terdekat

Kes Video Intim Diketahui Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR Satu kenyataan bersama akan dibuat Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berhubung laporan analisa video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat Perkara i...
Video Intim Saya Tidak Tahu Apa Apa Kata Kpn

Video Intim Saya Tidak Tahu Apa Apa Kata Kpn

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 255 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan beliau tidak dimaklumkan berhubung keputusan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung klip video intim melibatkan seorang menteri Kabinet Memetik laporan Astro Awani Abdul Hamid m...
Pelakon Video Semburit Dah Di Kenal Pasti Atau Rakyat Malaysia Kena Kencing Lagi

Pelakon Video Semburit Dah Di Kenal Pasti Atau Rakyat Malaysia Kena Kencing Lagi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 868 hits
Selamat menyambut tahun 2020 admin ucapkan pada semua Seperti yang kita maklum tahun 2019 kita tinggalkan dengan berbagai kehancingan kerajaan Pakatan Harapan serta kebangangan menteri menteri Pakatan Harapan dan kedunguan segelintir mahaca...
Video Tidak Pernah Berlaku Dalam Sejarah Negara Ketika Prk Kimanis Pula Kata Najib

Video Tidak Pernah Berlaku Dalam Sejarah Negara Ketika Prk Kimanis Pula Kata Najib

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan siri sembilan rakaman audio antaranya yang didakwa melibatkan perbualan bekas perdana menteri itu dengan beberapa individu d...
Peguam Negara Perlu Tarik Diri Kes Yusoff Rawther Kata Haniff

Peguam Negara Perlu Tarik Diri Kes Yusoff Rawther Kata Haniff

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 364 hits
January 7 2020 7 39 AMHaniff Khatri Abdulla mewakili Muhammad Yusoff Rawther dalam kes salah laku seksual membabitkan Anwar Ibrahim PETALING JAYA Peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Muhammed Yusoff Rawther lelaki disebalik dakwaan se...
Tiada Pendakwaan Kes Video Semburit Ag

Tiada Pendakwaan Kes Video Semburit Ag

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 300 hits
Tiada pendakwaan kes video seks sejenis AG Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa mana mana pihak dalam kes video seks sejenis dikaitkan dengan seorang menteri dan Haziq Aziz Ini kerana pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu terbab...
Tiba Masanya Rakyat Dimaklumkan Hasil Siasatan Kes Video Semburit Apa Status Kes Ini

Tiba Masanya Rakyat Dimaklumkan Hasil Siasatan Kes Video Semburit Apa Status Kes Ini

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 504 hits
PDRM telah melantik khidmat pakar dari Amerika Syarikat untuk menilai kesahihan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri dan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz Kes ini begitu hangat diperkatakan kerana melib...
Siapa Pelaku Mirip Azmin Di Dalam Kes Video Semburit Rakyat Tidak Mahu Dikecewakan Lagi

Siapa Pelaku Mirip Azmin Di Dalam Kes Video Semburit Rakyat Tidak Mahu Dikecewakan Lagi

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 619 hits
Rakyat menantikan ketelusan PDRM Apakah KPN lulus di dalam KPI nya untuk memasuki tahun baru 2020 Nampaknya harapan rakyat untuk melihat Jho Low diseret ke mahkamah hampir pasti gagal atas alasan tiada kerjsama dari negara yang menyimpan ra...
Video Intim Didakwa Mirip Menteri Tiada Individu Akan Didakwa Peguam Negara

Video Intim Didakwa Mirip Menteri Tiada Individu Akan Didakwa Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 289 hits
Kuala Lumpur 9 Jan Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada dakwaan akan dibuat berhubung video intim yang didakwa melibatkan pemimpin kanan sebuah parti politik tempatan Menurut Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu kenyataannya analisa vid...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad