Myspr Daftar Cara Daftar Mengundi Tukar Alamat Mengundi Online


MySPR DAFTAR:CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE

Permohonan sebagai pengundi secara online di MySPR Daftar hanya boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang tidak bekerja sebagai polis atau tentera.
Untuk makluman pendaftaran secara online ini tidak boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang sedang berada di luar negara. Anda perlu mendaftar secara manual sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).
CARA DAFTAR MENGUNDI ONLINE
Layari laman web rasmi MySPR Daftar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di sini: https://mysprdaftar.spr.gov.my Kemudian, pada paparan laman web, tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan KAD PENGENALAN BARU (TANPA ‘-‘ ATAU ‘SPACE’), masukkan nombor kad pengenalan MyKad anda. Perlu diingatkan bahawa tanda ‘-‘ dan jarak tidak dibenarkan. Kemudian, pada ruangan NAMA SEPERTI KAD PENGENALAN, masukkan nama penuh anda sama seperti yang tertera pada MyKad anda. Pada ruangan TARIKH LAHIR, tekan pada ruangan dan kalendar akan tertera. Pilih tarikh lahir anda. Pada ruangan +60, pilih kod nombor telefon mengikut negara anda. Untuk Malaysia, pilih +60. Pada ruangan TELEFON BIMBIT, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi. Pada ruangan E-MEL, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses. Pada ruangan KATA LALUAN, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Pada ruangan MENGESAH KATA LALUAN, masukkan semula password yang telah anda cipta. Pada ruangan – SOALAN KESELAMATAN – , pilih satu soalan yang tertera. Kemudian, pada ruangan JAWAPAN KESELAMATAN, masukkan jawapan untuk soalan tersebut. Diingatkan bahawa hanya anda sahaja yang boleh tahu jawapan untuk soalan tersebut. Ini untuk mengelakkan akaun anda diceroboh oleh orang lain. Pada bahagian ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN, masukkan alamat penuh anda seperti yang tertera dalam kad pengenalan anda. Gunakan setiap ruangan pada BARIS 1, BARIS 2 dan BARIS 3 untuk mengisi alamat anda. Sekiranya ada baris yang anda tidak gunakan, masukkan simbol ‘–‘. Pada ruangan – NEGERI –, pilih negeri untuk alamat anda. Pada ruangan – BANDAR –, pilih bandar untuk alamat anda. Pada ruangan POSKOD, masukkan poskod untuk alamat anda. Pastikan anda telah menangkap gambar MyKad anda untuk teruskan cara daftar mengundi seara online. Gambar yang diperlukan ialah gambar pada bahagian hadapan MyKad anda, yang memaparkan maklumat penuh anda, iaitu gambar, nama penuh, nombor pengenalan serta alamat anda. Selain itu, anda juga perlu menangkap gambar diri anda bersama kad pengenalan anda. Rujuk link Contoh Gambar untuk mendapatkan prosedur yang betul untuk menangkap gambar anda. Kemudian, setelah selesai, tekan butang GAMBAR DEPAN MYKAD, dan upload gambar MyKad anda ke sistem. Saiz gambar anda mestilah tidak melebihi daripada 500KB. Format yang dibenarkan ialah JPG dan PNG. Kemudian, tekan butang GAMBAR SWAFOTO (SELFIE) BERSAMA MYKAD. Upload gambar anda bersama MyKad anda ke sistem. Saiz gambar anda mestilah tidak melebihi daripada 500KB. Format yang dibenarkan ialah JPG dan PNG. Seterusnya, pada ruangan Masukkan Captcha, masukkan kod Captcha yang tertera di atas ruangan tersebut. Kemudian, tekan link Dasar Privasi. Pastikan anda membaca kesemuanya. Sekiranya anda bersetuju, tekan butang HANTAR. Pendaftaran anda akan diproses dan diverifikasi oleh Pegawai SPR. Permohonan pendaftaran anda akan diproses pada hari yang sama sekiranya dihantar pada jam antara 8 pagi sehingga 12 tengah hari pada hari yang sama. Sekiranya permohonan dihantar selepas jam 12 tengah hari, permohonan ini akan diproses pada hari yang berikutnya mengikut hari bekerja. Permohonan anda juga hanya akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya sekiranya dihantar pada hari Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am. Apabila pengesahan telah dibuat, anda akan mendapat emel daripada pihak SPR. Buka emel tersebut. Emel ini ialah emel untuk memproses pengaktifan akaun anda. Tekan link yang tertera pada emel tersebut. Laman Pengaktifan Akaun akan tertera. Masukkan nombor MyKad anda dan password anda yang anda gunakan untuk akaun anda. Kemudian, klik butang MOHON TAC. Anda akan mendapat SMS daripada pihak SPR yang mengandungi kod TAC. Masukkan kod TAC itu pada ruangan tersebut. Klik butang HANTAR. Pendaftaran online anda berjaya. Paparan login akan tertera. Untuk login ke akaun anda, masukkan nombor MyKad anda, password anda dan masukkan juga kod Captcha yang tertera dan tekan butang LOG MASUK. Anda akan dapat akses akaun MySPR Daftar anda. CARA DAFTAR MENGUNDI MANUAL (PEMILIH BIASA)
Datang sendiri ke mana-mana pusat pendaftaran untuk mengundi. Pusat pendaftaran pengundi di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:
Kaunter Pendaftaran Pemilih di Ibu Pejabat SPR Malaysia, Putrajaya Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri Pejabat-pejabat POS Malaysia di seluruh negara Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai Pejabat-pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri. Klik pada laman web berikut http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission. Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana maklumat diri anda yang tertera dalam kad pengenalan anda.
Jika anda berpuas hati, tandatangan pada borang pendaftaran tersebut.
Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
CARA DAFTAR MENGUNDI BAGI PENGUNDI TIDAK HADIR ( ANGGOTA TENTERA)
Cara daftar mengundi untuk anggota tentera tidak sama dengan orang awam.
Pendaftaran sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlulah:
Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP. Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda. Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul. Jika anda berpuas hati, tandatangan pada borang pendaftaran tersebut. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan. Diingatkan bahawa Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut. Selain itu, hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan). Baca tentang JANGAN LAKUKAN KESILAPAN INI SEMASA PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020
CARA DAFTAR MENGUNDI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
Cara daftar mengundi untuk rakyat Malaysia di luar negara juga sedikit berlainan.
Penjawat Awam atau pelajar yang sedang berada di luar negara juga akan dikira sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).
Pendaftaran PTH dalam kalangan mereka ini, serta pasangan mereka akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara):
Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda; Nyatakan alamat tempat tinggal di luar negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul. Jika anda berpuas hati, tandatangan pada borang pendaftaran tersebut. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan. Perlu diingatkan bahawa hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan). Selain itu, warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Di samping itu, status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia. CARA TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE
Untuk membuat permohonan menukar alamat mengundi, pertama sekali klik Status Saya
Klik BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT)
Setelah melengkapkan/mengubah semua maklumat yang diperlukan, klik HANTAR di sudut kanan bawah skrin
Suatu dialog Notifikasi akan keluar. Isi Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Klik MOHON TAC
Isi No. TAC yang diterima melalui SMS di telefon bimbit dan klik HANTAR
Skrin Status Saya akan terpapar dan pengguna boleh memuat turun atau mencetak borang tersebut. Untuk mencetak borang, klik PAPAR/CETAK BORANG A
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran MySPR Daftar ini seperti Manual/Panduan Pengguna untuk MySPR Daftar atau jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi SPR seperti berikut:
Telefon : +603 8892 7018
Emel : [email protected]
Alamat : Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 PUTRAJAYA
The post MySPR DAFTAR:CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/myspr-daftarcara-daftar-mengundi-tukar-alamat-mengundi-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Tukar Kredit E Wallet Rm50 Epenjana Kepada Cash

Cara Tukar Kredit E Wallet Rm50 Epenjana Kepada Cash

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 2205 hits
CARA TUKAR KREDIT E WALLET RM50 EPENJANA KEPADA CASH Mungkin penerima kredit E Wallet RM50 EPENJANA tertanya tanya adakah boleh tukar kredit E Wallet RM50 EPENJANA kepada cash Jika diberi pilihan masih ramai golongan yang mahu menerima bant...
E Lelong Daftar E Bidding Cara Beli Rumah Lelong Di Malaysia 2020

E Lelong Daftar E Bidding Cara Beli Rumah Lelong Di Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 332 hits
E LELONG DAFTAR E BIDDING CARA BELI RUMAH LELONG DI MALAYSIA 2020 APA ITU E LELONG e Lelong adalah satu sistem pertama di Malaysia yang mengendalikan lelong awam harta tak alih di Mahkamah secara atas talian mengikut masa sebenar di mana pe...
Cara Daftar Premis Untuk Dapatkan Code Mysejahtera

Cara Daftar Premis Untuk Dapatkan Code Mysejahtera

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 1024 hits
Kebanyakkan daripada peniaga mereka ambil mudah dan memberi pelbagai alasan Sebab apa sebab belum terkini pada diri sendiri dan ahli keluarga mereka Sepatutnya KKM dan Polis telah lama turun dan saman mana mana kedai yang tiada kod mysejaht...
Daftar Perniagaan Online Di Mecan Trade Secara Percuma Buat Duit Sampingan Di Mana Sahaja

Daftar Perniagaan Online Di Mecan Trade Secara Percuma Buat Duit Sampingan Di Mana Sahaja

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 316 hits
Hi Korang Seperti yang kita sedia maklum kawalan pergerakan seiring dengan penyakit pandemik ini masih lagi berleluasa bukan saja kerajaan malah semua orang sentiasa perlu di ingatkan untuk menjaga SOP yang di tetapkan namun begitu segala a...
Cara Tukar Tarikh Masihi Ke Hijrah

Cara Tukar Tarikh Masihi Ke Hijrah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 719 hits
Ramai yang tercari cari cara menukar tarikh Masihi kepada tarikh Hijrah Islam Berikut kami sediakan widget pengubah untuk menukar sebarang tarikh daripada kalendar Masihi kepada kalendar Hijrah atau sebaliknya Converter ini boleh digunakan ...
Cara Permohonan Cbrm Tekun Online Secara Mudah

Cara Permohonan Cbrm Tekun Online Secara Mudah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 468 hits
Cara permohonan CBRM Tekun untuk anda yang terjejas akibat covid 19 Mari kita lihat Langkah mohon CBRM Tekun Nasional ini secara Online Masih dibuka untuk The post appeared first on
Cara Mohon Rayuan Untuk Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online Dan Manual

Cara Mohon Rayuan Untuk Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online Dan Manual

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 413 hits
Cara Mohon Rayuan Untuk Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online Dan Manual Salam semua akhirnya pembayaran fasa ketiga untuk Bantuan Sara Hidup ataupun BSH 2020 telah pun dibayar bagi yang terpilih bermula 24 Julai bulan lepas Mana yang dah d...
Cara Mudah Kira Zakat Emas Pelaburan Emas Online Hukum Emas Bukan Fizikal

Cara Mudah Kira Zakat Emas Pelaburan Emas Online Hukum Emas Bukan Fizikal

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 904 hits
CARA MUDAH KIRA ZAKAT EMAS Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Mesti dalam kalangan kita ada yang suka pakai emas sama ada gelang tangan rantai cincin atau gelang kaki Ada juga yang hanya beli emas just for fun niat nak ikut trend s...
Geram Tengok Orang Tukar Kereta Lain Setiap Bulan Ini Cara Miliki Kereta Idaman Jimat

Geram Tengok Orang Tukar Kereta Lain Setiap Bulan Ini Cara Miliki Kereta Idaman Jimat

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 333 hits
Bila sebut tentang langganan mesti kita akan terbayang Spotify Netflix dan banyak lagi Tapi siapa sangka kita juga boleh lakukan langganan untuk dapatkan kereta yang diidamkan Jadi tak peliklah kalau kita selalu tengok orang tukar kereta ba...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak