Najib Bekas Pm Pertama Masuk Penjara


 

Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas Najib sekali gus menyaksikan perdana menteri keenam itu kecundang dalam rayuan akhirnya di peringkat tertinggi setelah empat tahun kes itu berlangsung.

Najib, 69, dihantar ke Penjara Kajang kira-kira 5.43 petang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam diiringi beberapa kenderaan polis dan tiba di penjara pada 6.47 petang.

Istana Kehakiman mula menjadi tumpuan orang ramai bagi mengetahui nasib Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional itu dengan perkarangan mahkamah dibanjiri lebih 300 penyokong termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Makkal Sakthi Datuk Seri RS Thanenthiran serta lebih 30 agensi media dari dalam dan luar negara mula berkumpul seawal pagi bagi membuat liputan kes tersebut.

Ketika hujan lebat seawal 7 pagi, kelihatan 10 bas yang membawa penyokong dari Pekan, Pahang terdiri daripada ahli Umno dan ketua cawangan Umno Pahang serta ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pahang parkir berhampiran Istana Kehakiman.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak mereka, Datuk Mohd Nizar, Nooryana Najwa dan Norashman serta Datuk Mohd Nazifuddin turut hadir semasa prosiding itu.

Najib yang keluar berjumpa dengan penyokongnya di luar Istana Kehakiman kira-kira 3.10 petang ketika prosiding ditangguhkan sementara, mendakwa beliau tidak mendapat keadilan yang wajar walaupun telah berusaha sedaya upaya dan beliau sempat meminta maaf kepada penyokongnya sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini tidak berpihak kepada beliau.

“Saya ucap terima kasih kepada semua yang hadir dan sokongan padu yang diberikan kepada saya. Saya minta maaf, saya telah berusaha sedaya upaya tetapi nampaknya setiap usaha saya mohon kepada mahkamah telah ditolak,” katanya.

Terdahulu, panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan akhir bekas menteri kewangan itu  untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Dis 2021, Najib, 69, gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Ketika prosiding bermula pada 9.40 pagi, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang dilantik Najib pada 26 Julai lepas bagi mewakilinya, mengemukakan permohonan supaya Hakim Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.

Hisyam memaklumkan bahawa pasukan pembelaan telah memfailkan permohonan supaya hakim nombor satu negara itu menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut lewat malam tadi dan salinan permohonan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, permohonan itu yang dikemukakan di saat-saat akhir ditolak oleh mahkamah.

Kemunculan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang digugurkan daripada menjadi peguam utama Najib, turut mencuri tumpuan selepas Hisyam memaklumkan kepada panel lima hakim bahawa Muhammad Shafee akan membantu beliau dalam permohonan menarik diri tersebut.

Hakim Tengku Maimun menolak permohonan itu atas alasan tiada sebab untuk menangguhkan prosiding penarikan diri beliau daripada mendengar rayuan Najib dan meminta Hisyam meneruskan hujahannya.

Sebelum panel lima hakim membuat keputusan berhubung rayuan akhir bekas Presiden UMNO itu, Najib yang membacakan pernyataan 20 muka surat dari kandang tertuduh, mendakwa badan kehakiman telah bersikap tidak adil terhadapnya kerana sepanjang minggu lepas, beliau menyaksikan peluangnya untuk berjaya dalam rayuan itu terhakis secara perlahan-lahan.

“Sebagai seorang tertuduh dan perayu di peringkat akhir kes, perasaan inilah yang paling teruk, iaitu apabila menyedari badan kehakiman menentang saya dengan cara yang paling tidak adil,” katanya.

Bagaimanapun, Hakim Tengku Maimun ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat itu memutuskan bahawa Najib tidak pernah mempertikai RM42 juta didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sepanjang perbicaraan kes penyelewengan dana SRC.

Dalam pada itu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) telah membuat laporan polis berkenaan deraf kerja penghakiman berhubung rayuan akhir Najib, yang telah bocor kepada pihak media hari ini.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, pejabat itu merujuk kepada satu laporan yang disiarkan portal Malaysia Today hari bertajuk ‘Najib’s Razak SRC Appeal: The Judgement’ yang mengandungi deraf kerja yang belum dimuktamadkan serta dokumen bocor yang telah diubah suai.

 

Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berhubung dana SRC International. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Beliau sekali lagi dituduh di Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2018 atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta) yang merupakan hasil kegiatan haram dan kesemuanya kes itu dibicarakan bersama.

Pada 3 April 2019, perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya adalah cacat.

Najib menghadapi empat lagi kes di mahkamah membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pindaan laporan audit 1MDB, pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM27 juta.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/najib-bekas-pm-pertama-masuk-penjara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyokong Bossku Kena Terima Hakikat Yang Najib Akan Masuk Penjara

Penyokong Bossku Kena Terima Hakikat Yang Najib Akan Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 193 hits
Memandang kepada perkembangan perbicaraan rayuan Najib Tun Razak di Mahkamah Persekutuan nampaknya Najib tidak boleh mengelak dari masuk penjara
Najib Masuk Penjara Tak Boleh Bergembira

Najib Masuk Penjara Tak Boleh Bergembira

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 213 hits
Peenyamun berkeliaran masih boleh beergembiraUstazah yang mempertahankan penyamun
Geng Gedebe Umno Hilang Focus Najib Masuk Penjara

Geng Gedebe Umno Hilang Focus Najib Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 148 hits
Geng gedebe Umno sibuk menyerang PM Ismail Sabri Yaakob dan tekan untuk parlimen dibubarkan dengan segera supaya PRU15 tergempar boleh diadakan Mereka tidak focus kepada masalah Najib Razak dan bertindak untuk menyelamatkan Najib dari masuk...
Najib Jadi Pm Pertama Dihukum Penjara Walaupun Umno Kembali Jadi Kerajaan

Najib Jadi Pm Pertama Dihukum Penjara Walaupun Umno Kembali Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 130 hits
agendaily com24 08 2022Majoriti UMNO negeri mahu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal 2023 Ironinya keputusan mahkamah semalam yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara berlaku se...
Lokman Adam Menyalak Najib Razak Masuk Penjara

Lokman Adam Menyalak Najib Razak Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 246 hits
Mengikut Lokman PM Ismail Sabri Yaakob di belakang usaha untuk memenjarakan Najib dan Zahid Hamidi Lokman marah sebab PM tidak salah guna kuasanya untuk menggugurkan kes Najib dan Zahid Kalau PM buat apa yang Lokman suruh Umno akan kalah te...
Pengampunan Diraja Atau Tidak Najib Perlu Masuk Penjara Dahulu

Pengampunan Diraja Atau Tidak Najib Perlu Masuk Penjara Dahulu

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 247 hits
SHAH ALAM Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh memfailkan permohonan semakan dan permohonan untuk pengampunan diraja namun beliau perlu terlebih dahulu menjalani hukuman penjara dan denda setelah gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan...
Jangan Malukan Najib Takkan Baru Sehari Masuk Penjara Sudah Nak Minta Pengampunan Diraja

Jangan Malukan Najib Takkan Baru Sehari Masuk Penjara Sudah Nak Minta Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 166 hits
Hanya semalaman selepas Najib Razak mendekam di Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya semalam hari ini terlihat sudah ramai kalangan penyokongnya yang bercakap tentang usaha me...
Najib Masuk Penjara Kesalahan Pada Peguamnya

Najib Masuk Penjara Kesalahan Pada Peguamnya

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 178 hits
PEGUAM yang mengaku berpengalaman puluhan tahun tidak menggunakan ruang dan kesempatan untuk berhujah membela Najib dengan sewajarnya Puluhan tahun jadi peguam nak tarik diri kena mohon pada mahkamah terlebih dahulu pun Tak tahu Apakah berb...
Ismail Dalam Dilema Lepas Najib Masuk Penjara

Ismail Dalam Dilema Lepas Najib Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 199 hits
Alyaa Alhadjri Fion YapANALISIS Dengan Najib Razak kini dalam penjara Umno kehilangan salah seorang peneraju utama kempen parti itu dalam menghadapi pilihan raya Perkembangan itu dilihat membuatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang b...
Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Biskut Timbang Datang Lagi

Lirik Lagu Terima Kasih Masih Di Sini Glenn Samuel

Aku Awang Belanga

Melinda Cinta Satu Malam Chord

Thomas Arya Kecewa Yang Menyiksa

Fandi Ahmad Hampa Kesilapan Minit Akhir Punca Sri Pahang Fc Catat Seri 1 1 Dengan Selangor Fc