Najib Razak Bersalah Atas 7 Pertuduhan



Najib Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC)

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur


Kata Mohd Nazlan, pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan

Disebabkan itu, kata hakim, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah


Keputusan hari ini adalah sabitan pertama Najib yang berdepan puluhan pertuduhan lain dalam skandal syarikat pelaburan milik negara, 1MDB

Antara kes lain yang sedang dibicarakan ialah berkaitan pertuduhan salah guna kuasa dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion, meminda laporan audit 1MDB dan pengubahan wang haram sebanyak RM27 juta milik SRC

SRC sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB sebelum ia kemudian menjadi milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) kemudiannya

Untuk rekod ketika menjadi perdana menteri, Najib juga sebelum ini merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, penasihat emeritus SRC dan menteri kewangan

Mohon kemuka rayuan pada Isnin
Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menetapkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda atau RM10,000 bergantung mana yang lebih tinggi

Tiga pertuduhan pecah amanah pula dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan

Bagaimanapun Najib,67, akan terkecuali daripada hukuman sebatan berdasarkan kepada faktor usianya

Baki tiga lagi pertuduhan yang dikenakan pada Najib membabitkan dakwaan pengubahan wang haram

Untuk itu beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001

Ia menyediakan hukuman penjara sehingga 15 tahun, denda RM5 juta atau lima kali ganda wang yang terlibat, tertakluk kepada mana yang lebih tinggi

Ketua pasukan pembelaan Najib, Muhammad Shafee AbdullahSelesai Mohd Nazlan menyampaikan keputusannya, ketua pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah, membuat permohonan supaya rayuan mereka - yang dibuat sebelum hukuman dijatuhkan - didengar pada Isnin ini

Bagaimanapun permohonan Shafee dibantah Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram

Kira-kira jam 12.50 tengah hari Mohd Nazlan menangguhkan prosiding hari ini dan akan bersambung jam 2 petang nanti






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/07/najib-razak-bersalah-atas-7-pertuduhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC ...
Denda Rm210 Juta Dan Penjara 12 Tahun Bagi 7 Pertuduhan Ke Atas Najib Razak

Denda Rm210 Juta Dan Penjara 12 Tahun Bagi 7 Pertuduhan Ke Atas Najib Razak

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan dalam pertama dari lima perbicaraannya yang berkaitan dengan Pembangunan 1Malaysia ...
Najib Razak Didapati Bersalah Kesemua 7 Pertuduhan Berkait Dana Rm42 Juta Milik Src

Najib Razak Didapati Bersalah Kesemua 7 Pertuduhan Berkait Dana Rm42 Juta Milik Src

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 288 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan melibatkan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta berkait SRC International Sdn Bhd yang dikenaka...
Lintas Langsung Dari Mahkamah Najib Bersalah Atas Semua Pertuduhan

Lintas Langsung Dari Mahkamah Najib Bersalah Atas Semua Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 331 hits
Malaysiakini 10 20 pagi Hakim berkata tertuduh terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd Hakim Pinjaman KWAP pada SRC diluluskan dengan tergesa gesa 10 30 pagi Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpu...
Wanita Oku Mengamuk Di Luar Mahkamah Yakin Najib Razak Tidak Bersalah

Wanita Oku Mengamuk Di Luar Mahkamah Yakin Najib Razak Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 378 hits
Semalam panas mengenai isu pertuduhan keatas bekas perdana menteri Dato Seri Najib Razak di mana mahkamah akhirnya memutuskan bahawa dia didpati bersalah atas semua tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram keatas dana SRC International Sdn...
Di Sebalik Hukuman Ke Atas Najib Razak

Di Sebalik Hukuman Ke Atas Najib Razak

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 397 hits
PENDIRIAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mencampuri urusan mahkamah berkenaan kes berprofil tinggi wajar dipuji Ini adalah manifestasi kepada usaha membersihkan institusi kehakiman negara Semoga reformasi ini akan ...
Keputusan Kes Src Najib Didapati Bersalah Terhadap Semua Tujuh Pertuduhan

Keputusan Kes Src Najib Didapati Bersalah Terhadap Semua Tujuh Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 327 hits
334 total views 334 views today Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap ketujuh tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana S...
Najib Razak Terlalu Percayakan Orang Sehingga Terpaksa Mengaku Bersalah

Najib Razak Terlalu Percayakan Orang Sehingga Terpaksa Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 246 hits
Seperti semua sedia maklum sebentar tadi telah terjawab segala persoalan mengenai kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau didapati bersalah untuk semua tujuh pertuduhan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Bagaimanapun Najib t...
Najib Didapati Bersalah Salah Satu Pertuduhan

Najib Didapati Bersalah Salah Satu Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas salah satu pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputus...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi