E Lelong Daftar E Bidding Cara Beli Rumah Lelong Di Malaysia 2020


E-LELONG: DAFTAR E-BIDDING & CARA BELI RUMAH LELONG DI MALAYSIA 2020


APA ITU E-LELONG?
e-Lelong adalah satu sistem pertama di Malaysia yang mengendalikan lelong awam harta tak alih di Mahkamah secara atas talian mengikut masa sebenar di mana pembida boleh membuat bidaan dari mana-mana tempat tanpa perlu hadir ke Mahkamah.
KEMUDAHAN SISTEM E-LELONG
Antara kemudahan sistem e-Lelong:
Membuat bidaan secara atas talian tanpa perlu hadir ke Mahkamah memandangkan lelong awam dijalankan secara atas talian mengikut masa sebenar. Pembida boleh menyemak butiran hartanah secara terperinci dan menyeluruh. Pembida boleh membuat carian hartanah yang akan dilelong dengan lebih mudah dan meluas. Identiti pembida dan maklumat adalah dirahsiakan. Tiada campurtangan dari pihak ketiga dan sindiket. Transaksi lelong awam dijalankan dengan telus dan berintegriti. elelong, rumah lelong, mahkamah, malaysiaSistem lelong awam secara online dikenali sebagai Sistem e-Lelong mengendalikan Lelong Awam Harta Tak Alih bagi kes-kes halang tebus di Mahkamah Tinggi Malaya secara atas talian mengikut masa sebenar (real time).
Hartanah-hartanah yang akan dipaparkan untuk dilelong menerusi sistem tersebut turut melibatkan hartanah-hartanah yang dilelong oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.
Ini membolehkan para pembida membuat bidaan online tanpa perlu hadir ke Mahkamah. Identiti pembida dirahsiakan untuk memastikan tiada ketirisan maklumat dan pembida boleh membuat bidaan tanpa sebarang tekanan dan campur tangan pihak ketiga.
Ia dilaksanakan bagi kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Kuantan, Mahkamah Tinggi Temerloh, Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Taiping. Ianya akan diperluaskan ke Mahkamah Tinggi Malaya yang lain.
elelong.kehakiman.gov.my Tempat Membida Rumah Online
Portal ini ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan aktiviti lelongan awam, meningkatkan kadar kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh mahkamah serta menggantikan proses lelongan awam yang dijalankan secara manual.
Lelongan awam yang dijalankan atas talian ini hendaklah dikawal oleh Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar di Pusat Operasi e-Lelong yang ditempatkan di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang.
CARA DAFTAR E-BIDDING LELONG RUMAH
1.Daftar Akaun
Sebelum anda boleh memulakan proses bidaan rumah lelong, anda perlu mendaftar akaun di laman sesawang e-Lelong. Akaun tersebut perlu didaftarkan atas nama individu yang ingin membeli rumah lelong.
Contoh:
Sekiranya isteri ingin membeli rumah, dia tidak boleh mendaftar akaun ke atas nama dan kad pengenalan suami. Dia perlu gunakan maklumat pengenalan sendiri sebagai pembeli.
Selain itu, emel yang dimasukkan ketika mendaftar perlu tepat dan betul kerana kata laluan akan dihantar menerusi emel tersebut. Sebelum menghantar permohonan mendaftar akaun ini, anda perlu memuat naik salinan pasport/kad pengenalan. Jika anda tidak berbuat demikian, akaun anda tidak dapat disahkan atau diverifikasi.
2.Sediakan Modal Deposit 10%
Membida bukan percuma ya. Anda perlu modal minimum 10% deposit dalam bentuk bank draft untuk membida lelongan rumah. Anda buatlah bank draft dengan akaun bank anda demi memudahkan urusan pembelian kelak. Anda juga boleh mengeluarkan wang ASB  untuk dijadikan modal deposit.
Contoh: Deposit RM38,000. 10% deposit minimum = RM3800 perlu anda ada.
Jangan risau! Deposit yang dilaburkan akan dikreditkan semula ke dalam akaun bank anda sekiranya anda tidak menang bidaan itu.
Maklumat yang diperlukan ada ditulis di dalam laman web e-lelong. Anda boleh rujuk notis jualan unit sebelum membuat deposit.
3.Hantar Bank Draft ke Mahkamah Tinggi
Bank draft yang telah siap mesti dihantar ke mana-mana mahkamah tinggi berhampiran anda sehari sebelum hari lelongan dibuat. Perlu diingatkan bahawa anda tidak boleh pergi awal daripada itu.
Misalnya, lelongan akan dilangsungkan pada hari Isnin, hari Jumaat anda perlu menghantar draf tersebut.
Bank draft itu perlu dihantar bersama slip yang telah dicetak dalam laman web itu. Anda hanya perlu pilih negeri dan memilih rumah/bangunan lelong yang ingin dibeli. Klik sahaja pada butang “I am interested” atau “Saya Berminat” dan ikuti sahaja langkah yang ditunjukkan sehingga bahagian cetak slip yang melayakkan anda membida pada hari lelongan.
Baca tentang CARA TEBUS KREDIT EPENJANA RM50 EWALLET BERMULA 31 JULAI 2020
4.Tunggu Waktu Bidaan Dibuka
Anda perlu tunggu sehingga waktu bida atau lelong yang telah ditetapkan selepas selesai menghantar bank draft dan slip ke mahkamah tinggi. Anda juga disarankan untuk log masuk ke dalam akaun 5 minit lebih awal sebelum masa bidaan berlangsung. Sekiranya anda log masuk terlalu awal pula, bimbang anda akan terlog keluar sendiri nanti.
Pastikan anda menepati masa kerana sistem lelongan akan bermula tepat pada waktu yang ditetapkan.
5.Mula Sesi Bidaan
Anda boleh mulakan sesi bidaan apabila waktunya sudah tiba. Bida ikut bajet yang anda ada dan boleh. Jangan terlalu mengikut orang lain kerana anda yang perlu melunaskan bayaran pembelian nanti. Sila pastikan kelayakan pembiayaan anda melepasi syaratnya ya.
Sekiranya bidaan gagal atau tidak berjaya, jangan putus asa. Boleh cuba pada unit rumah yang lain. Anda boleh ambil semula bank draft anda pada keesokan harinya.
Untuk mereka yang berjaya, boleh terus cetak kontrak dan terus berkunjung ke cawangan LHDN berdekatan untuk buat stamping.
Perlu diingatkan bahawa anda harus mencetak lebih kurang 3 atau 4 salinan kerana anda perlu serahkan salinan kontrak tersebut kepada peguam, pinjaman bank dan simpanan sendiri. RM10 sahaja untuk stamping bagi setiap salinan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi Pusat Operasi e-Lelong di talian 09-5707063 atau e-mel ke [email protected] untuk bantuan.
The post E-LELONG: DAFTAR E-BIDDING & CARA BELI RUMAH LELONG DI MALAYSIA 2020 appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/e-lelong-daftar-e-bidding-cara-beli-rumah-lelong-di-malaysia-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Beli Rumah 2020 Proses Dari Mula Dapat Kunci Elak Ditipu

Cara Beli Rumah 2020 Proses Dari Mula Dapat Kunci Elak Ditipu

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 644 hits
Cara Beli Rumah 2020 Proses dari mula dapat kunci ELAK KENA TIPU Ditulis oleh Afiq ShamnazriGreat Casa RealtyThread ni untuk sesiapa yang nak tahu proses untuk beli rumah Lepas baca thread ni korang akan dapat idea sikit la flow beli rumah ...
Cara Daftar E Wallet Untuk Tebus Rm50 Program Epenjana Tahun 2020

Cara Daftar E Wallet Untuk Tebus Rm50 Program Epenjana Tahun 2020

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 2325 hits
Kini anda boleh mula daftar eWallet dan tebus RM50 kredit ePENJANA seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Ikuti cara tebus RM50 disini Selepas hampir sebulan menungguh hari ini Kementerian Kewangan mengumumkan tarikh penebusan ePE...
Nak Beli Rumah Pertama Tapi Tiada Deposit Ini Cara Dapatkan Insentif Rm30 000

Nak Beli Rumah Pertama Tapi Tiada Deposit Ini Cara Dapatkan Insentif Rm30 000

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 424 hits
Buat anda yang ingin memiliki rumah pertama pasti anda pernah dengar dengan skim perumahan pertama yang diperuntukkan oleh kerajaan Skim MyDeposit ini membolehkan anda mendapat insentif sebanyak RM30 000 untuk membuat deposit rumah pertama ...
Cara Mudah Daftar Wahed Invest Malaysia

Cara Mudah Daftar Wahed Invest Malaysia

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 514 hits
Setelah mendapat jawapan ke persoalan Berbaloi ke Tidak Melabur di Wahed Invest dan yakin dengan pelaburan patut syariah ini anda bolehlah mendaftar dan mula membuat
Rumah Impian Bangsa Johor Ysi 2020 Cara Permohonan Pendaftaran

Rumah Impian Bangsa Johor Ysi 2020 Cara Permohonan Pendaftaran

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 1367 hits
RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR YSI 2020 CARA PERMOHONAN PENDAFTARAN APA ITU RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR YSI Rakyat di negeri Johor boleh merebut peluang mendapatkan rumah impian masing masing dengan membuat permohonan pendaftaran skim perumahan ma...
Cara Tuntut Gantirugi Pemaju Lewat Serah Milikan Kosong Dan Kecacatan Rumah Baru

Cara Tuntut Gantirugi Pemaju Lewat Serah Milikan Kosong Dan Kecacatan Rumah Baru

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 801 hits
CARA TUNTUT GANTIRUGI PEMAJU LEWAT SERAH MILIKAN KOSONG ATAU KECACATAN RUMAH BARU Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Lately susah sangat curi masa tulis post dalam blog Idea banyak sampai tak tahu nak cerita...
Cara Pembayaran Bsh 2020

Cara Pembayaran Bsh 2020

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 412 hits
CARA PEMBAYARAN BSH 2020 Kepada yang telah membuat permohonan dan hanya menunggu duit yang akan dimasukkan oleh kerajaan bagaimana CARA PEMBAYARAN BSH 2020 CARA PEMBAYARAN BSH 2020 Cara pembayaran BSH 2020 terbahagi kepada dua iaitu pengkre...
Cara Membuat Keripik Malaysia Lezat Dan Lengkap

Cara Membuat Keripik Malaysia Lezat Dan Lengkap

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 363 hits
Bahan bahan membuat kue keripik malaysia1 Kilo tepung terigu200 gram margarine300 Ml santanBhan yang di haluskan adalah4 Siung bawang putih di haluskan2 Sendok teh garam halusSedangkan bahan yang untuk di taburkan300 Gram tepung maizena200 ...
Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah

Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 467 hits
Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah Salam semua dah lama teringin nak buat homemade aiskrim Kenangan zaman kanak kanak banyak makan dengan aiskrim potong kacang merah Sebut aiskrim potong ni tak pasti dulu dulu yang zaman...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt