Lebih 1 000 Dikompaun Rm10 000 Belum Tampil Kemuka Rayuan


Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ADHAM Baba bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan Kementerian Kesihatan di Kementerian Kesihatan, Putrajaya hari ini. PUTRAJAYA: Lebih 1,000 individu yang dikenakan kompaun RM10,000 sejak Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 dikuatkuasakan pada 11 Mac lalu, belum mengemukakan rayuan pengurangan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, mereka boleh tampil berbuat demikian dengan membuat rayuan mengikut jenis kesalahan dilakukan kepada pengarah dan timbalan pengarah kesihatan negeri.
“Setakat ini tiada individu yang dikenakan kompaun RM10,000 membuat rayuan. Apabila rayuan dibuat, kompaun (baharu) dikeluarkan berdasarkan jenis serta tarikh bila kesalahan itu dilakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi pelaksanaan program di bawah inisiatif Gaya Hidup Sihat Komuniti Perpaduan-Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi tempoh 2021-2025, di sini hari ini.
Yang turut sama menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Nota Kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Md Radzi manakala Kementerian Kesihatan Malaysia diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah.
Adham berkata, kertas siasatan akan dibuka bagi membuat proses rayuan kompaun itu oleh inspektor kesihatan untuk menilai apakah jenis kesalahan yang dilakukan dan jumlah kompauan yang akan dikenakan semula.
Katanya, kertas siasatandibuka kepada empat kategori iaitu orang kurang upaya, kumpulan B40, pelajar serta mereka yang merasakan tidak mampu untuk membayar kompaun.
“Orang yang dari kumpulan B40 perlu kemukakan bukti-bukti bagi membolehkan mereka membuat rayuan terhadap kompaun yang dikeluarkan,” katanya.
Mengulas lanjut, Adham berkata, penguatkuasaan undang-undang dan kenaikan kadar kompaun sejak 11 Mac lalu bukan bertujuan untuk mengenakan hukuman, sebaliknya sebagai langkah untuk mendidik bagi memutuskan penularan Covid-19.
“Ini adalah untuk menggalakkan masyarakat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Kementerian Kesihatan juga ingin menegaskan bahawa individu yang telah ditawarkan kompaun oleh pegawai diberi kuasa, untuk segera membayar kompaun tersebut bagi mendapatkan pengurangan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/lebih-1000-dikompaun-rm10000-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Gagal Daftar Masuk Premis Dua Beradik Dikompaun Rm10 000

Gara Gara Gagal Daftar Masuk Premis Dua Beradik Dikompaun Rm10 000

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 264 hits
Gara gara gagal mendaftar masuk ke sebuah premis makanan di Teluk Cempedak Kuantan Pahang dua beradik dikenakan kompaun RM10 000 kelmarin Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamad Noor Yusof Ali dua beradik itu adalah antara tujuh individu...
Hutang Negara Belum Lebih Had Statutori Kata Tengku Zafrul

Hutang Negara Belum Lebih Had Statutori Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 247 hits
PETALING JAYA Hutang negara dijangka hanya mencapai 58 5 daripada keluaran dalam negara kasar tahun ini kata menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika menjawab kritikan berhubung hutang negara Katanya instrumen pinjaman lain mempunyai had ...
Siasat Lebih 20 000 Ikan Patin Tilapia Mati Di Sungai Pahang

Siasat Lebih 20 000 Ikan Patin Tilapia Mati Di Sungai Pahang

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 271 hits
Oleh HARIS FADILAH AHMAD MOHD SOFFI Abd Razak melawat gerai jualan hasil pertanian selepas perasmian Program Engagement Agropreneur Muda di Kampung Budu di Lipis Pahang hari ini UTUSAN HARIS FADILAH AHMAD LIPIS Jabatan Perikanan Pahang tela...
Pegawai Lhdn Jerat Doktor Pelatih Serah Lebih Rm280 000

Pegawai Lhdn Jerat Doktor Pelatih Serah Lebih Rm280 000

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 249 hits
Mangsa kerugian RM287 360 selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam SEREMBAN Seorang doktor pelatih perubatan kerugian RM287 360 selepas dipercayai diperdaya sindiket Macau Scam dalam kejadian di sebuah hospital kerajaan pada 6 Feb lepas K...
Kompaun Rm10 000 Kompaun Tidak Melebihi Rm10 000 Takiyuddin

Kompaun Rm10 000 Kompaun Tidak Melebihi Rm10 000 Takiyuddin

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 202 hits
MOHD SHAH RIMBila Menteri gaji berpuluh ribu sebulan jelaskan memang mudah nak faham bayar saja dpt diskaun Oitt lahanat sepatutnya sebelum dikuatkuasakan jelaskan garis panduan guideline bukan selepas dikuatkuasakan rakyat tak marah jika p...
20 000 Veteran Belum Berdaftar Dengan Jhev Atm

20 000 Veteran Belum Berdaftar Dengan Jhev Atm

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 258 hits
Sukarkan ATM hulur bantuan yang diperuntukan kepada mereka KUANTAN Kira kira 20 000 warga veteran Angkatan Tentera Malaysia masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Kegagal...
Perbarisan Emas Firaun Pemindahan Mumia Raja Dan Permaisuri Berusia Lebih 3 000 Tahun

Perbarisan Emas Firaun Pemindahan Mumia Raja Dan Permaisuri Berusia Lebih 3 000 Tahun

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 383 hits
Perarakan besar besaran bagi memindahkan 22 mumia dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat di bandar raya ini diadakan malam tadi Dikawal ketat pihak keselamatan kenderaan khas yang membawa mumia itu melalui pe...
Polis Keluar Lebih 71 000 Saman Dalam Operasi Ubah Suai Ekzos

Polis Keluar Lebih 71 000 Saman Dalam Operasi Ubah Suai Ekzos

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 185 hits
Polis Diraja Malaysia mengeluarkan 71 127 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Ubahsuai Ekzos yang diadakan bermula 1 hingga 31 Mac lepas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam