Myra S Homebuying Hub Membantu Membeli Rumah Secara Mudah Dan Efektif


Hi Korang,
Kak lily masih ingat dulu masa mula-mula nak beli rumah. 
Seriously zero knowledge at all, dengan tak de langsung tak de rujukan even internet pun tak semudah sekarang ini. Hanya yang kak lily mampu buat menapak dari satu sales gallery ke sales gallery yang lain, itulah kerja kitaorang setiap minggu untuk survey kawasan rumah sampai ke showroom rumah yang ktorang duduk sekarang ini. 
Memang tak idea sungguh, nasib baiklah sales personel tuh tunjukkan langkah satu per satu untuk dapatkan rumah pertama ktorang ni. Senantiasa berhubung dengan beliau sampai ktorang berjaya berpindah masuk 12 tahun yang lepas. 
Ermm what a journey, dengan kena belajar mengenai S&P lagi phewww.. 
Macam sekarang mungkin Google banyak membantu dalam mendapatkan informasi mengenai pengurusan hartanah tetapi secara khususnya belum ada lagi badan-badan ataupun agensi yang mengendalikan hal-hal hartanah seperti pembelian rumah ini, ye betul agen hartanah memang ada tapi macam kak lily yang bagitau tadi hanya secara am dan tidak secara khusus. 
Itu dulu tapi tidak sekarang ini.. 
Baru-baru ini, salah satu pemaju hartanah iaitu Myra memperkenalkan aplikasi web tempahan rumah mereka Myra's Homebuying Hub menerusi laman web mereka dengan menyediakan proses 4 langkah mudah untuk memudahkan perjalanan membeli rumah untuk pembeli rumah pertama kali. 
Aplikasi ini mempermudahkan lagi keseluruhan proses pembelian kerana terdapat contoh dokumen yang perlu dihantar serta maklumat lain yang disediakan untuk membimbing korang dalam proses pembelian bersama dengan kalkulator dalam talian untuk menyelesaikan pinjaman bank bulanan ansuran pembayaran balik. Pembeli dengan mudah dapat memuat naik dokumen ke ruangan peribadi mereka ke profil mereka di aplikasi. Myra kemudian dapat menyemak dokumen seterusnya sehingga ke penyerahan dokumen. 
Aplikasi ini juga berfungsi sebagai portal untuk mengemas kini pembeli pada tempahan mereka. 
Myra's 4 Step Approach 
Myra's 4 Step Approach diperkenalkan bagi membantu pembeli dari segi pengetahuan sekaligus memberi pemahaman tentang prosedur serta proses mendapat pemilikan dan pembelian hartanah. 

1.Menerima perkongsian informasi pra-pembelian sebelum keputusan pemilihan hartanah dibuat. Contoh dokumen yang perlu diserahkan dan sebagainya. 
2.Dijelaskan tentang kebolehan kewangan dan bayaran pinjaman mengikut kesesuaian serta kelayakan. 
3.Mendapat nasihat tentang perjanjian secara sah (legal) dan menandatangani kontrak. 
4. Diberitahu perkara yang apa perlu dilakukan setelah permohonan pembeli berjaya. 

Myra menyasarkan aplikasi ini amat sesuai bagi mereka yang ingin membeli rumah pertama kerana mereka-mereka ini tidak mempunyai langsung pengalaman dalam mengendalikan urusan pembelian hartanah pertama mereka. 
Wendy Lim, Pengurus Besar Myra mengatakan, “We started with what we could with the website, a simplified fun 4-step journey that summarizes the entire homeownership journey into layman terms. After receiving positive responses, we began to think more about how we could improve the entire experience for a young homebuyer.” 

Penyelesaian secara digital dengan Myra's Homebuying Hub 
Akibat daripada kekurangan kemudahan dan kurangnya ilmu pengetahuan maka Myra's Homebuying Hub dibangunkan untuk menyelesaikan dua masalah utama ini iaitu : 
Pertama pelanggan Myra dapat memperoleh pengalaman terbaik dan paling lancar. 
Keduamaklumat di aplikasi menutup jurang pengetahuan melalui pendidikan dan kesedaran. 
Info Menarik Mengenai Myra's Homebuying Hub 
1. Salinan digital dokumen Tersimpan Rapi 

Para pembeli rumah Myra dan bakal pembeli rumah akan mempunyai salinan digital semua dokumen yang diperlukan yang dapat mereka rujuk atau muat turun untuk penggunaan dan rujukan masa depan mereka, walaupun mereka tidak meneruskan tempahan dengan Myra semasa atau mempertimbangkan semula pembelian rumah lain pada masa akan datang. 
2. Pemerikaan Debt Service Ratio (DSR) Tersedia 


Pembeli rumah perlu mengira ansuran, pembayaran balik semasa, kadar faedah dan pemeriksaan Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) tanpa bersusah payah. Pada kebiasaannya, proses ini dilakukan secara manual dan ditulis di atas sehelai kertas, yang mana ianya menyusahkan pembeli rumah sekiranya mereka kehilangannya dan tidak dapat mengingat kembali pengiraan penting ini. 

Di sertakan juga aplikasi tambahan seperti kalkulator ansuran secara online, penilaian pengiraan DSR, panduan penyerahan dokumen dan petua tambahan untuk pembeli rumah, Myra memastikan pengalaman membeli rumah mereka lancar dan mendidik bagi pemilik rumah mereka. 
3. Menjimatkan masa untuk mendapatkan dokumen 

Terdahulu pengumpulan dokumen untuk tujuan permohonan pinjaman juga merupakan proses manual yang rasanya tidak begitu efisien untuk semua pihak yang terlibat. Selalunya para pembeli harus ke pejabat pemaju untuk menyediakan dokumen seperti penyata KWSP, borang EA, cukai pendapatan dan banyak lagi, dan akan mudah rasa terbeban kerana kekanan masa yang senantiasa sibuk. 
4. Pengeluaran resit rasmi secara digital 
Kini, Myra dapat melancarkan segalanya secara digital serta mengeluarkan resit rasmi setelah pembayaran. Pembeli rumah, sebaliknya, akan menikmati kemudahan rujukan untuk sebarang dokumen yang mereka perlukan untuk menyelesaikan tempahan, dan pada masa yang sama, mendapat bantuan dari Myra sepanjang perjalanan untuk memiliki rumah mereka. 
Bagaimana, mudah kan?? 

Sekiranya korang masih tercari-cari rumah idaman yang menambat hati korang, kak lily syorkan korang untuk melayari laman web Myra ini kerana mereka juga sedang rancak menyediakan beberapa lokasi kawasan perumahan baru yang mungkin bakal membuatkan korang termimpi-mimpi untuk mendapatkannya. 
Untuk pengetahuan korang, sehingga kini di bawah laman web Myra terdapat 8 projek dan akan bertambah lagi pada masa akan datang. 

Myra Alam di Puncak Alam 

Myra Garden di Kundang 
Myra's Homebuying Hub telah dilancarkan pada Januari 2021 bagi tujuan mengumpul, menyimpan dan mengendalikan peribadi maklumat individu mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") dan turut memperolehi Sijil SSL bagi tujuan memastikan keselamatan privasi setiap pengguna aplikasi. 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 
Laman web :www.myra.com.my
Facebook Page:https://www.facebook.com/askmyra
Instagram Link :https://www.instagram.com/_askmyra/





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/01/myras-homebuying-hub-membantu-membeli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proses Pembelian Rumah Lebih Mudah Dengan Myra S Home Buying Hub

Proses Pembelian Rumah Lebih Mudah Dengan Myra S Home Buying Hub

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 403 hits
Proses Pembelian Rumah Lebih Mudah Dengan Myra s Home Buying Hub Nak buat pembelian rumah pertama tapi tak tahu macam mana Artikel ini mungkin dapat membantu korang untuk mendapatkan rumah dengan lebih mudah dan cepat Proses membeli rumah k...
Risau Badan Naik Masa Pkp Jom Buat 7 Senaman Mudah Ini Di Rumah Untuk Kekal Fit

Risau Badan Naik Masa Pkp Jom Buat 7 Senaman Mudah Ini Di Rumah Untuk Kekal Fit

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 494 hits
Lebih lebih lagi bila Perintah Kawalan Pergerakan baru saja diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu Sudah pasti kita tidak dapat melakukan aktiviti beriadah di luar gara gara prosedur operasi standard SOP
Bekerja Dari Rumah Buat Badan Mudah Letih

Bekerja Dari Rumah Buat Badan Mudah Letih

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 301 hits
Masuk tahun nie dah lebih 5 tahun sis bekerja dari rumah Walaupun bekerja dari rumah mempunyai waktu yang lebih fleksibal cabarannya tetap ada Macam sis cakaplah sis cukup alergik kalau ada yang cakap Ala ko senanglah bekerja dari rumah Tak...
Masak Sambal Guna Breadmaker Mudah Dan Sangat Membantu Anda Yang Sibuk

Masak Sambal Guna Breadmaker Mudah Dan Sangat Membantu Anda Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 1007 hits
Bukan sekadar membuat dan membakar roti MUGEN BREADMAKER V2 juga berfungsi untuk memasak makanan goreng seperti memasak sambal petai ikan bilis dan sebagainya Dengan menggunakan fungsi Stir Fry anda juga boleh memasak sambal petai seperti y...
Pembasmi Kuman Germ Killer Cara Nad Membasmi Kuman Di Dalam Rumah Dengan Mudah

Pembasmi Kuman Germ Killer Cara Nad Membasmi Kuman Di Dalam Rumah Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 346 hits
hai assalammualaikum Pembasmi Kuman Germ Killer Cara Nad Membas Kuman Di Dalam Rumah Dengan Mudah Bila tengok angka covid meningkat sampai 4 ribu memang menakutkan wei Risau Mestilah risau gila Dahla virus ni tak nampak entah mana dia datan...
Tips Berkemas Cara Mudah Dan Efektif

Tips Berkemas Cara Mudah Dan Efektif

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 330 hits
Tip yang boleh dicuba oleh mereka yang mahu mencari jalan lebih singkat mudah dan efektif dalam memastikan rumah mereka sentiasa bersih dan tersusun 1 Selalu berlaku apabila kita mengangkat sampah untuk dibuang terdapat koyakan kecil yang m...
5 Tip Mudah Memastikan Lantai Rumah Bersih Bersinar Sinar

5 Tip Mudah Memastikan Lantai Rumah Bersih Bersinar Sinar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 355 hits
5 TIP MUDAH MEMASTIKAN LANTAI RUMAH BERSIH BERSINAR SINAR Musim musim wabak pandemik sedang berleluasa ni kita perlulah sentiasa alert dengan kebersihan rumah kita termasuklah memastikan lantai rumah bersih Namun cikla akui dalam banyak ban...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Kemenangan Mahkamah Dan Kejayaan Perubatan Qualcomm Lilly Menyumbang Kepada Sesi Positif Ketiga Wall Street

Singgah Muar Pekena Mee Bandung Dan Sate

Soodap Fish N Chip Dublin Sg Tangkas Kajang