Semakan Tawaran Tingkatan 6 Online 2022 Rayuan
Perhatian bagi ibu bapa dan pelajar yang terlibat, semakan tawaran Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia akan diumumkan.
Pendaftaran kemasukan murid Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2022 dibuka pada 5 hingga 15 Julai 2021.
Semakan tawaran Tingkatan 6 ini boleh disemak dengan 2 cara iaitu secara online atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ikuti langkah berikut bagi membuat semakan tawaran Tingkatan 6 selengkapnya.
1. Cara Membuat Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara Online Melalui Laman Web KPM
Layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia di https://sst6.moe.gov.my/Isikan nombor kad pengenalan Klik butang semakanKeputusan anda akan dipaparkanCetak keputusan untuk digunakan semasa melapor diri
2. Cara Membuat Semakan Tawaran Tingkatan 6 Melalui SMS
Untuk membuat semakan tawaran Tingkatan 6 melalui SMS, sila taipkan maklumat berikut:
MOE<jarak>T6<jarak>ANGKA GILIRAN
SMSkan maklumat tersebut ke 15888
*Contoh penghantaran mesej : MOE T6 AAA11A123
Jika tak ingat nombor giliran, anda boleh taipkan nombor kad pengenalan seperti berikut:
MOE<jarak>T6<jarak> NO KAD PENGENALAN
SMSkan maklumat tersebut ke 15888
*Contoh penghantaran mesej : MOE T6 771107237727
Maklumat Lapor Diri
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.
Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2020, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2020.
Baca juga : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User
Cara Membuat Permohonan Rayuan Ke Tingkatan 6 Tahun 2022
Calon Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik
yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020
boleh membuat rayuan secara dalam talian di portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (https://sst6.moe.gov.my/) pada tarikh yang akan diumumkan.
Calon boleh membuat rayuan melalui langkah ini:
Cetak borang rayuan tawaran Tingkatan 6 yang berkenaan melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/upload_file/S3_S3_BORANG%20DAN%20PANDUAN%20MENGISI%20BORANG%20(UNTUK%20KES%20RAYUAN)%202020.pdf.pdfSemak senarai dokumen yang diperlukan.Hantar borang yang telah diisi bersama dokumen yang telah disahkan.Semakan keputusan rayuan boleh dibuat menerusi portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (https://sst6.moe.gov.my/) bermula pada tarikh yang diumumkan.
Cara Membuat Pertukaran Bidang
Setelah membuat semakan tawaran Tingkatan 6 dan berjaya, murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2022 boleh melakukan langkah berikut:
Calon yang layak dikehendaki untuk mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, calon perlu melengkapkan Borang PermohonanRayuan Tukar Bidang Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun daripada portal https://sst6.moe.gov.my/. Selepas lengkap diisi, semua borang mesti mendapat pengesahan pengetua sekolah yang asal. Alasan yang diberikan untuk bertukar bidang perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke JPN/PPDmelalui sekolah masing-masing. Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut: Keputusan Peperiksaan SPM 2019; Inventori Minat Kerjaya; dan Dokumen yang berkaitan.
Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah
tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam.
*Muat turun dan cetak Borang T6BRTJ di SINI.
Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat belajar.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh JPN kepada semua calon melalui Pusat Tingkatan Enam masing-masing.
Baca juga : Login APDM KPM: Manual Aplikasi Pangkalan Data Murid Online
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/
Alamat BPSH & No Telefon :
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8884 9370
No. Fax : 03-8888 6671
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/semakan-tawaran-tingkatan-6/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakan-tawaran-tingkatan-6