Pahala Solat Mungkin Tak Sempurna Asbab Sabar Mendidik Anak Tiket Kita Ke Syurga


Alam keibubapaan adalah alam ibadah. Di alam itu, kita teruji dengan pelbagai cara dalam mendidik seorang manusia.
Dari pagi sehinggalah muncul pagi esoknya. Semuanya adalah ibadah, jika diniat kerana Allah.
Jangan kecewa. Jangan sedih. Jika tak mampu bertilawah sebanyak dulu, tak mampu solat sunat sekerap dulu, tak mampu melakukan ibadah seorang diri selama dulu.

Sedarlah, alam ibadah kita sudah menjadi berbeza sejak kita menerima kehadiran anak.
Dan alam keibubapaan terselit jutaan ganjaran kita hadapinya dengan iman dan sabar.
Apatah lagi sekiranya kita dianugerah anak yang istimewa. Maha hebat ujiannya.
Anak akan jadi ibadah kita dan ladang pahala kita. Cara yang paling banyak kita nak dapat ganjaran ketika jadi ibu bapa adalah BERSABAR DENGAN TELATAH ANAK.
Ya, ibu bapa pasti tahu kehidupan bersama anak. Terlalu banyak saat di mana memerlukan kesabaran dan kelapangan hati.
Sabar bila tak cukup tidur.
Sabar bila menyantuni anak istimewa.
Sabar bila sakit badan menyusu.
Sabar bila kita meredah letih penat setelah pulang bekerja untuk melayan anak.
Sabar bila kita kena utamakan keperluan anak dulu lebih dari kita sendiri.
Sabar bila berulang membersihkan kotoran dan sepahan yang dilakukan oleh anak kecil.
Sabar bila nak hadapi anak merengek, meragam dan menangis.
Sabar bila kurang masa untuk bersendiri.
Sabar bila melayan permintaan anak kecil.
Sabar bila anak berkepit di kala kita nak melakukan sesuatu.
Sabar bila kita tak boleh nak rehat walaupun kita tak sihat.
Sabar bila marah mahu menyelubungi perasaan.
Sabar bila rasa nak tinggikan suara atau gunakan kekerasan.
Dan banyak lagi.
Yakinlah.
Semuanya tiada sia-sia.
Semuanya ibadah.
Niat kerana Allah, dan ikhlaskan hati.

Kita tak tahu, mungkin dengan asbab kita sabar berkorban berjaga malam lah ,kita dimasukkan ke syurga.
Mungkin asbab kita sabar menahan letih bekerja demi melayan dan bermain dengan anaklah, kita dialukan ke syurga.
Sebab mungkin pahala solat kita tak sempurna, pahala puasa kita, pahala sedekah kita tak lengkap.
Rupanya Pahala SABAR lah yang bawa kita ke syurga. MasyaAllah.
Firman Allah dalam Quran.
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. Surah Az Zumar, ayat 10
Tengok, Allah beri kita pahala kalau kita sabar, Allah ganjarkan sampai tak terkira. Betapa besarnya.
Jadi, jom ibu bapa mohonlah keluasan kesabaran serta kasih sayang untuk kita menuai pahala dari alam keibubapaan kita yang hanya akan berakhir bila kita dah ditarik nyawa.
Berdoalah kepada Allah untuk menjadi ibu bapa yang soleh sebelum kita meminta anak yang soleh.
Lagi untung, bila kita dah mati, ladang pahala masih berbunga dan berbuah lebat untuk kita disebabkan doa anak-anak kita yang soleh yang tidak melupakan ibu bapanya yang telah tiada.
Anak soleh saham kubur dan akhirat kita. MasyaAllah. Ya Allah, jadikanlah kami ibu bapa yang bertaqwa agar kami dikurniakan anak-anak yang bertaqwa. Amin.
Sumber: Wan Nur Syakira
Ibu yang berusaha untuk ikhlas.
The post Pahala Solat Mungkin Tak Sempurna, Asbab Sabar Mendidik Anak Tiket Kita Ke Syurga appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pahala-solat-mungkin-tak-sempurna-asbab-sabar-mendidik-anak-tiket-kita-ke-syurga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Youtube Cari Sikasih Naikkan View Mungkin Boleh Bantu Kehidupan Anak Arwah Di Masa Depan

Buka Youtube Cari Sikasih Naikkan View Mungkin Boleh Bantu Kehidupan Anak Arwah Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 448 hits
Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih juga dikenali dengan nama Abam Bocey yang telah pergi buat selamanya pada hari ini pastinya memberi kesan yang mendalam kepada keluarga serta sahabat handai Allahyarham Te...
Ajar Anak Berenang Seawal Mungkin Untuk Kembangkan Kesihatan Mental Fizikal

Ajar Anak Berenang Seawal Mungkin Untuk Kembangkan Kesihatan Mental Fizikal

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 360 hits
Berenang adalah salah satu aktiviti kegemaran ramai kanak kanak Kanak kanak gemar berendam di dalam air yang sejuk dan bermain dalam kolam renang seharian Akan tetapi berenang bukan hanya untuk suka suka Dengan latihan yang betul anak anda ...
Budak Lain Pergi Dengan Ayah Rita Galas Tanggungjawab Hantar Tunggu Anak Solat Jumaat

Budak Lain Pergi Dengan Ayah Rita Galas Tanggungjawab Hantar Tunggu Anak Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 545 hits
Bukan mudah bergelar ibu tunggal seperti pelakon Rita Rudaini dua orang anak lelakinya Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna sentiasa menjadi keutamaan buat dirinya Baru baru ini satu muat naik di IG milik Rita telah mengundang emosi r...
Ada Tanda Lahir Unik Di Muka Ibu Kesal Anak Dikata Tak Sempurna

Ada Tanda Lahir Unik Di Muka Ibu Kesal Anak Dikata Tak Sempurna

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 594 hits
Mempunyai tanda lahir bukanlah suatu yang pelik sebenarnya namun oleh kerana tanda lahir yang agak ketara pada muka seorang kanak kanak yang masih kecil dipanggil buruk dan cacat oleh segelintir masyarakat yang tidak prihatin Marianna Bower...
Tak Perlu Suruh Dengar Azan Terus Gerak Ibu Ini Kongsi Cara Didik Anak Suka Solat

Tak Perlu Suruh Dengar Azan Terus Gerak Ibu Ini Kongsi Cara Didik Anak Suka Solat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 392 hits
Kata orang sejuk perut ibu mengandung jika anak anak mempunyai keperibadian yang baik Seawal usia yang masih kecil ibu ayah perlu mendidik mereka untuk menjadi anak yang baik Seperti yang dikongsikan ibu ini dia bersyukur kerana anaknya tid...
Kita Tak Sabar Tunggu Anak Boleh Bercakap Tapi Bila Dia Boleh Bercakap Kita Lupa Momen Tu

Kita Tak Sabar Tunggu Anak Boleh Bercakap Tapi Bila Dia Boleh Bercakap Kita Lupa Momen Tu

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 451 hits
Ingatkah lagi bagaimana perasaannya apabila mendengar perkataan pertama dituturi oleh anak Mungkin sesetengah bayi agak lewat pertuturannya tetapi keterujaan yang kita rasai tetap sama Perkataan pertama terlalu dinanti nantikan oleh setiap ...
Sosej Nasi Bersayur Menu Rare Untuk Anak Tak Makan Nasi Kreatif

Sosej Nasi Bersayur Menu Rare Untuk Anak Tak Makan Nasi Kreatif

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 486 hits
Bukan hanya tidak makan nasi malah anak sekaligus tidak ambil sayur sayuran dalam menu setiap hari Selain menggoreng sayuran bagi menarik perhatian anak dan menyediakan snek dengan gabungan nasi resipi yang satu ini penuh khasiat kedua duan...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia