Naikkan Gaji Tidak Selesai Beban Tugas Guru



Saya mengalu-alukan sepenuhnya kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mengesahkan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menaikkan gaji guru, susulan pengumuman Perdana Menteri tempoh hari berkenaan hal yang sama.

Tidak dinafikan bahawa gaji guru masih rendah dan memerlukan semakan demi menjaga kebajikan mereka. Namun begitu, kenaikan ini harus dibuat di atas landasan yang betul.

Isu yang membelenggu profesion keguruan memerlukan dua peringkat pembaikan iaitu bermula dengan pemulihan profesion keguruan, dan kemudiannya perlu diikuti dengan peningkatan profesionalisme secara lestari.

Pemulihan diperlukan kerana kebejatan yang membelenggu profesion keguruan adalah bersifat sistemik. Ia harus bermula dengan mengurangkan bebanan tugas guru, khususnya dari segi administratif. Gaji yang tinggi tidak akan menyelesaikan isu ini, namun menambah bilangan kakitangan pendidikan mampu meringankan bebanan sedia ada.

Soal kedua ialah insentif. Menawarkan kenaikan gaji berdasarkan sijil (paper qualification) semata-mata hanya akan menguntungkan guru yang lebih berkemampuan. Yang kurang berkemampuan pula memerlukan biasiswa seperti hadiah latihan persekutuan.

Soal ketiga ialah tujuan pengijazahan. Kecemerlangan dalam profesion keguruan harus dilihat dari sudut kemenjadian murid secara keseluruhan, bukan sekadar gred dalam peperiksaan semata-mata.

Namun kemenjadian murid tidak dapat diukur secara sekata. Sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA mungkin ramai pelajar gred “A” berderat-deret, sedangkan sekolah di pedalaman terpaksa berhempas pulas melawan isu ponteng, keciciran, kemiskinan atau pelajar mengandung luar nikah.

Dari segi ini, pentauliahan yang ditawarkan kepada guru-guru harus mengambil kira kedua-dua aspirasi pendidikan negara dan keperluan tempatan. Ini penting untuk memastikan pelaburan yang dibuat melahirkan kemenjadian murid yang sesuai dengan konteks setempat.

Soal keempat, kegagalan untuk memastikan hal di atas juga telah menyebabkan berlaku kegelinciran (mismatch) dan kesenjangan (gap) antara keperluan semasa dan kepakaran guru yang ada. Memberikan insentif berdasarkan sijil semata-mata berpotensi untuk mendorong guru untuk mengambil kursus yang tidak menambah nilai kepada profesion keguruan.

Soal kelima, isu ini sebenarnya bermula lebih awal apabila wujud golongan yang menceburi bidang keguruan semata-mata untuk ‘mencari rezeki’, bukannya atas dasar minat atau penghayatan terhadap profesion. Ini sebenarnya mempunyai impak jangka panjang terhadap kewibawaan keguruan. Soal tapisan di fasa pengambilan (point of entry) semata-mata tidak mampu menyelesaikan isu ini.

Untuk menyelesaikan cabaran ini, KPM harus mencerakin isu ini dari sudut ‘maqasid’ (tujuan asal utama) pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekiranya pendekatan ini diambil, saya percaya beberapa langkah dipertimbangkan untuk diterap dalam polisi KPM. Saya akan bincangkan perkara ini dalam warkah seterusnya.

CIKGU SYAZMIR HN ialah pembaca Malaysiakini dan pendidik yang mahu melihat sistem pendidikan Negara dipulihkan demi kelangsungan Tanah Air tercinta.
Sumber asal:  Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/naikkan-gaji-tidak-selesai-beban-tugas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Guru Akan Dinaikkan Kini Dalam Perbincangan Kpm

Gaji Guru Akan Dinaikkan Kini Dalam Perbincangan Kpm

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 329 hits
Gaji Guru Akan Dinaikkan Kini Dalam Perbincangan KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sedang aktif membincangkan saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka Menteri Pendidikan...
Tiada Lebih Bermakna Selain Pengurangan Beban Kerja Guru Nutp

Tiada Lebih Bermakna Selain Pengurangan Beban Kerja Guru Nutp

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia menaruh harapan beberapa inisiatif ke arah kesejahteraan guru khususnya berkaitan pengurangan beban tugas pendidik dapat diumumkan Kementerian Pendidikan sempena sambutan Hari...
Isu Beban Guru Perlu Diselesai Walau Sekolah Kembali Januari Pensyarah

Isu Beban Guru Perlu Diselesai Walau Sekolah Kembali Januari Pensyarah

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 192 hits
Imej hiasanTeka teki mengenai bilakah sesi persekolahan kembali kepada takwim sebelum penularan COVID 19 akhirnya terjawab apabila Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan tarikh permulaan sesi persekolahan kembali kepada Januari pada ...
Gaji Guru Ikut Kelayakan Akademik Dalam Pertimbangan Fadhlina Sidek

Gaji Guru Ikut Kelayakan Akademik Dalam Pertimbangan Fadhlina Sidek

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 283 hits
PETALING JAYA Kementerian Pendidikan sedang mengkaji permintaan untuk memberikan gaji yang lebih baik kepada guru guru dengan kelayakan akademik yang lebih tinggi sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka Kami akan mengambil serius pandan...
Kpm Bincang Naik Gaji Guru Berkelayakan Akademik Lebih Tinggi

Kpm Bincang Naik Gaji Guru Berkelayakan Akademik Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 157 hits
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM sentiasa memberi galakan untuk guru menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi NIBONG TEBAL Kementerian Pendidikan dalam radar perbincangan berhubung saranan menaikkan gaji guru yang memilik...
Kerjaan Akan Naikkan Elaun Guru Pmx

Kerjaan Akan Naikkan Elaun Guru Pmx

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 325 hits
MELAKA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kenaikan elaun guru guru menjadi fokus kerajaan dalam menjaga kebajikan mereka Beliau berkata bagaimanapun kenaikan elaun berkenaan bukanlah pada ketika ini dan ia akan diputuskan selepas...
Kpm Tunggu Laporan Siasatan Guru Besar Tampar Murid

Kpm Tunggu Laporan Siasatan Guru Besar Tampar Murid

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 277 hits
KOTA BHARU Kementerian Pendidikan sedang menunggu laporan penuh siasatan berhubung tindakan seorang guru besar dipercayai menampar murid Tahun Lima di sebuah sekolah di sini pada Mac lalu Menterinya Fadhlina Sidek berkata pihaknya sudah men...
Guru Sandaran Interim Tidak Dinilai Di Dalam Pbppp Kpm

Guru Sandaran Interim Tidak Dinilai Di Dalam Pbppp Kpm

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 143 hits
Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu surat siaran memakluman mengenai penilaian prestasi bagi guru sandaran guru interim dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Makluman ini memberikan penjelasan penting mengenai...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation