Najib Belum Diberi Bukti Berpotensi Bebaskannya Walaupun Perolehi Perintah Mahkamah


 
Minderjeet Kaur -April 13, 2021 Pendakwa raya AS mendedahkan, Roger Ng mungkin memiliki keterangan yang berpotensi membebaskan Najib Razak daripada pertuduhan berkait skandal 1MDB.PETALING JAYA: Bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng Kok Wah, mungkin memiliki keterangan yang berpotensi membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak daripada pertuduhan berkait skandal 1MDB, FMT difahamkan.
Perkara ini didedahkan pendakwa raya AS kepada Hakim Margot K Brodie dalam persidangan pada 23 Mac bagi prosiding jenayah terhadap Ng di daerah timur New York.
Dalam sidang tersebut, penasihat undang-undang kerajaan AS memberitahu Brodie, data yang terkandung dalam komputer pelayan Goldman Sachs telah dikeluarkan kepada pihak peguambela Ng, sebagai sebahagian dari proses penzahiran keterangan dalam prosiding jenayah terhadapnya.
Data berkenaan, dipercayai secara asalnya tersimpan dalam sekurang-kurangnya dua telefon bimbit milik bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner, boleh membantu membersihkan nama Najib, kata pendakwa raya.
Leissner menyerahkan alat peranti jenama Blackberry yang digunakan atas tujuan kerja kepada majikannya pada 19 Januari 2016.
Hakim turut diberitahu bahawa Goldman Sachs telah menghapuskan data dari telefon bimbit berkenaan dan menyimpannya dalam komputer pelayan.
Dalam surat bertarikh 12 Mac, firma guaman Brafman & Associates menuduh Goldman Sachs “dilindungi secara aktif oleh kerajaan AS”.
Peguambela Ng dalam surat berkenaan turut menuduh bahawa kerajaan AS sanggup campurtangan “menerusi mahkamah di sebuah daerah lain untuk menghalang Goldman Sachs dan Leissner mematuhi proses perundangan yang diarahkan oleh sebuah mahkamah lain, jelas membuktikan bahawa Goldman Sachs adalah sebahagian pasukan pendakwa raya”.
Menurut peguambela Ng, campurtangan itu adalah permohonan oleh pihak pendakwaan untuk menangguhkan perintah penzahiran keterangan yang berjaya didapatkan Najib daripada Hakim Katherine Parker dari mahkamah daerah selatan New York.
Perintah itu untuk sepina dikeluarkan terhadap Goldman Sachs dan Leissner bagi memperolehi dokumen dan keterangan yang berpotensi membantu Najib dalam pembelaannya terhadap kes jenayah yang beliau hadapi di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun pada 8 Feb, kerajaan AS memohon untuk mencelah dan menangguhkan prosiding penzahiran keterangan, sementara menunggu penyelesaian tindakan undang-undang berasingan terhadap Goldman Sachs, Leissner, dan Ng, serta ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho.
Sehingga kini, sesi pendengaran bagi permohonan kerajaan AS masih belum dimulakan.
Susulan perkembangan kes Ng , Najib mengemukakan untuk campur tangan dalam kes Ng bagi mendapatkan suatu perintah daripada Brodie, yang akan membolehkan peguam Najib mengakses keterangan yang disifatkan peguam sebagai berpotensi bersifat ekskulpatori.
Keterangan bersifat ekskulpatori adalah keterangan yang mampu membebaskan seseorang daripada sesuatu pertuduhan.
Permintaan itu, yang dibantah pendakwa raya AS dan Ng, ditolak Brodie minggu lepas, sekaligus menyebabkan Najib tiada akses kepada keterangan yang mungkin membersihkan namanya, walaupun Ng memiliki keterangan itu.
Ng dan barisan peguamnya dihalang mendedahkan keterangan berkenaan atas perintah Brodie sebelum itu.
Perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersambung 18 Mei ini , dengan 10 saksi dari pihak pendakwaan yang masih memberikan keterangan.
Bekas Perdana Menteri itu berdepan 25 pertuduhan , membabitkan salah guna kuasa ketika menyandang jawatan berkenaan melibatkan dana 1MDB bernilai RM2.6 bilion dan penggubahan wang haram.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/najib-belum-diberi-bukti-berpotensi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Mahu Dipenjara Najib Bagi 307 Alasan Di Mahkamah

Tidak Mahu Dipenjara Najib Bagi 307 Alasan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 178 hits
April 5 2021 Mahkamah Rayuan pada Isnin mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta tepat jam 9 pagi Isnin Bagaim...
Mahkamah Batal Perintah Penahanan Kerana Nama Glamor Muhyiddin

Mahkamah Batal Perintah Penahanan Kerana Nama Glamor Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 241 hits
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan perintah penahanan yang ditandatangani Muhyiddin Yassin tahun lalu yang ketika itu merupakan menteri dalam negeri Ini kerana menteri berkenaan menandatanganinya menggunakan nama glamor Muhyiddi...
Rayuan Najib Di Mahkamah Rayuan Bermula

Rayuan Najib Di Mahkamah Rayuan Bermula

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 223 hits
PUTRAJAYA Prosiding rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan p...
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Pendengaran Rayuan Src

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Pendengaran Rayuan Src

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 236 hits
April 5 2021 2 10 PMfreemalaysiatoday comBekas perdana Menteri Najib Razak merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd PUTRAJAYA Rayuan Najib ...
Hiburan Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia Mona Allen Belum Sedia Timang Anak Tahun Depan Baru Boleh Fikir

Hiburan Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia Mona Allen Belum Sedia Timang Anak Tahun Depan Baru Boleh Fikir

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 394 hits
Pelakon Mona Allen mengakui dia sering kali diajukan dengan soalan mengenai bilakah akan menimang cahaya mata namun bagi dirinya dia masih belum terfikir untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini View this post on InstagramAdvertisementMo...
Pas Terima Ahli Seawal Usia 13 Tetapi Umur 18 Dianggap Belum Matang Memilih Kerajaan

Pas Terima Ahli Seawal Usia 13 Tetapi Umur 18 Dianggap Belum Matang Memilih Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 354 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju terhadap penangguhan pelaksanaan undi 18 kerana usia itu bukan penentu kematangan bagi rakyat negara ini memilih kerajaan Undi bergantung kepada tahap kematangan Jangan kira undi 18 tahun s...
Hiburan Belum Lancarkan Tapi Dah Dapat Free Marketing Neelofa Kongsi Sebab Berada Di Langkawi Kini

Hiburan Belum Lancarkan Tapi Dah Dapat Free Marketing Neelofa Kongsi Sebab Berada Di Langkawi Kini

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 226 hits
Baru sahaja berkahwin namun Neelofa dan PU Riz terpalit dengan kontroversi selepas mereka dikritik ramai apabila didakwa merentas negeri ke Pulau Langkawi baru baru ini Walaubagaimanapun menurut laporan polis dan juga penjelasan daripada pi...
Lebih 1 000 Dikompaun Rm10 000 Belum Tampil Kemuka Rayuan

Lebih 1 000 Dikompaun Rm10 000 Belum Tampil Kemuka Rayuan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 222 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ADHAM Baba bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dengan Kementerian Kesihatan di Kementerian Kesihatan Putrajaya hari ini PUTRAJAYA Lebih 1 0...
Tengah Dok Sapu Belum Habis Lagi

Tengah Dok Sapu Belum Habis Lagi

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 277 hits
Selepas Umno memutuskan tidak akan bersama PPBM dan menyokong Muhyiddin beta ingat kesemua 17 orang menteri dan timbalan menteri daripada Umno meletak jawatan Atau pun setidak tidaknya kalau enggan meletak jawatan hanya Menteri Wilayah Pers...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran