Mahkamah Batal Perintah Penahanan Kerana Nama Glamor Muhyiddin



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan perintah penahanan yang ditandatangani Muhyiddin Yassin tahun lalu yang ketika itu merupakan menteri dalam negeri.
Ini kerana menteri berkenaan menandatanganinya menggunakan “nama glamor” Muhyiddin Mohd Yassin dan bukannya nama dalam kad pengenalan (MyKad), Mahiaddin Md Yasin.
Peguam Danial Amir Hamzah berkata, pesuruhjaya kehakiman Norsharidah Awang hari ini membenarkan permohonan habeas corpus oleh Sabahan Awang Sari Lasikan.
Danial hadir bersama peguam, Zafran Zafri Mohd Zaini mewakili Awang – seorang pekerja am yang ditahan di bawah perintah yang ditandatangani Muhyiddin pada 10 Mac tahun lalu.
Sabahan telah dibebaskan daripada tahanan, manakala Muhyiddin kini merupakan perdana menteri Malaysia.
Peguam hari ini berkata Mahkamah Tinggi setuju dengan hujah mereka bahawa Muhyiddin seharusnya tidak menandatangani perintah penahanan dengan nama “glamor” Muhyiddin, sebaliknya perlu menggunakan nama dalam MyKad.
“Ketika (Perikatan Nasional) mengambil alih kerajaan baru Mac tahun lalu, masih belum ada kabinet dan Muhyiddin selain menjadi Perdana Menteri, juga menjalankan tugas sebagai menteri dalam negeri.
“Di antara tugas yang dilakukannya adalah menandatangani perintah penahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, yang termasuk menandatangani perintah itu terhadap anak guam saya pada 9 Mac 2020.
“Kami kemudian ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mencabar keabsahan perintah penahanan itu kerana tidak ditandatangani sesuai dengan nama Muhyiddin seperti yang dinyatakan dalam warta kerajaan.
“Di bawah Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, nama yang dinyatakan dalam warta adalah Mahiaddin Md Yasin, iaitu nama dalam MyKad-nya.
“Hari ini Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa setiap keputusan eksekutif atau tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri atau menteri harus menggunakan nama tersebut dalam warta, iaitu nama dalam MyKad dan bukan nama glamor.
“Perintah penahanan ditandatangani dengan nama Muhyiddin dan bukan Mahiaddin. Oleh itu mahkamah membenarkan permohonan habeas corpus kami, ”kata Danial.
Peguam itu menjelaskan bahawa keputusan hari ini berpotensi membuka ruang kepada permohonan habeas corpus yang serupa.
Ini kerana katanya, terdapat beberapa tahanan lain yang ditahan di bawah perintah penahanan yang ditandatangani Muhyiddin ketika dia menjalankan tugas sebagai menteri dalam negeri.
Menurut salinan hujah peguam Awang yang dilihat Malaysiakini, mereka berpendapat bahawa perintah penahanan itu tidak sah kerana dikeluarkan dan ditandatangani dengan nama (Muhyiddin) yang tidak sah menurut undang-undang seperti yang ditetapkan Akta Fungsi-fungsi Menteri dan Akta Dadah Berbahaya (Akta Langkah Pencegahan Khas).
Mereka berhujah bahawa walaupun warta menyatakan individu yang menjalankan tugas menteri dalam negeri ketika itu ialah Mahiaddin Md Yasin, namun perintah penahanan ditandatangani oleh Muhyiddin Mohd Yassin.
Peguam Persekutuan Muhamad Safuan Azhar mewakili dua responden iaitu timbalan menteri dalam negeri dan penguasa kanan Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam. Mk
Dakwaan projek RM450j rundingan terus: Bukan saya tandatangan surat – Lim

The post Mahkamah batal perintah penahanan kerana nama ‘glamor’ Muhyiddin appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/02/mahkamah-batal-perintah-penahanan-kerana-nama-glamor-muhyiddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyakkah Dokumen Yang Ditandatangani Muhyidin Gunakan Nama Glamor

Banyakkah Dokumen Yang Ditandatangani Muhyidin Gunakan Nama Glamor

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 264 hits
Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam baru baru ini yang membebaskan seorang tahanan akibat Menteri Dalam Negeri menandatangani dokumen penahanan beliau dengan nama glamour Muhyiddin Yassin menimbulkan kebimbangan mengenai berapakah jumlah do...
Kerajaan Minta Mahkamah Dengar Dulu Permohonan Batal Saman Khairuddin

Kerajaan Minta Mahkamah Dengar Dulu Permohonan Batal Saman Khairuddin

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 359 hits
Pada Januari Khairuddin Abu Hassan mengemukakan saman terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenaan nasihat kepada Agong tentang pengisytiharan darurat KUALA LUMPUR Kerajaan mahukan Mahkamah Tinggi mendengar terlebih dahulu permohonan...
Anwar Akan Pastikan Mahkamah Itu Adil Apakah Muhyiddin Boleh Dipercayai

Anwar Akan Pastikan Mahkamah Itu Adil Apakah Muhyiddin Boleh Dipercayai

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 283 hits
Najib dan Zahid dua pemimpin besar dalam Umno ada kes di mahkamah Bersalah atau tidak biar mahkamah tentukan Kalau mereka rasa mereka tidak bersalah dan mahukan perbicaraan yang adil tanpa campurtangan politik mereka akan memperolehinya di ...
Muhyiddin Langgar Sop Apa Tindakan Pihak Berkuasa

Muhyiddin Langgar Sop Apa Tindakan Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 579 hits
Muhyiddin Langgar SOP Apa Tindakan Pihak Berkuasa Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mempersoalkan apakah tindakan akan diambil terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana tidak memakai pelitup dalam satu majlis di sebuah hotel Najib berk...
Muhyiddin Tak Pakai Facemask So

Muhyiddin Tak Pakai Facemask So

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 199 hits
Dia orang 1st cucuk vaksin katanya Tapi belum ada statement lagi mereka yang disuntik vaksin lengkap bebas tidak mengikut SOP Tak payah pakai facemask kan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan apakah tindakan akan diambil terhadap...
Empowered Public Sector Can Channel Aid To People Better Muhyiddin

Empowered Public Sector Can Channel Aid To People Better Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 268 hits
Empowering the public sector is an important agenda that is often stressed in the Perikatan Nasional government said Prime Minister Muhyiddin Yassin He said this is so that messages and assistance can be channeled effectively to the target ...
Najib Questions Muhyiddin For Allegedly Flouting Mask Rule

Najib Questions Muhyiddin For Allegedly Flouting Mask Rule

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 324 hits
Pekan MP Najib Abdul Razak has questioned Prime Minister Muhyiddin Yassin for supposedly flouting the mandatory masking rule meant to curb the transmission of Covid 19 He said although Muhyiddin has already received both doses of Covid 19 v...
Muhyiddin Malas Anwar Mufliskan Negara Saya Terbaik Sebagai Pm Ku Li

Muhyiddin Malas Anwar Mufliskan Negara Saya Terbaik Sebagai Pm Ku Li

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 519 hits
VETERAN Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau mahu menjadi perdana menteri tetapi mengakui mungkin tidak mendapat sokongan daripada partinya sendiri lapor The Vibes Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menolak kemampuan Muhyiddin Yassin ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas