Cara Mudah Kira Zakat Emas Pelaburan Emas Online Hukum Emas Bukan Fizikal


CARA MUDAH KIRA ZAKAT EMAS (jika cukup syarat) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Mesti dalam kalangan kita ada yang suka pakai emas; sama ada gelang tangan, rantai, cincin atau gelang kaki. Ada juga yang hanya beli emas just 'for fun' niat nak ikut trend sekarang je. Ada juga yang beli emas simpan untuk kegunaan pada masa akan datang.. al-maklumlah harga emas sekarang makin meningkat dan dijangka mencecah ribuan ringgit tahun hadapan 2021! Tu yang ada nasihat pada bakal bakal pengantin terutamanya si lelaki.. beli awal awal cincin emas untuk si kekasih hati sekarang supaya tak terseksa nanti haha.
Yela harga emas dijangka 1k tahun depan. Fuh.
Tak kisah lah sebenarnya. Yang nak beli emas tu duit sendiri kan haha so, tiada masalah pun. Tapiii.. Kena ambil tahu juga.. emas yang kita simpan/beli tu ada zakat yang perlu dibayar.
Dan kalau nak tahu apa syaratnya, macam mana cara nak kira zakat emas secara asasnya ada di bawah ini.. Dikongsikan oleh orang yang pakar bab ni. cara kira zakat emasCARA MUDAH KIRA ZAKAT EMAS (jika cukup syarat)Ditulis oleh: Faisal RahimAmil Zakat | Web Developer | Stock Investor(twitter @acaiijawe)
Memandangkan sekarang musim orang beli emas, jadi nak bagi info ringkas CARA KIRA ZAKAT EMAS.
- Semua emas dipakai, tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat (jika cukup syarat).- Bagi emas dipakai, > uruf baru kena zakat.- URUF : Kadar kebiasaan orang pakai emas.
Jika EMAS yang korang pakai MELEBIHI berat ini, baru dikenakan zakat.
Selangor, KL = 800 gramJohor, Ganu = 850 gramPerak, Pahang = 500 gramN9 = 200 gramMelaka = 180 gramKedah = 170 gramPenang = 165 gramSabah = 152 gramSarawak = 90 gramPerlis = 85 gramKelantan = Tiada Uruf
TETAPI.
Jika dalam tempoh setahun korang tak pernah pakai (contoh : emas rosak, emas design lama, emas waris tok nenek dan lain lain), jika beratnya lebih dari 85 gram dah kena zakat 2.5%.
Sebab tu emas perhiasan ni at least kena pakai setahun sekali masa (contoh : hari raya, besday dan lain lain).cara kira zakat emas, syarat, emas fizikalCARA KIRA ZAKAT EMAS (Basic)
Senario 1
Emas tak dipakai = 90 gramEmas dipakai = 50 gram
Kiraan Zakat Emas:*Emas tak dipakai : DIKENAKAN ZAKAT sebab >85 gram.*Emas dipakai : TIDAK DIKENAKAN ZAKAT sebab kurang daripada 800gram.

90 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%= RM663


Senario 2
Emas dipakai (gelang, rantai, cincin dll) = 900 gram
Kiraan Zakat Emas:*Dikenakan zakat sebab > Uruf 800 gram*Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800)
100 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%= RM738
Senario 3
Emas tak dipakai = 50 gramEmas dipakai = 900 gram
Kiraan Zakat Emas*Perlu campur kedua-dua jenis emas

50 gram + 100 gram (900-800) = 150 gram150 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%= RM1,106
Info tambahan:
Di Selangor, Zakat Emas digabungkan dengan Zakat Simpanan & Zakat Saham. Jika TOTAL MELEBIHI NISAB baru kena 2.5% zakat

Nisab 2020 : RM18,510
Contoh 1:
Zakat Emas : RM5,000Zakat Simpanan : RM10,000Jumlah : RM15,000
Tak kena zakat sebab kurang dari Nisab

Contoh 2:
Zakat Emas (gelang, jongkong, syiling dll) : RM10,000Zakat Simpanan : RM20,000Jumlah : RM30,000
Dikenakan zakat sebab total > Nisab (RM18,510)
Zakat : 30,000 x 2.5% = RM750
Takeaway points:
1. Emas perhiasan, jongkong, pajak semua kena zakat (syarat)

2. Kalau cuma ada emas je. Kira guna kiraan basic

3. Kalau ada harta lain (simpanan,saham), ia perlu dimasukkan dalam kiraan harta keseluruhan. Bukan kira asing-asing. Itu adalah kekayaan semasa kita

4. Ingat. Amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran sangat keras dan jelas. Emas tu akan dipanaskan (cair) dan diselar ke tubuh badan yang tak bayar zakat (maksud Surah Taubah : 34-35)
5. Masa nak buat investment emas, jangan lupa kira zakat setiap tahun
"Kalau nak bayar zakat emas (yang tak terpakai) ni, kita kena ambik duit dari sumber lain atau duit dari sumber hasil jual emas tu sendiri."
SESI SOAL JAWAB (Q&A) TENTANG PEMBAYARAN ZAKAT EMAS, PELABURAN EMAS SECARA ONLINE, HUKUM EMAS BUKAN FIZIKAL

Q: ustaz 2.5% tu apa yee?
A: Itu kadar zakat yang ditetapkan dalam Al-Quran 1/40 = 2.5%. Semua jenis zakat harta dikenakan zakat 2.5% jika melebihi syarat minimum. Kecuali zakat padi  (pertanian) zakatnya sebanyak 5%.
Q: Maaf, nak tanya.. Kelantan, tiada uruf tu maksudnya tidak perlu bayar zakat emas yang di pakai ke?
A: Betul. Hanya di Kelantan bagi sesiapa yang memakai emas (tanpa had), tidak dikenakan zakat. Tetapi jika ada dalam tempoh setahun, emas-emas yang tidak dipakai, jika lebih 85 gram, wajib keluarkan 2.5% dari harga pasaran. Ia termasuk syiling, perhiasan, gold bar dan sebagainya.
Q: Alhamdulillah, seorang penyimpan emas dengan saya dah settle bayar zakat minggu lepas hari tu. Quoted balik dari dia, seronok bayar zakat tu lain macam sebenarnya.
Cuma satu soalan ustaz, bayaran zakat ni ikut alamat bermastautin atau negeri kita cari rezeki?
A: Alhamdulillah, semoga diluaskan lagi rezeki yang membayar zakat tersebut, Amiin.
Zakat Harta afdhal bayar di tempat harta tersebut berada (bermastautin). Kalau Zakat Pendapatan afdhal bayar di tempat kira perolehi pendapatan tersebut (tempat bekerja).
Q: Kalau dia penerima zakat, bantuan baitulmal setiap bulan, tetap kena zakat tak?
A: Wajib keluarkan zakat jika melepasi syarat minimum. Tak kisah sama ada mereka adalah asnaf zakat (fakir & miskin) ataupun tidak.
Q: Kalau nak bayar zakat emas (yang tak terpakai) ni, kita kena ambik duit dari sumber lain atau duit dari sumber hasil jual emas tu sendiri?
A: Takde masalah nak ambil sumber zakat tu dari mana-mana asalkan dari harta kita.
Q: Boleh jelaskan zakat emas sekiranya melabur secara atas talian??
A: Kalau boleh tuntut emas fizikal bila-bila masa, maka ia patuh syariah dah tertakluk kepada zakat. Zakatnya atas jumlah emas yang diterima tersebut.
Kalau sekadar jual-beli di platform online tanpa emas, ia tidak patuh syariah.
Q: Kalau orang kelantan, kerja luar kelantan. Kena follow mana?
A: Semua jenis zakat harta, kena kira mengikut tempat bermastautin (tempat kerja). Bukan asal kita.
Q: Kalau ada memiliki gold etf (exchange traded fund) macamana pulak eh ustaz? Dikenakan zakat juga ke walaupun tak memiliki emas secara fizikal?
A: Sebenarnya berbalik kepada basic hukum pelaburan emas, jika diniagakan menggunakan apa juga platform (online) yang ada jual-beli tetapi tidak boleh menuntut emas fizikal, maka ia TIDAK PATUH SYARIAH.
Maka tidak dikenakan zakat atas keuntungan. Zakat hanya dikira ke atas modal.
Q: Kalau yang shariah compliant punya goldetf macam tradeplus shariah gold tracker?
A: Ohh, kalau ETF Affin Hwang AM tu dia bagitau simpan physical gold di Singapore tak silap saya. Maksudnya kita boleh dapatkan emas tersebut. Kalau begitu ia patuh syariah dan tertakluk kepada zakat (nilai semasa).
Q: Bayar selepas keluarkan atau bila dah cukup nisab dalam pelaburan?
A: Bayar ketika dah cukup haul.
Kalau kita tetapkan semua zakat harta kita pada 31 Disember (haul) setiap tahun, maka semua harta kita seperti simpanan, saham, emas dan lain lain kena kira ketika itu.
Jadi harga semasa itulah kekayaan sebenar pada waktu itu layak utk dizakatkan.

Q: Nak tanya jugak. Kalau emas tu online? Contoh ade 850g emas online means die tak claim untuk simpan kat rumah. So dikira macam mana tu?

A: Kalau emas online tu confirm boleh dapat emas fizikal 100% ia patuh syariah dan kena kira macam biasa.

850 gram x harga semasa x 2.5%

Kalau emas online, sekadar atas kertas (takde emas fizikal), maka ia tidak patuh syariah.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2020/08/cara-mudah-kira-zakat-emas-pelaburan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mulakan Pelaburan Emas

Cara Mulakan Pelaburan Emas

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 376 hits
Nak mulakan pelaburan emas Anda disarankan untuk ikut kaedah buat sambil belajar Ilmu yang dipelajari tidak akan bawa hasil jika belajar tanpa praktikal Ramai yang dah belajar bagaimana nak mula melabur emas tapi akhirnya tetap tak mula mel...
Myspr Daftar Cara Daftar Mengundi Tukar Alamat Mengundi Online

Myspr Daftar Cara Daftar Mengundi Tukar Alamat Mengundi Online

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 352 hits
MySPR DAFTAR CARA DAFTAR MENGUNDI TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE Permohonan sebagai pengundi secara online di MySPR Daftar hanya boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang tidak bekerja sebagai polis atau tentera Untuk makluman pendaftara...
Cara Paling Mudah Buat Agar Agar Oreo Wajib Cuba

Cara Paling Mudah Buat Agar Agar Oreo Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 502 hits
Agar agar adalah salah satu pencuci mulut yang paling simple tapi sedap Rasanya manis dan menjadikan selera tambah terbuka untuk menikmati hidangan yang sedap ini Kadangkala lepas makan kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci...
Cara Mudah Buat Pemeriksaan Puspakom Bagi Proses Pindahmilik Kenderaan

Cara Mudah Buat Pemeriksaan Puspakom Bagi Proses Pindahmilik Kenderaan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 525 hits
Kebelakangan ini ramai yang ingin menjual kenderaan lama mereka namun ada halangan kecil untuk melakukann proses itu iaitu pihak JPj mewajibkan kenderaan tersebut di hantar untuk pemeriksaan di Puspakom sebelum pindahmilik di lakukan Pemeri...
Cara Mudah Daftar Mysejahtera

Cara Mudah Daftar Mysejahtera

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 393 hits
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID 19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian This is a content summarry Visit my website ...
Cara Terbaik Untuk Basuh Bekas Plastik Berminyak Dengan Berkesan Mudah Dan Pantas

Cara Terbaik Untuk Basuh Bekas Plastik Berminyak Dengan Berkesan Mudah Dan Pantas

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 414 hits
Lihat sahaja bekas plastik berminyak di dalam sinki mula buatkan ramai yang mengeluh Membayangkan betapa susahnya untuk menghilangkan segala kekotoran terutama minyak pastinya memeningkan kepala Kotoran minyak pada bekas plastik bukan sahaj...
Cara Kempiskan Perut Buncit Lelaki Dengan Cepat Dan Mudah

Cara Kempiskan Perut Buncit Lelaki Dengan Cepat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 480 hits
Lemak di bahagian perut mungkin antara lemak utama yang anda ingin buang Bagi lelaki lemak di bahagian perut adalah sangat biasa berlaku Perut boroi terutamanya selepas kahwin telah menyerang ramai orang lelaki khususnya di Malaysia Cara Ke...
Tips Penjagaan Tayar Kereta Cara Mudah Untuk Wanita

Tips Penjagaan Tayar Kereta Cara Mudah Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 372 hits
Penjagaan Tayar Kereta Cara Mudah Hai Salam sayang dari ciktom Ramai antara kita memiliki kereta tetapi tak ramai juga
Cara Mudah Cepat Menikmati Laksa Ikan Seekor Yang Padu

Cara Mudah Cepat Menikmati Laksa Ikan Seekor Yang Padu

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 425 hits
Laksa Hmmm sedapnya Laksa yang sedap bergantung kepada kuahnya yang pekat cukup rasa ikannya masamnya dan pedasnya Saya fikir para peminat laksa pasti setuju dengan pendapat saya ini Dalam banyak pengalaman makan laksa di luar saya takkan l...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba