Pakar Australia Periksa Dokumen Tandatangan Najib 10 Februari


KUALA LUMPUR, 23 JAN: Seorang pakar dari Australia yang dilantik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menganalisis tandatangan di 13 dokumen SRC International Sdn Bhd yang dipertikaikan, dijangka dibuat pada minggu 10 Februari ini.
Tarikh baharu ditetapkan selepas peguam pembelaan Najib, Harvinderjit Singh memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa pakar itu hanya dapat tiba pada minggu berkenaan.
“Saya tidak nampak sebarang kelewatan kepada perbicaraan. Pemeriksaan akan mengambil masa dua hari. Satu laporan dijangka akan disiapkan dalam tempoh seminggu selepas analisis,” kata peguam itu.
Sebelas daripada dokumen itu ditandakan sebagai bukti pihak pendakwaan, manakala dua lagi ditandakan sebagai bukti pihak pembelaan yang akan diserahkan semasa perbicaraan.
Semalam Hakim Mohd Nazlan membenarkan permohonan Najib untuk memanggil pakarnya sendiri atas alasan pihak tertuduh berhak mendapatkan dan mengetengahkan bukti relevan terhadap pembelaan yang dipilih.
Semasa perbicaraan sebelum ini, Najib membangkitkan persoalan berhubung ketulenan tandatangannya, memandangkan beliau mendakwa tidak pernah ditunjukkan salinan asal dokumen yang dipertikaikan itu.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan tarikh pemeriksaan sebelum 3 Februari.
Terdahulu, semasa pemeriksaan balas oleh ketua pendakwaan Datuk V. Sithambaram, Najib tidak bersetuju dengan cadangan Tan Sri Mohamed Apandi Ali adalah salah apabila membersihkan nama (Najib) daripada sebarang perbuatan salah berkaitan RM2.6 bilion dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.
Semasa ditanya Sithambaram sama ada beliau berhasrat memanggil Mohamed Apandi sebagai saksi, Najib berkata perkara itu sedang dipertimbangkan ditimbangkan oleh pihak pembelaan.
Najib membela diri terhadap tujuh tuduhan menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta, yang terdiri daripada tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan yang berkaitan dengan dana SRC.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan bersambung 3 Februari dengan Sithambaram meneruskan pemeriksaan balas terhadap Najib.
Sebelum perbicaraan berakhir, Sithambaram mengucapkan terima kasih kepada Najib atas kerjasama semasa pemeriksaan balas dan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikan sambutan itu.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/01/pakar-australia-periksa-dokumen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Boleh Panggil Pakar Kenal Pasti Ketulenan Tandatangan

Najib Boleh Panggil Pakar Kenal Pasti Ketulenan Tandatangan

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 336 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mema...
Permohonan Najib Dapatkan Salinan Klip Audio Didengar 24 Februari

Permohonan Najib Dapatkan Salinan Klip Audio Didengar 24 Februari

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR 23 JAN Mahkamah Tinggi menetapkan 24 Februari untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan dan memeriksa salinan rakaman audio perbualan yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
Najib Tidak Pernah Bangkitkan Isu Tandatangan Palsu

Najib Tidak Pernah Bangkitkan Isu Tandatangan Palsu

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 606 hits
KUALA LUMPUR 21 JAN Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah membangkitkan apa apa isu mengenai pemalsuan tandatangan beliau dalam beberapa dokumen berkaitan SRC International Sdn Bhd sepanj...
Zaman Bn Tol Tak Pernah Kurang Najib Cerminlah Diri

Zaman Bn Tol Tak Pernah Kurang Najib Cerminlah Diri

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 548 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menempelak sikap pemimpin Barisan Nasional yang mengkritik dasar pengurangan kadar tol seperti yang dilaksanakan Pakatan Harapan baru baru ini Tegasnya disebalik kritikan itu BN sendiri sudah lupa bahawa mereka...
I Never Raised Plus Tolls Says Najib To Guan Eng

I Never Raised Plus Tolls Says Najib To Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 494 hits
PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak in a riposte to finance minister Lim Guan Eng said tonight toll rates on PLUS highways were never increased during his time in office Lim had accused Barisan Nasional critics of forgeting hist...
Guan Eng Did Not Mention 1mdb S Assets And Investments Says Najib

Guan Eng Did Not Mention 1mdb S Assets And Investments Says Najib

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 799 hits
Former prime minister Najib Razak has criticised Finance Minister Lim Guan Eng for blaming the Pakatan Harapan government s inability to abolish tolls on the 1MDB scandal In a Facebook post Najib zeroed in on Lim s failure to mention billio...
Dr M Tak Berdendam Boleh Bekerja Dengan Sesiapa Kecuali Najib

Dr M Tak Berdendam Boleh Bekerja Dengan Sesiapa Kecuali Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 378 hits
BERITAPerdana Menteri Dr Manathir Mohamad berkata dalam politik tiada pakatan atau musuh yang tetap selain menjelaskan beliau telah bekerja dengan ramai individu selama beberapa dekad Bagaimanapun Mahathir meletakkan pengecualian iaitu tida...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page