Penceraian Kebajikan Anak Maha Penting




BAGAIMANAKAH kedudukan hak penjagaan anak tatkala pasangan sudah bercerai. Perlukah untuk menjalani prosiding mahkamah bagi menentukan hak atau boleh dibuat menerusi perbincangan. Bagaimana pula keadaan hak penjagaan anak jika didapati faktor perceraian adalah di pihak isteri yang curang?
Penjagaan anak disebut ‘Hadhanah’ menurut syarak. Ia diwajibkan ke atas mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjaga anak yang masih kecil dan tidak mampu untuk menguruskan diri mereka, menjaga segala keperluan, kebajikan mereka dan mencari nafkah untuk mereka, mendidik, membimbing serta mengasuh mereka.
Penjagaan anak ini juga diwajibkan ke atas ibu bapa sama ada dalam perkahwinan atau sudah bercerai. Ini kerana penjagaan anak atau hadhanah termasuk dalam kategori ‘hifz an-nafs’ (menjaga jiwa) yang diwajibkan Allah SWT. Jiwa anak wajib dijaga agar terhindar daripada kemudaratan dan kebinasaan.
Hukum ini bersifat pasti kerana mengabaikan penjagaan terhadap anak bererti membiarkannya terdedah kepada bahaya. Oleh itu, hak untuk mengasuh bagi orang yang diwajibkan Allah SWT untuk melaksanakan hadhanah bersifat khusus bagi mereka yang benar-benar berhak dan layak.
Pengasuhan anak tidak akan diberikan kepada mereka yang akan mengabaikan anak berkenaan kerana perkara itu secara pasti akan mendedahkan anak kepada bahaya dan kebinasaan.
Justeru itu, dalam keadaan sama ada ibu bapa yang masih dalam perkahwinan, akan bercerai atau sudah bercerai, hendaklah menentukan dan memastikan tanggungjawab penjagaan ini dilaksanakan dengan baik dan oleh mereka yang benar-benar layak.
Dengan demikian, sudah tentu tugas mengasuh anak tidak diberikan kepada anak kecil ataupun mereka yang kurang waras akal fikirannya . Tidak mungkin mereka mampu menjaga dan mengasuh anak sedangkan mereka (anak kecil dan orang kurang waras) sendiri memerlukan penjagaan.
Begitu juga pengasuhan anak tidak diserahkan kepada mereka yang sibuk dengan aktiviti lain yang menyebabkan mereka lalai untuk mengasuh anak. Orang yang memiliki sifat buruk seperti fasik juga tidak diberikan hak untuk mengasuh anak.
Sekiranya pasangan suami isteri bercerai dan mempunyai anak lelaki atau perempuan yang masih kecil (bayi) yang memerlukan penjagaan dan pengasuhan, maka yang lebih berhak ke atas pengasuhan anak itu ialah ibunya.
Dalilnya berdasarkan hadis Rasulullah SAW riwayat Abu Daud yang bermaksud: “Seorang wanita berkata, wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutkulah yang mengandungkannya, susukulah yang diminumnya dan pangkuankulah yang menjadi tempat sandarannya. Bapanya sudah menceraikanku dan ingin mengambil anak ini dari sisiku. Lalu Rasulullah SAW bersabda, engkau lebih berhak ke atas anak itu selagi kamu tidak berkahwin lagi.” Hadis Riwayat Abu Daud
Hak hadhanah ini diserahkan kepada ibu apabila keadaan anak itu masih kecil dan menyusu. Dengan kata lain, anak itu masih belum mampu memikirkan sesuatu perkara dan belum mencapai tahap dapat membezakan perilaku ayah dan ibunya.
Maka untuk situasi ini, anak itu mesti diserahkan kepada ibu untuk mengasuhnya. Namun, ketika anak itu sudah besar, tidak lagi menyusu, malah sudah mampu berfikir sesuatu perkara dan dapat membezakan perilaku ayah atau ibunya, tetapi masih memerlukan pengasuhan (masih belum mumayyiz), maka dalam hal ini anak itu diberikan pilihan sama ada untuk mengikut ayah atau ibunya.
Dalilnya bermaksud: “Sesungguhnya ia sudah masuk Islam, sedangkan isterinya menolak masuk Islam. Si isteri lalu datang kepada Nabi SAW dan kemudian berkata, ‘Ini anak perempuanku. Ia sudah disapih (berhenti susu) atau seumpamanya. Rafi berkata, ini adalah anak perempuanku. Nabi SAW lantas berkata kepada Rafi, Duduklah di sebelah sana. Beliau juga berkata kepada si isterinya, Duduklah di sebelah sana. Setelah itu, beliau meletakkan si anak
di tengah-tengah di antara kedua-duanya seraya berkata kepada kedua-duanya, Cuba panggillah anak ini oleh kalian berdua. Si anak ternyata condong kepada ibunya. Selanjutnya, Nabi SAW berdoa, ‘Ya Allah, berilah anak itu petunjuk.’ Setelah Nabi SAW berdoa, si anak pun kemudian condong kepada ayahnya sehingga diambillah ia oleh ayahnya itu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Dalam usaha menentukan penjagaan anak, kedua-dua ibu dan bapa boleh berbincang untuk menentukan sebarang terma penjagaan anak mereka. Namun sebaik-baiknya apa juga persetujuan dicapai hendaklah direkodkan sebagai perintah mahkamah.
Bermakna, suatu permohonan hak penjagaan anak hendaklah
dipohon di mahkamah. Sekiranya ada persetujuan ia lebih mudah dan mahkamah hanya perlu memerintahkan persetujuan itu sebagai perintah.
Hari ini perintah penjagaan anak diperlukan dalam urusan pendaftaran persekolahan anak lebih-lebih lagi pasangan yang sudah bercerai. Oleh sebab itu, sangat digalakkan semua pihak yang bercerai mendapatkan suatu perintah penjagaan anak-anak mereka.
Sebaliknya, jika tiada persetujuan dicapai, ibu bapa atau penjaga yang layak hendaklah membuat permohonan dan menuntut hak penjagaan itu di mahkamah.
Sekiranya ada pertikaian daripada segi kelayakan orang yang mahu menjaga anak itu, mahkamah akan membuat pertimbangan khusus menerusi aspek segi kelayakan.
Jika ibu itu curang dalam perkahwinan, adakah perlakuan ibu itu akan mempengaruhi dan menyebabkan anak itu juga akan berkelakuan tidak baik hasil contoh dan cara didikan ibunya? Setiap dakwaan mengenai kelayakan orang menjaga hendaklah dibuktikan dan ditunjukkan kepada mahkamah. Pertimbangan utama dalam isu penjagaan ini adalah kebajikan anak terbabit.
Sebagaimana dijelaskan di atas, anak yang masih kecil dan menyusu, ibu yang lebih berkelayakan melainkan dibuktikan ibu itu sudah hilang kelayakannya. Jika dibuktikan ibu hilang kelayakan, maka barulah dipertimbangkan susunan orang yang layak menjaga anak itu menurut syarak.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/13/penceraian-kebajikan-anak-maha-penting/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penceraian-kebajikan-anak-maha-penting

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nada Suara Penting Dalam Mendidik Anak Anak Guna Nada Suara Sebaiknya

Nada Suara Penting Dalam Mendidik Anak Anak Guna Nada Suara Sebaiknya

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 369 hits
Adam Pergi buat kerja sekolah Asyik hadap games aje kerja sekolah tak jalan jerit Aida kepada anaknya yang sedang leka bermain video games Adoiii pening kepala mak mak kaaan Itu pastinya merupakan antara situasi yang kerap dihadapi oleh kau...
Dr Fadzilah Kamsah Bagi 7 Tip Didik Anak Cemerlang Dan Berjaya Penting Sekali Ikut Skill Ibu Ayah

Dr Fadzilah Kamsah Bagi 7 Tip Didik Anak Cemerlang Dan Berjaya Penting Sekali Ikut Skill Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 513 hits
Mendidik anak anak berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibu bapa untuk mendapat zuriat yang cemerlang Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza beza sifat dan perangainya Oleh yang demikian apa yang dipraktikkan unt...
Rotavirus Penyebab Utama Cirit Birit Membawa Maut Penting Beri Anak Vaksin Rotavirus

Rotavirus Penyebab Utama Cirit Birit Membawa Maut Penting Beri Anak Vaksin Rotavirus

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 305 hits
Jangkitan gastroenteritis Rotavirus adalah penyebab utama cirit birit berlarutan untuk bayi dan kanak kanak berumur 5 tahun ke bawah Ia menyebabkan hampir kematian 215 000 kanak kanak bawah 5 tahun setahun seluruh dunia dan 1 daripada 50 ka...
Bayi Maut Tiga Anak Parah Dikelar Ibu

Bayi Maut Tiga Anak Parah Dikelar Ibu

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 573 hits
BAYI lelaki berusia lapan bulan maut manakala dua kakak dan abangnya parah selepas leher mereka dikelar dengan pisau oleh ibu kandung di kuarters sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani dekat Kota Belud hari ini Jerry Yohanes meninggal d...
Anak Bulus Noe Ucu

Anak Bulus Noe Ucu

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 405 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraSaja nak kongsi gambar anak bulus noe ni Budak ni pantang noe duduk laju jer nak baring atas riba Kalau baring mesti nak sentuh sikit ngan kita Sebelum ini tidur sekali dalam bilik sekali kat atas katil di...
Bahagia Kalau Pilih Anak Kedua Sebagai Buah Hati Orangnya Penuh Dgn Kelembutan Tapi Ada Tersimpan Sedikit Ketegasan

Bahagia Kalau Pilih Anak Kedua Sebagai Buah Hati Orangnya Penuh Dgn Kelembutan Tapi Ada Tersimpan Sedikit Ketegasan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 413 hits
Gambar Sekadar HiasanSangat beruntung siapa yang memilih anak kedua sebagai pasangan hidup ini Rata rata anak kedua ini mempunyai keperibadian yang sangat baik dan juga penuh dengan kelembutan Orang kata senang je nak jaga mereka ini tak ba...
Kasih Ayah Hingga Ke Akhir Hayat Bapa Meninggal Sewaktu Menunggu Anak Temuduga

Kasih Ayah Hingga Ke Akhir Hayat Bapa Meninggal Sewaktu Menunggu Anak Temuduga

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 454 hits
ALOR SETAR Walaupun demam sejak tiga hari lalu arwah sanggup menemani anak bongsunya menghadiri temuduga kerja hari ini Tak sangka pula ajalnya sampai ketika sedang menunggu anak perempuannya selesai temuduga kata Mohd Ali Ahmad 55 sepupu k...
Orang Tua Tajir Melintir Anak Anak Sandra Dewi Udah Punya Penghasilan Sendiri Meski Masih Bayi

Orang Tua Tajir Melintir Anak Anak Sandra Dewi Udah Punya Penghasilan Sendiri Meski Masih Bayi

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 446 hits
Sandra Dewi sengaja menabungkan uang anaknya agar bisa mereka nikmati nantinya Hmm beda kayak kita ya uangnya pasti udah masuk kantong emaknya D
Anak Anjing Bermata Satu Lelaki Teruja Dan Percaya Akan Membawa Tuah

Anak Anjing Bermata Satu Lelaki Teruja Dan Percaya Akan Membawa Tuah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 278 hits
Anjing yang dikatakan baru berusia dua hari ini dilahirkan dengan satu mata dan telah mendapat perhatian ramai terutamanya penduduk di negara kelahirannya Thailand Dia diberi nama Kevin salah satu watak dalam filem Minions yang bermata satu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner