Tiada Lebih Bermakna Selain Pengurangan Beban Kerja Guru Nutp




KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menaruh harapan beberapa inisiatif ke arah kesejahteraan guru, khususnya berkaitan pengurangan beban tugas pendidik dapat diumumkan Kementerian Pendidikan sempena sambutan Hari Guru, hari ini.

Presidennya, Aminuddin Awang, berkata tiada yang lebih bermakna melainkan kesejahteraan guru ini diberikan perhatian kementerian sebagaimana dihasratkan bagi memastikan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

Katanya, sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sudah pun mengumumkan inisiatif segera ke arah kesejahteraan guru, dan harapan warga pendidik mungkin inisiatif jangka sederhana dapat diumumkan pada sambutan hari ini.

"Peratus wajaran paling besar bebanan guru adalah hal berkaitan digital dan internet seperti pengisian maklumat berulang, sistem dalam talian yang disediakan kementerian yang masih tidak memenuhi spesifikasi keperluan guru.

"Malah, ketika ini masih banyak data dalam talian yang perlu diisi oleh guru," katanya kepada BH.

Aminuddin berkata, sempena sambutan Hari Guru, NUTP juga menzahirkan terima kasih kepada menteri kerana sudah pun melaksanakan tujuh langkah segera ke arah kesejahteraan guru.

Katanya, Alhamdulillah, tujuh langkah itu sudah berjalan selepas diumumkan kementerian pada Februari lalu.

Tujuh langkah itu termasuk pemansuhan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak kepada pembelajaran murid dan hanya membeban tugas guru seperti pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi SPBT terbaik dan yang seumpamanya.

Enam langkah lain adalah mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang membabitkan guru kepada setahun sekali saja.

Penetapan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru iaitu jam 12 tengah hari untuk sesi pagi dan jam 5 petang untuk sesi petang bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem.

Kementerian juga membuka pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kepada individu selain guru termasuk dalam kalangan penjawat awam yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) tetapi perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Langkah lain ialah mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah saja; menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat kementerian bagi memastikan kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.

Ketujuh, memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/tiada-lebih-bermakna-selain-pengurangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiah Hari Guru Kecewakan Ramai Guru Nutp

Hadiah Hari Guru Kecewakan Ramai Guru Nutp

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 394 hits
KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia kecewa kononnya berita baik untuk golongan pendidik yang diuar uarkan lebih awal sebelum ini tidak seperti yang diharapkan Presidennya Aminuddin Awang berkata pihaknya tidak nampak hadiah ...
Jarang Dapat Job Berlakon Tapi Kekayaan Lebih Dari Rm20 Juta Tak Sangka Rupanya Ini Kerja Dia

Jarang Dapat Job Berlakon Tapi Kekayaan Lebih Dari Rm20 Juta Tak Sangka Rupanya Ini Kerja Dia

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 303 hits
Jarang dapat job berlakon tapi kekayaan lebih dari RM20 juta Tak sangka rupanya ini kerja dia Nama Datuk Adi Putra sangat popular sebagai pelakon drama dan juga filem di Malaysia Mungkin ramai tak tahu Adi Putra pernah menjadi seorang model...
Nisbah Guru Murid Tinggi Bina Lebih Banyak Sekolah Kongres

Nisbah Guru Murid Tinggi Bina Lebih Banyak Sekolah Kongres

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 183 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Kerajaan telah disarankan untuk mengatasi isu nisbah guru terhadap murid yang terlalu besar dengan meningkatkan pembinaan sekolah baru atau menambah blok di sekolah sedia ada Menurut Jasni Md Kechik Presiden Kesatua...
Saman Terhadap Guru Meningkat Nutp

Saman Terhadap Guru Meningkat Nutp

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 297 hits
Aminuddin bercakap kepada media pada Majlis Rumah Terbuka NUTP sempena Aidilfitri 2023 di Wisma NUTP pada Sabtu Foto Bernama KUALA LUMPUR Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman ...
Pengambilan One Off 19 000 Guru Masih Belum Cukup Nutp

Pengambilan One Off 19 000 Guru Masih Belum Cukup Nutp

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 324 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil kira kira 19 000 guru melalui pengambilan khas namun kesatuan guru keseluruhan masih berpendapat bahawa jumlah itu tidak mencukupi untuk menangani isu kekurangan guru di seluruh nega...
Pengisian Kekurangan Guru Harus Diutamakan Bukan Pembantu Guru Nutp

Pengisian Kekurangan Guru Harus Diutamakan Bukan Pembantu Guru Nutp

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 153 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Kerajaan telah disarankan agar memberi keutamaan kepada pengisian kekurangan jawatan guru yang semakin meningkat disebabkan oleh persaraan awal dalam kalangan golongan tersebut berbanding dengan mewujudkan jawatan p...
Guru Pedalaman Tetap Bersemangat Ke Sekolah Meskipun Menempuh Perjalanan Yang Sukar Badan Penuh Lumpur Setiap Hari

Guru Pedalaman Tetap Bersemangat Ke Sekolah Meskipun Menempuh Perjalanan Yang Sukar Badan Penuh Lumpur Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 235 hits
Jika masih ada yang beranggapan kerjaya guru adalah mudah dan selesa kenyataan tersebut perlu dikaji semula kerana hakikatnya menjadi seorang pendidik terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi Setiap guru sama ada yang mengajar di luar ...
Siswazah Luar Negara Akan Diserap Isi Kekosongan Guru Di Sekolah

Siswazah Luar Negara Akan Diserap Isi Kekosongan Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 200 hits
MELAKA Isu kekurangan guru terutama dalam mata pelajaran kritikal akan ditangani bermula tahun ini melalui pengambilan oleh Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata beberapa pe...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti