Cara Mohon Rayuan Untuk Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online Dan Manual


Cara Mohon Rayuan Untuk Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online Dan Manual | Salam semua, akhirnya pembayaran fasa ketiga untuk Bantuan Sara Hidup ataupun BSH 2020 telah pun dibayar bagi yang terpilih bermula 24 Julai bulan lepas. Mana yang dah dapat tu syukur lah ada ramai lagi yang masih dalam proses memohon untuk rayuan. Bagi yang dah dapat, pembayaran dikreditkan terus ke akaun bank masing - masing.

Bagi yang tidak ada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ) hingga 31 Disember 2020. Banyak masa dah tu kerajaan bagi. Ambillah peluang sebaik mungkin ya.


Disebabkan masih ada lagi di luar sana yang layak tapi bila semak telah ditolak permohonan. Kalian boleh buat permohonan rayuan BSH  ya. Jangan risau, ada lagi cara lain tapi kena buat rayuan. Kerajaan bukan tak nak bagi, Bantuan Sara Hidup ini disasarkan kepada orang yang betul - betul layak.

Tempoh Permohonan Rayuan BSH 2020
Untuk tempoh permohonan rayuan bagi Bantuan Sara Hidup 2020, tarikh sudah mula dibuka pada 7 Ogos 2020 lagi hingga 6 September 2020. Tertakluk kepada pindaan

2 Cara Untuk Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 
Ada 2 cara untuk permohonan rayuan BSH 2020. Samaada melalui online ataupun kena hadir di mana - mana cawangan seperti sis nyatakan di bawah.

Pemohon perlu hadir di mana - mana cawangan seperti di bawah :

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN )
2. Pusat Khidmat Hasil  ( PKH )
3. Pusat Transformasi Bandar ( Urban Transformation Centre - UTC )

Senarai Alasan Kenapa BSH 2020 Tidak Lulus 
Banyak sebenarnya alasan kenapa BSH 2020 tidak lulus. Pemohon yang memohon sepatutnya berhati - hati semasa isi secara online takut tersalah maklumat ke apa kan.

Yang sis senarai di bawah ini adalah di antara alasan kenapa BSH 2020 tidak lulus.

1. Nama, Nombor pengenalan atau pun status kewarganegaraan pemohon berbeza dari semakan data Jabatan Pendaftaran Negara.
2. Pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM 4,000.
3. Pemohon memiliki 2 atau lebih perniagaan milikan tunggal / perkongsian.
4. Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain.
5. Pasangan meninggal dunia
6. Anak meninggal dunia
7. Anak pemohon mempunyai pendapatan tinggi

Untuk senarai penuh kenapa permohonan BSH tidak lulus boleh klik link di bawah

Klik : Senarai Kod Tidak Lulus
Cara Untuk Mohon Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online
Sebenarnya rayuan untuk memohon BSH 2020 secara online ini hanya pemohon yang berstatus  tidak lulus dengan kod - kod tertentu sahaja.

Permohonan rayuan BSH 2020 yang dibenarkan secara dalam talian adalah berdasarkan kod - kod tidak lulus seperti di bawah :

Selain daripada status tidak lulus berkenaan, rayuan untuk BSH 2020 perlu di buat di mana - mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Apa yang kalian perlu buat adalah :

1. Masuk ke laman web rasmi https://bsh.hasil.gov.my/.
2. Klik pada Semakan Status Permohonan.
3. Masukkan nombor kad pengenalan.
4. Sekiranya permohonan tidak lulus, kat bawah tu ada tulisan dalam kotak "Alasan" untuk mengetahui status tidak lulus mengikut kod nombor.
5. Klik "Rayuan"sekiranya ingin membuat permohonan rayuan secara atas talian.

Senangkan nak mohon rayuan secara atas talian ni. Tapi kena ikut status kod yang ada.


Cara Untuk Mohon Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 Di Cawangan LHDN 
Bagi pemohon yang mempunyai status kod tidak lulus selain daripada di atas, pemohon perlu hadir di mana - mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sebelum hadir di mana - mana cawangan LHDN untuk berurusan, sangat penting untuk pemohon muat turun 2 borang seperti di bawah :

Sila klik : Muat Turun Borang Permohonan Rayuan BSH 2020

Sila klik : Muat Turun Borang Serahan Dokumen Sokongan BSH


Senarai Dokumen Sokongan Yang Perlu Di Bawa Semasa Tempoh Rayuan 
Antara senarai dokumen yang perlu di bawa adalah :

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan kad pengenalan pasangan
3. Surat status perkahwinan / Perceraian
4. Slip penyata gaji terkini

Dokumen sokongan yang perlu dibawa adalah berdasarkan kepada status kod tidak lulus
Untuk menyemak kod tidak lulus dan dokumen sokongan apa yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan, kalian boleh ke link ini seperti di bawah :

Klik >>> Kod Tidak Lulus Dan Dokumen Sokongan BSH 2020
Kalau ikutkan banyak dokumen sokongan yang perlu dibawa tetapi bergantung kepada status kod tidak lulus yang mana satu sebenarnya. Sila rujuk link yang sis bagi di atas ya. 
Jadual Kaunter Rayuan Bantuan Sara Hidup 
Bagi pemohon yang perlu berurusan di mana - mana cawangan LHDN, perlu dingatkan kaunter BSH tidak dibuka pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti negeri ( bagi negeri yang terlibat ) kecuali pada tarikh yang telah ditetapkan. Kiranya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kaunter dibuka tetapi pada tarikh yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat penuh bagi jadual kaunter Rayuan Bantuan Sara Hidup ini, boleh klik link di bawah

Klik  >>>  Jadual Kaunter Rayuan Bantuan Sara Hidup
Bagi cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis sehingga pukul 3:30 petang. 
Bagi PKH ( Pusat Khidmat Hasil ) yang tidak beroperasi selain daripada tarikh di dalam jadual tersebut, notis akan dipamerkan pada premis berkenaan. 
Untuk kaunter BSH di UTC, adalah bergantung kepada jadual waktu operasi UTC di kawasan tersebut

Perlu diingatkan masa untuk pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan. Jangan lupa rujuk jadual seperti yang dah letak kat atas ya. 
Senarai Maklumat Yang Boleh Dihubungi : 
Dalam tempoh rayuan ini, jangan risau jika kalian nak tahu sebarang maklumat tentang permohonan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai rayuan untuk Bantuan Sara Hidup ini, pemohon boleh menghubungi

1. Hotline BSH LHDNM di 1-800-88-2747
Waktu operasi bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang

2. Hotline BSH MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Waktu operasi bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang

3. Emel 
Sekiranya nak berurusan dengan emel pun boleh. Emelnya adalah [email protected]

4. Alamat 
Sekretariat BSH. Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Presint 2,
62592 WP Putrajaya

Diharapkan, untuk pemohon yang nak buat rayuan untuk bantuan sara hidup cepat - cepat bertindak ya. Masih ada masa lagi ni, Yang mana status tidak lulus dengan kod - kod yang tertentu, kalau yang boleh buat secara online lagi mudah. Yang tak boleh buat secara online memang kena pergi mana - mana cawangan yang telah ditetapkan.

Tapi sebelum tu kena muat turun borang permohonan yang ada seperti yang sis bagi tahu di atas. InsyaAllah  ikut syarat kelayakan BSH, ada rezeki,  dapatlah balik bayaran bantuan sara hidup 2020.

Apapun kalian boleh rujuk di laman web rasmi di https://bsh.hasil.gov.my/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/08/cara-mohon-rayuan-untuk-bantuan-sara-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Bshr 2020 Permohonan Kemaskini Rayuan Mybshr Online

Semakan Bshr 2020 Permohonan Kemaskini Rayuan Mybshr Online

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 367 hits
SEMAKAN BSHR 2020 PERMOHONAN KEMASKINI RAYUAN MYBSHR ONLINE Untuk makluman pemohon fasa pertama telah pun selesai Fasa kedua dan ketiga juga telah pun selesai Kini tinggal yang mohon rayuan bshr sahaja untuk menerima bahagian mereka SEMAKAN...
Permohonan Rayuan Upu Online Lepasan Stpm Setaraf 2020

Permohonan Rayuan Upu Online Lepasan Stpm Setaraf 2020

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 382 hits
Calon Lepasan STPM Setaraf yang gagal untuk kemasukan ke Universiti Awam bolehmengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di mulaihari hebahan keputusan Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan STPM Setaraf 2020Permohonan Rayuan UPU Online Lep...
Rayuan Bsh Fasa 3 2020 Online

Rayuan Bsh Fasa 3 2020 Online

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 464 hits
Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Pusat Khidmat Hasil Pusat Transformasi Bandar bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020 Rayuan BSH Fasa 3 2020 OnlinePermohonan Rayuan BSH 202...
Mohon Segera Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Untuk Anak Negeri Sembilan

Mohon Segera Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Untuk Anak Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 367 hits
Berita baik untuk anak Negeri Sembilan anda kini boleh mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa bagi pelajar di pelbagai peringkat pengajian di IPT Bantuan ini bertujuan bagi membantu meringankan beban mahasiswa Anak Negeri Sembilan yang datang d...
Blt Rp 600 Ribu Akan Cair 25 Agustus 2020 Berikut Cara Cek Namamu Terdaftar Di Bpjs Ketenagakerjaan

Blt Rp 600 Ribu Akan Cair 25 Agustus 2020 Berikut Cara Cek Namamu Terdaftar Di Bpjs Ketenagakerjaan

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 424 hits
Bantuan Langsung Tunai kepada karyawan swasta yang bergaji di bawah Rp 5 juta akan cair pada 25 Agustus 2020 Bantuan Rp 600 ribu per bulan diberikan selama empat bulan berturut turut dalam dua tahap sehingga totalnya Rp 2 4 juta Bantuan ter...
Permohonan Rayuan Bsh Fasa 3 Jangan Lakukan Kesilapan Ini Semasa Permohonan Rayuan Bsh 2020

Permohonan Rayuan Bsh Fasa 3 Jangan Lakukan Kesilapan Ini Semasa Permohonan Rayuan Bsh 2020

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 481 hits
PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3 JANGAN LAKUKAN KESILAPAN INI SEMASA PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 Jangan sesekali ikut kesilapan ini jikalau anda tidak mahu ada masalah kelulusan permohonan proses kemaskini bantuan sara hidup anda kelak SENARAI K...
Cara Beli Rumah 2020 Proses Dari Mula Dapat Kunci Elak Ditipu

Cara Beli Rumah 2020 Proses Dari Mula Dapat Kunci Elak Ditipu

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 642 hits
Cara Beli Rumah 2020 Proses dari mula dapat kunci ELAK KENA TIPU Ditulis oleh Afiq ShamnazriGreat Casa RealtyThread ni untuk sesiapa yang nak tahu proses untuk beli rumah Lepas baca thread ni korang akan dapat idea sikit la flow beli rumah ...
Cara Mudah Kira Zakat Emas Pelaburan Emas Online Hukum Emas Bukan Fizikal

Cara Mudah Kira Zakat Emas Pelaburan Emas Online Hukum Emas Bukan Fizikal

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 924 hits
CARA MUDAH KIRA ZAKAT EMAS Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Mesti dalam kalangan kita ada yang suka pakai emas sama ada gelang tangan rantai cincin atau gelang kaki Ada juga yang hanya beli emas just for fun niat nak ikut trend s...
5809 Pelitup Muka Jual Mahal Kualiti Tidak Ikut Piawaian Alhijrah Online 05 08 2020

5809 Pelitup Muka Jual Mahal Kualiti Tidak Ikut Piawaian Alhijrah Online 05 08 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan disaran memantau dan menjadikan pelitup muka sebagai satu barangan kawalan keperluan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata apa yang membimbangkan adalah peniaga yang menjadikan peli...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik