Myspp Online Daftar Login Mohon Jawatan Kosong Terkini 2022


HEBAHAN IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41 DAN DH29 TAHUN 2022 DI PORTAL MYSPP
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka permohonan jawatan tetap bagi tahun 2022!
Calon yang berminat boleh membaca syarat kelayakan, mendaftar, memohon dan mengemaskini permohonan secara atas talian melalui Portal SPP.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan jawatan yang ditawarkan:
Maklumat lanjut mengenai skim DH41 & DH29 boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang berikut:
https://www.spp.gov.my/ms/orang-awam/maklumat-jawatan/bukan-guru Baca juga: Tema Hari Guru 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
Cara Permohonan Permohonan atau pengemaskinian hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal https://myspp.spp.gov.my/myspp/ dan tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Julai 2022 (Ahad).
Pemohon yang belum berdaftar dengan SPP perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat. 
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang caa pendaftaran dan kemaskini maklumat di portal MySPP untuk makluman bakal pemohon.
Apakah MySPP? Untuk makluman para pencari kerja, mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :
Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.
NOTA:
Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya berkaitan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pekerjaan atau pelantikan adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh dua (2) tahun atau denda dua ribu Ringgit Malaysia (RM2,000) atau kedua-duanya sekali.
Cara Daftar mySPP Untuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), sila ikuti langkah berikut:
1. Pergi Ke Laman Web Rasmi SPP
Sila pergi ke laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp
Anda akan dibawa ke halaman berikut.
2. Daftar Akaun Baharu
Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’
3. Isi Maklumat
Pastikan semua medan bertanda * diisi.
Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.
4. Log Masuk
Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.
Baca juga : Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini
Setelah anda mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda perlu membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.
Jadi, kena sentiasa alert jika ada sebarang pengumuman / hebahan jawatan ya!
Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan mySPP Online Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP.
Pemohon dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Rujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.
Langkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti berikut:
Log Masuk Portal mySPPKlik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan.Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan. MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA MYSPP
Panduan lanjut, sila rujuk manual pengguna mySPP berikut:
manualPengguna-mySPPDownload Cara Membuat Semakan Status Permohonan Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan” di pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php
Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.
Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang DitetapkanOleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian. *Dalam perkara ini, SPP menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Baca juga : Daftar Penjana Kerjaya (Program Insentif Pengambilan Pekerja) MyFutureJobs PERKESO
Soalan Lazim SILA RUJUK SOALAN LAZIM (FAQ) MYSPP BERIKUT:
faq-mySPPDownload 1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?
– Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:
– Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19;
– Penyelia Asrama Gred N19;
– Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;
– Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;
– Pembantu Makmal Gred C19;
– Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;
– Pembantu Operasi Gred N11; dan
– Pemandu Kenderaan Gred H11
2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut? Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my
3. Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan? SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.

SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP. 
Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.
4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia? Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.
Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.
Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
5. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP? Ya.
Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.
Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya.
Maklumat Lanjut Bagi pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi
Talian Hotline mySPP : 03-8893 4019 / 4020 / 4021 / 4022Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) sila isikan maklumbalas di SINI. Alamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/myspp-online/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=myspp-online

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Foodpanda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan Rm2 600

Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Foodpanda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan Rm2 600

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 298 hits
PelbagaiJawatan Kosong Terkini Food Panda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan RM2 600 Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Minggua...
Jawatan Kosong Jpnin Gaji Rm1 493 Rm5 672 Mohon Sebelum 29 Jun 2022

Jawatan Kosong Jpnin Gaji Rm1 493 Rm5 672 Mohon Sebelum 29 Jun 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 170 hits
Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah Mingguan Kerja hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonanSegala pe...
Kementerian Pertahanan Buka 330 Kekosongan Jawatan Julai 2022 Gaji Sehingga Rm4 003 00

Kementerian Pertahanan Buka 330 Kekosongan Jawatan Julai 2022 Gaji Sehingga Rm4 003 00

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 235 hits
Kementerian Pertahanan Buka 330 Kekosongan Jawatan Julai 2022 GAJI Sehingga RM4 003 00 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman ...
Portal Simpeni Login Semakan Pendaftaran Calon Upkk 2022

Portal Simpeni Login Semakan Pendaftaran Calon Upkk 2022

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 456 hits
Sukacita dimaklumkan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2022 akan berlangsung mulai Mei hingga November 2022 Maklumat berkaitan serta pengurusan pelaksanaan penilaian dan ujian telah dimuatnaik di Portal SIMPENI JAKIM Berikut dikongsikan info penti...
Cair Juli 2022 Ini Daftar Penerima Dan Besaran Gaji Ke 13

Cair Juli 2022 Ini Daftar Penerima Dan Besaran Gaji Ke 13

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 177 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan lebih dari 8 juta PNS dan pensiunan akan mendapatkan gaji ke 13 Rinciannya aparatur negara pusat sebanyak 1 79 juta orang aparatur negara daerah sebanyak 3 65 juta orang dan pensiunan sebany...
Senarai Frekuensi Radio Terkini Boleh Dengar Secara Online

Senarai Frekuensi Radio Terkini Boleh Dengar Secara Online

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 330 hits
Senarai Frekuensi Radio Laman Web dan Online Live Streaming Stesen stesen Radio terkemuka di Malaysia terkini seperti Era fm HotFM BuletinFM dan banyak lagi 1 Era Muzik Hit TerkiniWeb Dengar Online Frekuensi Radio Era FMLembah Klang Kuala L...
Semakan Tawaran Tingkatan 6 Online 2022 Rayuan

Semakan Tawaran Tingkatan 6 Online 2022 Rayuan

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 298 hits
Perhatian bagi ibu bapa dan pelajar yang terlibat semakan tawaran Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia akan diumumkan Pendaftaran kemasukan murid Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2022 dibuka pada 5 hingga 15 Jula...
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Gaji Rm1 353 Rm9 585 Minima Spm Layak Memohon

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Gaji Rm1 353 Rm9 585 Minima Spm Layak Memohon

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 208 hits
Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah Mingguan Kerja hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonanSegala pe...
Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur Rm300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022

Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur Rm300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 215 hits
Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022 Untuk makluman semua pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaa...
Detik Detik Terakhir Laken Riley Sebelum Mati Dibunuh

Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Drama Curang Tanpa Niat

The Frugal Traveler Remembers Arthur Frommer The Guy Who Inspired Travelers To Just Do It

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

Rama Eru Feat Charly Van Houten Memeluk Angin Chord

10 Negara Terkecil Di Dunia Saiz Geografi Dan Latar Belakang

4 Ways Android Has Made Switching Even Better


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Pg Slot Top 25 By Ingeborg Pgslot Golf Pg Pg Pg Slot 16 67

Kedah Satu Malam Di The Jerai Hill Resort

Foto Alam 20 November 2024

Healing Main Game Online

Pemenang Dalam Cabaran Lambassador Inovasi Lamb Australia Untuk Ramadan Dan Hari Raya