Nabi Muhammad Saw Pernah Berpesan Elakkan Kawasan Berpenyakit
Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal seperti kebiasaannya umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa tarikh kewafatan Rasululullah SAW juga berlaku pada 12 Rabiulawal iaitu pada tahun 11 Hijrah/632M seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian besar ahli sejarah.
Saya dan ramai umat Islam lain di Malaysia tetap menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW secara bersederhana dengan ahli keluarga walaupun ramai dianatara kita terpaksa menempuhi pelbagai cabaran khususnya dalam menghadapi peningkatan kes positif pendemik COVID-19 seminggu dua ini.
Ia dikatakan ekoran daripada kluster PRN Sabah dan penyebaran kluster Sivagangga di Kedah.
Dua-tiga hari lepas kes positif sudah menjangkau seribu lebih sehari dan purata diantara 600-800 kes setiap hari seolah-olah tidak mahu turun. Natijahnya, banyak kawasan terpaksa diumumkan sebagai PKPB atau PKPD sehingga ke arah lock down beberapa kawasan seperti di sebahagian Sabah dan Kedah.
Selain merunsingkan psikologi dan emosi ia turut memberi kesan kepada ekonomi negara dan lebih parah ia turut memberi kesan yang sangat rumit kepada ekonomi keluarga di rumah.
Berapa ramai umat Islam di Malaysia kehilangan punca mata pencarian?
Justeru, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang diterima sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW dan perjuangan baginda yang lebih susah dan payah daripada kita menghadapi pendemik COVID-19 hari ini.
(klik www.iptvmalaysia.com)Memahami dan meneladani Rasulullah SAW merupakan suatu kewajipan bagi semua umat Islam. Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan melalui proses pencarian ilmu. Dalam aspek ini, sememangnya kita telah disajikan dengan pelbagai koleksi rujukan mengenai kehidupan Rasulullah SAW.
Hanya tinggal kini ialah kemahuan, keazaman, keiltizaman diri untuk belajar memahami dan meneladani seterusnya mendidik jiwa dan rohani untuk mengasihi Rasulullah SAW.
Pendemik Suatu Ujian Sejak Berzaman Pandemik atau wabak penyakit bukan perkara baharu dalam tamadun manusia. Sejak 165 Masihi, lima juta nyawa manusia terkorban akibat “Antonine Plague” atau Wabak Antoine. Penyakit ini merebak di Mesir, Greek dan Itali yang dikatakan dibawa melalui darat oleh tentera Rom selepas berperang dengan Kerajaan Mesopotamia.
Antara 1346-1353 pula, pandemik The Black Death menyerang benua Eropah, Afrika dan Asia. Penyakit hawar ini berpunca daripada tikus dan kuman yang diangkut menerusi kapal dagangan menerusi laluan laut. Sekurang-kurangnya 75 juta nyawa manusia terkorban di seluruh dunia.
Pada zaman moden, dengan populasi manusia semakin bertambah, selain kemudahan pengangkutan udara dan laut merentas benua, pandemik bukanlah perkara pelik. Pandemik influenza atau dipanggil juga sebagai Spanish Flu yang melanda dunia antara 1918 hingga 1920, mengorbankan hampir 50 juta nyawa dalam tempoh singkat.
Sekarang, tamadun manusia diuji lagi dengan pandemik COVID-19. Dalam masa pantas, ribuan manusia daripada seluruh pelosok dunia dijangkiti. Pada permulaan penyebaran virus baharu ini, ia hanya tertumpu di China. Namun, kini penularannya sukar dibendung daripada merentasi sempadan pelbagai negara.
Naratif Baharu?Terdapat naratif berdalilkan hujah agama yang kurang cermat dalam menyantuni penyebaran COVID-19 ini. Pada awalnya, dihujahkan sebagai kafarah atau pembalasan terhadap kezaliman China ke atas Muslim Uighur hingga ia kononnya langsung tidak melanda umat Islam di negara berkenaan.
Sekarang terbukti ia salah!!
Kemudian diikuti pula dengan naratif eskatologi atau (akhir zaman) bahawa dunia sudah menghampiri penghujungnya. Tidaklah dinafikan kebenaran naratif ini, cuma jangan lupa kelahiran Nabi Muhammad SAW itu sendiri sudah menjadi petanda akhir zaman, bahkan sebelum kelahiran Nabi lagi pandemik penyakit berlaku pada skala besar.
Dalil & HadithSebenarnya, ada banyak dalil al-Quran dan hadis menerangkan musibah sebagai azab kecil akibat kerosakan yang dilakukan tangan manusia. Namun, ia juga boleh menjadi rahmat kepada insan bersabar dan memberikan tindak balas yang betul dalam menghadapinya.
Di negara ini, kerajaan menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai ikhtiar untuk membendung penularan COVID-19 yang meningkat akibat kecuaian sebahagian masyarakat. Tindakan ini terbukti berjaya mengurangkan secara drastik penyebaran virus berbahaya ini seperti di wilayah Wuhan, China.
Tindakan sama pernah direkodkan dalam sejarah Islam. Menurut catatan sejarawan terkemuka, Ibn al-Athir, pada 1048, pandemik penyakit pernah melanda Makkah, Iraq, Palestin dan Sham.
Imam al-Zahabi dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’ meriwayatkan sekitar tahun 1055 Hijrah, peristiwa itu menyebabkan masjid ditutup dan langsung tidak didirikan solat di masjid untuk megelakkan menularan wabak penyakit.
Daripada Aisyah r.a yang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang masalah taun, lalu baginda mengkhabarkan:
"Taun adalah sejenis seksa yang Allah swt hantarkan kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah swt menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum Muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita taun lalu dia tetap bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar dan mengharapkan pahala, serta mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah swt telah mentakdirkannya kepadanya, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mati syahid." - (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Kandungan hadis ini menunjukkan bahawa apabila seorang mukmin mengharapkan pahala, mengetahui bahawa dia terkena taun kerana takdir Allah.
Ini meskipun dia sudah berusaha menghindari penyakit itu dan tidak berkeluh kesah menghadapinya sambil tetap percaya kepada Allah baik ketika sihat mahupun sakit, maka dia mendapatkan pahala orang yang mati syahid. (Dr Mustafa Sa'id Al-Khin, Nuzhatul Muttaqin; Syarhu Riyadus Salihin).
Oleh kerana sayangnya Rasulullah saw pada umatnya, Rasulullah mencegah mereka daripada sebab-sebab yang dapat mendatangkan kerosakan pada hati dan tubuh badan.
Tidak diragukan bahawa dalam tubuh kita terdapat potensi dijangkiti penyakit. Kerana tubuh sangat mudah menerima pengaruh daripada badan lain yang berdekatan atau bersentuhan.
Terdapat dua maklumat tentang cara Nabi SAW menangani penyakit ini. Dalam hadis di atas, Nabi memerintahkan umatnya agar berhati-hati dan menghindari orang yang sudah dijangkiti.
Namun dalam hadis lain disebutkan bahawa Nabi SAW pernah memegang tangan orang yang menderita penyakit kusta, lalu memasukkan tangannya ke dalam mangkuk bersama tangan baginda, sambil bersabda:
"Makanlah dan mengucapkan Basmalah dengan sesuatu keyakinan terhadap Allah dan tawakkallah kepada-Nya." ( Hadis riwayat At-Tirmidzi daripada Jabir).
Menurut sebahagian ulama, kededua sikap ini diperlihatkan oleh Nabi saw dalam konteks yang berbeza.
Baginda makan bersama orang yang menderita penyakit kusta bertujuan membatalkan keyakinan kaum jahiliyah yang menyatakan bahawa penyakit menular itu terjadi secara semula jadi tanpa menyandarkan kepada Allah swt.
Sementara Baginda SAW melarang umatnya mendekati orang yang sudah dijangkiti untuk menjelaskan bahawa cara demikian merupakan tindakan pencegahan kerana berada dekat dengan penyakit itu telah Allah jadikan sebagai salah satu sebab penularannya. ( Ibnul Qayyim Al-Jauziy, Zaadul Maad fi Hadyi Khayril, Ibaadi.)
Justeru, dalam tulisan saya di blog ini beberapa minggu lalu ada menegur masyarakat agar tidak menghukum mereka yang positif COVID-19. Ini kerana masyarakat seolah-olah telah menghukum pesakit positif COVID-19 sebagai bersalah.
Dalam tulisan itu, tidak kurang juga yang berpusu-pusu memuatnaik gambar atau video ambulans menjemput pesakit di rumah mereka.
Selain ia menyalahi undang-undang yang melindungi orang lain yang direkodkan gambar atau video tanpa kebenaran. Ia juga merosakkan kehidupan diri dan keluarga dari segi emosi dan psikologi.
baca lagi di sini : http://www.zackzaihan.com.my/2020/10/tips-berhadapan-dengan-jiran-positif.html
KesimpulanKesimpulannya, di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ini eloklah kita sama-sama memperingati akan segala nasihat dan peringatan baginda. Dan contohilah segala pekerti dan sikap sabar Nabi SAW dalam kita menghadapi hari-hari mencabar di zaman COVID-19 ini.
Selamat Menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zackzaihan.com.my/2020/10/nabi-muhammad-saw-pernah-berpesan.html