Nada Suara Penting Dalam Mendidik Anak Anak Guna Nada Suara Sebaiknya


“Adam!!! Pergi buat kerja sekolah. Asyik hadap ‘games’ aje, kerja sekolah tak jalan,” jerit Aida kepada anaknya yang sedang leka bermain ‘video games’.  Adoiii…pening kepala mak-mak kaaan? Itu pastinya merupakan antara situasi yang kerap dihadapi oleh kaum ibu, terutamanya apabila cuti sekolah.

Nada suara Dalam satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada Cardiff University mencadangkan bahawa remaja cenderung untuk tidak melakukan kerja rumah jika ibu mereka menggunakan nada suara yang tinggi dan berunsur arahan.
Penyelidikan dilakukan ke atas 1000 individu remaja menunjukkan bahawa mereka akan memberikan tindak balas dengan cara berbeza berdasarkan nada yang berbeza. Ini kerana mereka menganggap nada yang lebih terarah kepada ‘galakkan’, membuatkan mereka merasakan seperti diberi pilihan walaupun diminta melakukan sesuatu.
Menurut penulis utama penyelidikan ini, Dr Netta Weinstein, “Jika ibu bapa mahukan komunikasi dengan anak remaja menjadi lebih bermanfaat dan bermakna, adalah penting untuk menggunakan nada suara yang berunsur memberi galakkan berbanding arahan.”
Mesej arahan Kajian melibatkan 486 individu remaja lelaki dan 514 individu remaja perempuan yang berusia antara 14 dan 15 tahun ini diterbitkan dalam jurnal Developmental Psychology. Dalam kajian ini, peserta dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan untuk mendengar mesej arahan yang diberikan oleh seorang individu wanita.
Antara 30 mesej suara yang didengari adalah termasuk, “Sudah tiba masanya untuk pergi ke sekolah”, “Anda akan membaca buku ini malam ini” dan “Anda sudah melakukannya dengan baik dalam tugasan ini”. Mesej-mesej tersebut menggunakan nada mengawal (arahan), galakkan atau neutral.
Hasil kajian menunjukkan, mesej suara yang berunsur galakkan seakan memberi atau mencadangkan pilihan membuatkan peserta lebih mendengar dan mengikutinya. Walaupun pada hakikatnya merupakan satu arahan untuk melakukan sesuatu.
Kepentingan pemilihan nada  “Keputusan kajian ini menggambarkan betapa besarnya impak nada suara yang digunakan dan kepentingan memilih nada yang betul untuk berkomunikasi dalam setiap perbualan harian,” jelas Dr Weinstein.
Untuk jangka masa panjang, para penyelidik merancang untuk melakukan kajian terhadap penggunaan nada dalam mempengaruhi fisiologi, seperti denyutan jantung dan tempoh kesannya terhadap seseorang individu.
Kesedaran ibu bapa Sebagai ibu bapa, anda sering kali terlupa tentang perasaan anak-anak anda apabila anda berasa letih atau mengalami tekanan. Secara tidak langsung ia memberikan impak kepada nada  yang anda gunakan kepada anak-anak.
Individu remaja cenderung untuk berasa diberikan perhatian dan bahagia apabila nada bersifat memberi galakan digunakan dan bukannya nada suara berunsur arahan. Ini sekali gus membuatkan mereka lebih berusaha keras di sekolah, di rumah atau di mana sahaja apabila ibu bapa dan guru menggunakan nada yang betul.
The post Nada Suara Penting Dalam Mendidik Anak-Anak. Guna Nada Suara Sebaiknya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nada-suara-penting-dalam-mendidik-anak-anak-guna-nada-suara-sebaiknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penceraian Kebajikan Anak Maha Penting

Penceraian Kebajikan Anak Maha Penting

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 307 hits
BAGAIMANAKAH kedudukan hak penjagaan anak tatkala pasangan sudah bercerai Perlukah untuk menjalani prosiding mahkamah bagi menentukan hak atau boleh dibuat menerusi perbincangan Bagaimana pula keadaan hak penjagaan anak jika didapati faktor...
Anak Zaman Sekarang Tak Sama Dengan Anak Zaman Dahulu Cabaran Mendidik Lebih Mencabar

Anak Zaman Sekarang Tak Sama Dengan Anak Zaman Dahulu Cabaran Mendidik Lebih Mencabar

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 577 hits
Cabaran setiap zaman dan keluhan ibu bapa mengenai mendidik anak anak zaman itu adalah sama sebenarnya Keluhan kerana tak sama anak anak zaman sekarang berbanding dulu adalah keluhan yang biasa dilafazkan oleh ibu bapa Ramai yang menyalahka...
Pendeknya Saat Membesarkan Anak Anak Dulu Dengar Suara Menangis Gelak Tawa Kini Setiap Ruang Sunyi Sepi

Pendeknya Saat Membesarkan Anak Anak Dulu Dengar Suara Menangis Gelak Tawa Kini Setiap Ruang Sunyi Sepi

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 713 hits
Setiap ibu bapa pasti merindui saat saat anaknya masih kecil Zaman di mana anak anak lincah bermain gelak ketawa tapi memikirkan betapa penatnya saat itu pasti ramai yang tidak sabar menanti si kecil cepat membesar agar berkurang beban yang...
Sedapnya Makan Sejuk Sejuk Sediakan Dadih Guna 3 Bahan Je Untuk Anak Mudah

Sedapnya Makan Sejuk Sejuk Sediakan Dadih Guna 3 Bahan Je Untuk Anak Mudah

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 661 hits
Salah satu menu minum petang yang ringkas dan cukup disukai anak anak kita adalah dadih Rasanya yang manis dan lembut buat anak teruja untuk makan Apa lagi saat digabungkan bersama buah buahan berwarna yang buat anak makin teruja Tak susah ...
Pahala Solat Mungkin Tak Sempurna Asbab Sabar Mendidik Anak Tiket Kita Ke Syurga

Pahala Solat Mungkin Tak Sempurna Asbab Sabar Mendidik Anak Tiket Kita Ke Syurga

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 761 hits
Alam keibubapaan adalah alam ibadah Di alam itu kita teruji dengan pelbagai cara dalam mendidik seorang manusia Dari pagi sehinggalah muncul pagi esoknya Semuanya adalah ibadah jika diniat kerana Allah Jangan kecewa Jangan sedih Jika tak ma...
Lebihkan Aktiviti Guna Tangan Untuk Anak Bagus Untuk Kecerdasan Otak

Lebihkan Aktiviti Guna Tangan Untuk Anak Bagus Untuk Kecerdasan Otak

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 752 hits
Ajar anak bawa barang yang berat sebenarnya bagus untuk kawal tangan menulis dan mata membaca Memang nampak kasihan pada anak tapi kena fikir kesannya bagus untuk perkembangan otot dan otak anak Perkongsian dari Terapis Cara Kerja mengenai ...
Rotavirus Penyebab Utama Cirit Birit Membawa Maut Penting Beri Anak Vaksin Rotavirus

Rotavirus Penyebab Utama Cirit Birit Membawa Maut Penting Beri Anak Vaksin Rotavirus

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 419 hits
Jangkitan gastroenteritis Rotavirus adalah penyebab utama cirit birit berlarutan untuk bayi dan kanak kanak berumur 5 tahun ke bawah Ia menyebabkan hampir kematian 215 000 kanak kanak bawah 5 tahun setahun seluruh dunia dan 1 daripada 50 ka...
Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Makluman Pelaksanaan Rintis Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah

Meiska Adinda Badut Chord