Najib Bersalah 7 Tuduhan


SUARA MEREDEKADATUK Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur diiringi Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana daripada SCR International Sdn. Bhd.

Kesemua pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali pagi ini

Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam tuduhan pecah amanah.

Sebaliknya pihak pendakwaan telah berjaya menunjukkan melangkaui keraguan munasabah bahawa Najib telah menggunakan wang sebanyak RM42 juta untuk kegunaan peribadi seperti pembayaran kad kredit dan percutian.

Mahkamah juga mendapat pembelaan Najib bahawa wang berjumlah RM42 juta itu derma daripada keluarga diraja Arab Saudi tidak boleh diterima pakai dan tidak logik.

Mahkamah meminta peguam bela untuk membuat rayuan bagi hukuman.

Peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar pihaknya diberikan sesalinan keputusan ringkas yang oleh Hakim Mohd. Nazlan bagi membolehkan pihaknya menyediakan rayuan.

Terdahulu bekas Presiden UMNO itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berhubung skandal SRC International pada Julai tahun lalu.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 750 eksibit dikemukakan termasuk dokumen bank, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan menerusi Blackberry Messenger.

Perbicaraan selama 94 hari itu menyaksikan 96 orang memberi keterangan dengan 57 saksi pendakwaan dan 19 saksi pembelaan.

Keputusan hari ini adalah sabitan pertama Najib yang berdepan puluhan pertuduhan lain dalam skandal syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.

Antara kes lain yang sedang dibicarakan ialah berkaitan pertuduhan salah guna kuasa dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion, meminda laporan audit 1MDB dan pengubahan wang haram sebanyak RM27 juta milik SRC.

SRC sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB sebelum ia kemudian menjadi milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) kemudiannya.

Untuk rekod ketika menjadi perdana menteri, Najib juga sebelum ini merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, penasihat emeritus SRC dan menteri kewangan.

Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menetapkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda atau RM10,000 bergantung mana yang lebih tinggi.

Tiga pertuduhan pecah amanah pula dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

Bagaimanapun Najib,67, akan terkecuali daripada hukuman sebatan berdasarkan kepada faktor usianya.

Baki tiga lagi pertuduhan yang dikenakan pada Najib membabitkan dakwaan pengubahan wang haram.

Untuk itu beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Ia menyediakan hukuman penjara sehingga 15 tahun, denda RM5 juta atau lima kali ganda wang yang terlibat, tertakluk kepada mana yang lebih tinggi. – SM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/najib-bersalah-7-tuduhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lintas Langsung Dari Mahkamah Najib Bersalah Atas Semua Pertuduhan

Lintas Langsung Dari Mahkamah Najib Bersalah Atas Semua Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 297 hits
Malaysiakini 10 20 pagi Hakim berkata tertuduh terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd Hakim Pinjaman KWAP pada SRC diluluskan dengan tergesa gesa 10 30 pagi Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpu...
Setelah Didapati Bersalah Najib Bersumpah Laknat Lagi

Setelah Didapati Bersalah Najib Bersumpah Laknat Lagi

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 331 hits
Najib Razak mengulangi sumpah laknatnya tidak tahu mengenai RM42 juta dana SRC International dalam akaun banknya selepas disabitkan bersalah atas 7 pertuduhan rasuah semalam more Bekas perdana menteri itu menafikan beliau pernah meminta ata...
Najib Didapati Bersalah Salah Satu Pertuduhan

Najib Didapati Bersalah Salah Satu Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas salah satu pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputus...
Najib Razak Bersalah Atas 7 Pertuduhan

Najib Razak Bersalah Atas 7 Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 275 hits
Najib Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Naz...
Hari Ini Hari Keramat Najib Keputusan 3 Dakwaan Pecah Amanah 1 Tuduhan Salahguna Kuasa Dana Rm42 Juta

Hari Ini Hari Keramat Najib Keputusan 3 Dakwaan Pecah Amanah 1 Tuduhan Salahguna Kuasa Dana Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 347 hits
Najib didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd8 Ogos 2018Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram mem...
Keputusan Najib Bersalah Gugat Kerjasama Pn

Keputusan Najib Bersalah Gugat Kerjasama Pn

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 248 hits
SHAH ALAM 27 JULAI Sebarang keputusan mahkamah kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad esok meletakkan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam risiko politik Berdasarkan sumber dan penganalisis jika keputusan be...
Siapa Lagi Bersalah Selain Najib

Siapa Lagi Bersalah Selain Najib

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 184 hits
Ir Muhammad Lukman Al Hakim MuhammadHeret kemelut kehakiman negara ke kancah eksekutif perlu diubah 1 APABILA Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap tiga pertuduhan pecah amanah tiga pertuduh...
Najib Bersalah Melayu Bersatulah

Najib Bersalah Melayu Bersatulah

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 302 hits
Pepatah ada mengatakan biar lambat asal jangan tak sampai langsung begitulah kes 1MDB telah mula didedahkan oleh Pakatan Rakyat dan PH kemudiannya sejak 2011 di parlimen Transaksi meragukan dan penipuan terbesar merompak harta negara diranc...
Najib Bersalah Terima Kasih Sheikh Tommy

Najib Bersalah Terima Kasih Sheikh Tommy

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 300 hits
Ipohmali Seperti aku tulis semalam semalam Hampir Mustahil untuk najib dilepaskan dari pertuduhan jika melihatkan segala bukti dan keterangan dibawa oleh Pendakwaraya Kalau ikut hukum dan Undang2 ianya mustahil Najib dibebaskan Katanya semu...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


168slot 168slot Biz 13 Jun 2024 168slot 168 Top 35 By Christa

Puaka Cuti Semester

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer