Najib Bidas Lagi Anwar Dosa Ya

Sila  tanya bakal PM ke-5/6/7/8/9 kenapa rejim gagalkrasi dahulu tolak  perjanjian penyelesaian dengan IPIC dua kali yang membolehkan kita dapat  kembali semua wang yang didakwa hilang dengan sekaligus tapi lebih suka  dapat balik sebahagian wang sahaja dengan cara sedikit demi sedikit. 
 Bakal PM-5/6/7/8/9, baca perlahan-lahan. Sila sangkal "dosa-dosa" ini: 
 DOSA 1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP)  berat sebelah ketinggalan PM ke-4 yang menyunmbang RM8 bilion hingga  RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan  datang. 
 Saksi telah mengaku peranan 1MDB itu dalam Mahkamah. (tengok gambar) 
 Dengan penyelesaian itu juga, harga saham TNB naik tiga kali ganda dari  RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi  manfaat kepada semua ahli Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung  Haji dan KWAP. 
 SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah masalah legasi IPP berat sebelah telah diselesaikan oleh Najib dengan pertolongan 1MDB. 
 Jika belum, kenapa PH sejak tahun 2012 tidak pernah lagi bangkitkan  tuduhan ini yang dulu korang kata merugikan negara sebanyak RM20 bilion  setiap tahun? 
 Adakah RM20 bilion X 20 tahun itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB? 
 Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155694068535952 
 DOSA 2. 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara  termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar  dan paling moden dalam negara. 
 SOALAN CEPUMAS BAGI PH:  Kenapa  pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB?  Tak penting ke pangkalan udara bagi negara? 
 Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156278758815952 
 DOSA 3. Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di  mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga  RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini. 
 SOALAN CEPUMAS BAGI  PH: Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minima RM92 bilion itu lebih  besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB? 
 Dan adakah projek ini amat penting dan projek jual negara? 
 Kita tanya PM ke-7: 
 "Perdana menteri berkata Bandar Malaysia akan memberikan impak  signifikan terhadap ekonomi Malaysia berikutan ia akan berperanan  sebagai hab untuk menarik lebih banyak syarikat multinasional berimpak  tinggi global serta menawarkan potensi tindakan bersama dalam bidang  kewangan, teknologi dan keusahawanan. 
 “Dengan jangkaan nilai  pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar  terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak  pelaburan langsung asing,” katanya. 
 17 Dis 2019: Projek Bandar  Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual  sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion  sambil mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini,  lalu Guan Eng kata semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan  membayar RM2.7 bilion untuk hutang 1MDB dalam tempoh 3 tahun ini pulak)
 https://selangorkini.my/2019/12/projek-bandar-malaysia-bukti-kerjasama-baik-malaysia-china/ 
 DOSA 4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion. 
 SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan  negara, penting untuk negara dan bukan sekadar satu lubang besar dalam  tanah seperti pernah didakwa PH? 
 Kita tengok apa yang Lim Guan Eng jawab: 
 12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia's best assets, beckons investors to take part in development
 https://www.nst.com.my/business/2019/02/459497/lge-describes-rm40b-trx-one-malaysias-best-assets-beckons-investors-take 
 DOSA 5. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik  kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang  disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020. 
 SOALAN CEPUMAS BAGI  PH: Kenapa pula PH tak pernah jawab bahawa Najib dah selesaikan wang  yang didakwa hilang dan syarat kembalikan wang ini ada dalam perjanjian  penyelesaian? 
 Keran jika diberitahu kepada Rakyat maka 1MDB  tiada lagi wang yang hilang (cuma tunggu masa untuk dibayar balik) dan  Najib bukan perompak atau penyamun. 
 Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156801028485952 
 https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156920228715952 
 SOALAN CEPUMAS TAMBAHAN: Hutang 1MDB adalah RM32 bilion. Kenapa dalam  masa 22 bulan rejim gagalkrasi PH, mereka tidak pernah membayar balik  atau mengurangkan satu sen prinsipal hutang ini? 
 Kerana hutang itu memang belum sampai tempoh untuk dibayar. Siapa yang suruh kita perlu bayar segala hutang ini sekarang?  
 Hutang ini adalah sampai tahun 2038 - iaitu selaras dengan  projek-projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140  bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun untuk diselesaikan dengan  sepenuhnya? 
 Selain wang yang dibayar balik oleh PH, hutang RM32  bilion juga akan dibayar balik dengan keuntungan serta pulangandari  projek-projek tersebut. 
 Lagipun, kenapa pula hutang RM32 bilion  yang banyak aset boleh memufliskan negara tetapi rejim gagalkrasi PH  tambah hutang negara sebanyak RM140 bilion tak memufliskan negara pulak? 
 Posting bakal PM ke-5/6/7/8/9:
 https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/posts/10160419277936840
NAJIB RAZAK
MR :  Tak ada ke macai PH nak jawab balik
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/najib-bidas-lagi-anwar-dosa-ya.html