Rotavirus Penyebab Utama Cirit Birit Membawa Maut Penting Beri Anak Vaksin Rotavirus


Jangkitan gastroenteritis Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit berlarutan untuk bayi dan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Ia menyebabkan hampir kematian 215,000 kanak-kanak bawah 5 tahun setahun seluruh dunia dan 1 daripada 50 kanak-kanak yang dijangkit dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Vaksin Rotavirus amat berkesan untuk mengurangkan sehingga 90% risiko jangkitan rotavirus yangs serius.
Jangkitan Rotavirus adalah jangkitan utama yang menyebabkan cirit-birit di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (risiko tertinggi di bawah 2 tahun).

1. Perlukah saya memberikan vaksin Rotavirus kepada anak saya? Apakah keberkesanannya?
Vaksin rotavirus yang digunakan sekarang sudah berada di pasaran sejak tahun 2006 lagi. Kajian mendapati kedua-dua vaksin dapat mengurangkan risiko masuk wad untuk jangkitan cirit-birit (sehingga 50 – 80%), kes jangkitan Rotavirus untuk semua tahap dalam 50 – 65% dan kes jangkitan Rotavirus yang serius sehingga 90%. Ini bermaksud kira-kira 9 daripada 10 kanak-kanak yang mendapat vaksin ini akan dilindungi daripada jangkitan Rotavirus yang teruk.
Vaksin ini turut disyorkan oleh World Health Organization (WHO) untuk dimasukkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk semua negara di seluruh dunia. Setakat ini, terdapat 98 buah negara yang telah dimasukkan untuk program imunisasi kebangsaan termasuklah negara Thailand (dalam proses kajian ) tetapi untuk Malaysia, walau bagaimanapun, hanya dibekalkan dalam sektor swasta sebagai vaksin pilihan.
2. Apakah jenis vaksin Rotavirus yang terdapat di pasaran?
Di Malaysia, terdapat dua jenis vaksin Rotavirus yang diluluskan dan hanya didapati di klinik mahupun hospital swasta.
a. Rotarix, RV1 (dari GlaxoSmithKline, Belgium)
Harga lebih mahal, tetapi hanya memerlukan 2 dos dengan jarak sekurang-kurangnya 4 minggu.
b. Rotateq, RV5 (dari Merck & Co. Inc., USA)
Harga lebih murah, tetapi memerlukan 3 dos dengan jarak sekurang-kurangnya 4 minggu antara dos.
Kedua-dua vaksin ini mempunyai kadar keberkesanan yang hampir sama dan hanya berbeza dari segi kos dan bilangan dos yang diperlukan. Selepas anak anda memulakan salah satu vaksin ini, adalah dinasihatkan untuk melengkapkannya sama ada 2 atau 3 dos mengikut jenis vaksin Rotavirus yang diberikan.

3. Bilakah umur yang sesuai untuk diberi vaksin Rotavirus?
Untuk kedua-dua vaksin adalah disyorkan untuk mendapatkannya seawal umur 6 minggu. Saya sentiasa menyarankan ibu bapa untuk membawa anaknya untuk ke klinik pada umur 6 minggu untuk vaksin Rotavirus, vaksin pneumococcal dan vaksin 6 serangkai (HepB, HiB, IPV, DTaP) sekali.
Untuk Rotarix (RV1), dos pertama hanya boleh diberikan sebelum 20 minggu (5 bulan) manakala Rotateq (RV5) pula dos pertama hanya boleh diberikan sebelum 15 minggu (3 bulan setengah) dan dos seterusnya perlu diberikan sebelum umur 24 minggu dan 32 minggu masing-masing.
Risiko untuk mendapat jangkitan Rotavirus akan mula bertambah bermula umur 12 minggu apabila antibodi daripada ibu semakin berkurangan. Jadi, adalah disarankan untuk mendapatkan vaksin Rotavirus seawal mungkin untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik untuk anak.
4. Bagaimana vaksin ini diberikan?
Vaksin ini diberikan melalui mulut (secara oral) dan bukannya suntikan. Dos berbeza antara 2 vaksin tersebut antara 1.5ml hingga 2ml dan senang semakan oleh kebanyakan bayi tanpa masalah. Adalah digalakkan ubat diberikan ke dalam mulut, berdekatan dengan pipi bayi untuk mengelakkan bayi muntah dan batuk. Bayi tidak perlu puasa dan dapat menyusu susu ibu seperti biasa sebelum dan selepas vaksin diberikan.
5. Bolehkan vaksin ini diberikan dengan vaksin yang lain?
Vaksin suntikan yang lain pada umur vaksin rotavirus diberikan adalah selamat untuk diberikan bersama kecuali Oral polio vaksin yang tidak disarankan untuk diberikan Bersama tetapi ia tidak digunakan di Malaysia lagi.
6. Apakah kesan sampingan untuk vaksin Rotavirus?
Kesan sampingan jarang berlaku dan tidak serius. Kebiasaannya cirit-birit, sakit perut, dan muntah yang tidak serius dan demam jarang berlaku. Untuk vaksin Rotavirus sebelum ini sentiasa dikaitkan dengan peningkatan risiko usus tersumbat (intussusception) dan tidak berlaku lagi dengan vaksin rotavirus yang baru selepas tahun 2006.
7. Siapakah yang tidak digalakkan untuk mendapatkan vaksin Rotavirus?
a. Bayi dengan masalah kurang daya pertahanan seperti Severe Combined Immunodeficiency (SCID)
b. Bayi dengan masalah usus yang tidak dirawat dan cenderung untuk mendapat penyakit usus tersumbat seperti Merkel’s Diverticulum
c. Mempunyai sejarah usus tersumbat (Intussusception)
d. Mempunyai alahan serius dengan vaksin yang sama sebelum ini
e. Demam tinggi atau cirit-birit/ muntah (ditunda sehingga penyakit sembur)
8. Adakah anak saya tidak akan dijangkiti cirit-birit selepas diberikan vaksin ini?
Vaksin untuk Rotavirus tidak mencegah jangkitan ini 100% tetapi dapat mengurangkan sehingga 90% untuk kes jangkitan rotavirus yang serius. Selepas vaksinasi, kebanyakan jangkitan Rotavirus adalah kurang serius dan risiko untuk masuk wad dapat dikurangkan. Selain itu, selain Rotavirus terdapat juga kuman-kuman virus dan bakteria lain yang dapat menyebabkan cirit-birit.
Akan tetapi, jangkitan Rota Virus adalah yang paling serius untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dan risiko jangkitan dapat dikurangkan banyak dengan vaksin ini.
Ibu-bapa turut perlu menjaga kebersihan anak terutamanya semasa menukar lampin, sebelum dan selepas makan atau menyediakan makanan dan minuman.
Penyakit gastroenteritis Rotavirus membunuh kira-kira 215,000 kanak-kanak bawah usia lima tahun seluruh dunia setiap tahun. Vaksin untuk Rotavirus adalah satu-satunya cara yang terbukti untuk mencegah penyakit ini.
“With Passion, We Treat, We Guide and We Prevent”
Sumber:
DR LIM WEE YI
Pakar Kanak-kanak
SALAM Senawang Specialist Hospital, Seremban
The post Rotavirus Penyebab Utama Cirit Birit & Membawa Maut, Penting Beri Anak Vaksin Rotavirus appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rotavirus-penyebab-utama-cirit-birit-membawa-maut-penting-beri-anak-vaksin-rotavirus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemakanan Jenis Ini Penyebab Utama Masalah Kulit Anak Gatal Dan Mudah Ekzema

Pemakanan Jenis Ini Penyebab Utama Masalah Kulit Anak Gatal Dan Mudah Ekzema

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 393 hits
Masalah keradangan kulit pada kanak kanak antara yang sentiasa berlaku Tak kira anak mengalami masalah ekzema atau pun tak Kadang bila nampak anak tergaru garu dan tak selesa ibu bapa pula susah hati Menurut Dr Suriyakhatun faktor utama unt...
Anak Anjing Bermata Satu Lelaki Teruja Dan Percaya Akan Membawa Tuah

Anak Anjing Bermata Satu Lelaki Teruja Dan Percaya Akan Membawa Tuah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 277 hits
Anjing yang dikatakan baru berusia dua hari ini dilahirkan dengan satu mata dan telah mendapat perhatian ramai terutamanya penduduk di negara kelahirannya Thailand Dia diberi nama Kevin salah satu watak dalam filem Minions yang bermata satu...
Dr Fadzilah Kamsah Bagi 7 Tip Didik Anak Cemerlang Dan Berjaya Penting Sekali Ikut Skill Ibu Ayah

Dr Fadzilah Kamsah Bagi 7 Tip Didik Anak Cemerlang Dan Berjaya Penting Sekali Ikut Skill Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 513 hits
Mendidik anak anak berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibu bapa untuk mendapat zuriat yang cemerlang Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza beza sifat dan perangainya Oleh yang demikian apa yang dipraktikkan unt...
Gangguan Kesehatan Bisa Jadi Penyebab Anak Gagal Tumbuh

Gangguan Kesehatan Bisa Jadi Penyebab Anak Gagal Tumbuh

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 262 hits
Protein energy wasting adalah penurunan massa lemak dan biasanya kekurangan asupan protein dan energi Sedangkan Kaheksia adalah suatu kondisi umum yang disebabkan oleh keadaan yang kronis karena malnutrisi tumor ganas dan kesehatan yang bur...
Badut Maut Ditembak Perompak Ketika Cuba Melindungi Seorang Ibu Dan Anak

Badut Maut Ditembak Perompak Ketika Cuba Melindungi Seorang Ibu Dan Anak

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 376 hits
Seorang badut yang selalu membantu menceriakan kanak kanak dengan terapi ketawanya maut ditembak ketika cuba melindungi seorang ibu dan anak sewaktu mereka diserang oleh perompak di sebuah restoran Humberto Rojas Landa yang juga dikenali se...
Bapa 5 Anak Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Bapa 5 Anak Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 312 hits
Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Kilometer 140 2 Lebuhraya U...
Ibu Merana Anak Hidap Selsema Maut Selepas Tak Divaksin Kerana Termakan Nasihat Antivaksin

Ibu Merana Anak Hidap Selsema Maut Selepas Tak Divaksin Kerana Termakan Nasihat Antivaksin

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 324 hits
Seorang kanak kanak berusia 4 tahun di Colorado dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu akibat selesema selepas sebuah group komuniti anti vaksin di Facebook menyarankan ibu kanak kanak tersebut untuk memberi anaknya itu buah beri dan sus...
Kajian Cirit Birit Mungkin Jadi Agen Kedua Penyebaran Koronavirus Saintis

Kajian Cirit Birit Mungkin Jadi Agen Kedua Penyebaran Koronavirus Saintis

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 177 hits
Cirit birit mungkin merupakan agen kedua dalam penyebaran wabak koronavirus menurut saintis dalam satu penerbitan kajian mengenai abdominal dan najis pesakit Sebelum ini agen pertama adalah melalui titisan air liur daripada batuk pesakit wa...
Terlupa Anak Di Dalam Kereta Bayi 9 Bulan Maut Selepas 4 Jam Terkurung

Terlupa Anak Di Dalam Kereta Bayi 9 Bulan Maut Selepas 4 Jam Terkurung

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 383 hits
Luluh hati seorang bapa apabila bayi yang baru berusia 9 bulan ditemui tidak bernyawa di dalam kereta di Kompleks Tun Razak Indera Mahkota Kuantan tengah hari tadi Bapanya sendiri menemui mangsa di dalam kereta yang ketika itu mahu keluar d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa