Bekerja Dari Rumah Buat Badan Mudah Letih




Masuk tahun nie dah lebih 5 tahun sis bekerja dari rumah.Walaupun bekerja dari rumah mempunyai waktu yang lebih fleksibal, cabarannya tetap ada

Macam sis cakaplah, sis cukup alergik kalau ada yang cakap, “Ala ko senanglah bekerja dari rumah.Tak payah nak susah-susah meredah jem, tak payah nak fikir itu ini.”. 
Hellooooo…. Ingat bekerja dari rumah boleh duduk goyang kaki wey. Duit boleh datang bergolek-golek atas riba macam tu jer tanpa usaha.Banyak menda nak dibuatnya, lagi-lagi kalau dah beranak pinak.

Mudah-mudahan, yang mana dah rasa terpaksa bekerja dari rumah time covid-19, sedikit sebanyak dapat belajar untuk memahami cabaran-cabaran insan-insan terpilih yang harus bekerja dari rumah demi kelangsungan hidup. Mulut jangan sedap-sedap jer nak cakap lagu tu ok!

Okaylah, kita tutup cerita si mulut-mulut puaka tu. Apa yang sis nak share kali ni cerita tentang punca atau penyebab badan lebih mudah rasa letih bila bekerja dari rumah.

Semua ini sis alami sendiri dan alahai… lemaunya sampai otak pun rasa macam tak function jer nak buat kerja.

Berikut antara sebab bekerja dari rumah yang dikenalpasti membuat badan rasa letih atau lemah:


1. Stress

Lagi sis rasa stress lagilah rasa badan nie rasa lemah semacam. Nak buat apa kerja pun rasa macam tak bersemangat jer.Lagi-lagi kalau dah bekerja dari rumah sampai berkulat ha.. hahaha… Tu yang buat rasa lagi stress.

Mungkin sebab itulah, sis suka pergi mana-mana event ataupun keluar lepak-lepak walaupun sekejap.
Tak pun, buat aktiviti yang sis senangi. Macam masak-masak, berkebun ataupun bershopping. Hehehe…



2. Jadual Pemakanan Yang Tak Betul

Sis percaya, ramai yang bekerja dari rumah mengalami situasi yang sama dengan sis iaitu badan cepat rasa letih. Sis nie kalau dah sibuk, soal makan memang sis tolak tepi. Kadang-kadang disebabkan terlalu penat, sampai tak lalu nak makan.Kalau makan pun, ada masanya makan makanan yang tinggi lemak serta gula hahaha… Sedangkan perbuatan tersebutlah yang mengundang badan rasa lebih letih ketika bekerja dari rumah

Mengatur jadual pemakanan yang betul serta bernutrisi sangat penting. Kita juga perlu makan sayur-sayuran,buah-buahan, ambil vitamin dan mineral bagi mendapatkan energi serta badan yang sihat. So, marilah kita bersama-sama mengamalkan pemakanan yang tepat dan sihat




3. Masalah Hormon

Apa yang sis perasan la semakin meningkatnya umur nie, semakin cepat rasa letihnya. Dulu masa setahun dua bekerja dari rumah, lemaunya tak macam sekarang nie. Makin menjadi-jadi pulak. Hahahaa… penangan usia yang semakin kertu!

Kadar hormone yang tidak seimbang seperti hormone tirod, testosterone, estrogen dan progesterone dikatakan boleh menyebabkan badan terasa cepat letih ketika bekerja dari rumah.

Lagi satu, bagi wanita yang sudah berusia macam sis kan… tanda-tanda menopause (macam berpeluh pada malam hari) juga boleh menyebabkan badan terasa letih di keesokkan harinya




4. Kurang Bersenam

Bab kurang bersenam sewaktu bekerja dari rumah nie kerap terjadi.Sis sendirilah kan kalau kurang bergerak, kurang bersenam atau kurang melakukan aktiviti fizikal, alahai badan pun boleh terasa lemau.

Sis rasa ramai juga yang tak tahu, situasi tersebut sebenarnya boleh menurunkan sistem cardiovascular dan membuatkan kita cepat rasa letih.

Jadi, walaupun kita bekerja dari rumah kita tetap perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain menjaga pemakananan yang betul, bijak mengurus emosi dan emosi, kita perlu juga bersenam bagi mendapatkan tubuh yang lebih sihat dan bertenaga.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan manfaat buat korang yang bekerja dari rumah. Jangan sesekali patah semangat dan buatlah kerja dengan penuh rasa cinta dan keikhlasan hati.

Insya-Allah, pasti ada kebaikan yang menanti kita.

Sekian dulu. Tataaa!

Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2021/01/bekerja-dari-rumah-buat-badan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risau Badan Naik Masa Pkp Jom Buat 7 Senaman Mudah Ini Di Rumah Untuk Kekal Fit

Risau Badan Naik Masa Pkp Jom Buat 7 Senaman Mudah Ini Di Rumah Untuk Kekal Fit

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 486 hits
Lebih lebih lagi bila Perintah Kawalan Pergerakan baru saja diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu Sudah pasti kita tidak dapat melakukan aktiviti beriadah di luar gara gara prosedur operasi standard SOP
Gerakan Yoga Untuk Pemula Yang Bisa Kamu Praktikan Di Rumah Mudah Dan Bikin Sehat

Gerakan Yoga Untuk Pemula Yang Bisa Kamu Praktikan Di Rumah Mudah Dan Bikin Sehat

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 224 hits
Sekarang kita bisa olahraga dengan efektif di rumah dan tetap sehat saat masa pandemi
5 Cara Menanam Cabe Rawit Di Rumah Alatnya Mudah Ditemukan Hasil Panen Pun Bisa Melimpah

5 Cara Menanam Cabe Rawit Di Rumah Alatnya Mudah Ditemukan Hasil Panen Pun Bisa Melimpah

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 232 hits
Daripada mengeluhkan harga cabai yang mahal bagaimana kalau budidaya sendiri di rumah Pakai botol plastik juga bisa
Hiburan Ingin Kembali Aktif Dalam Dunia Seni Keith Foo Buang Semua Tatu Di Badan Sakit Memang Sakit

Hiburan Ingin Kembali Aktif Dalam Dunia Seni Keith Foo Buang Semua Tatu Di Badan Sakit Memang Sakit

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 427 hits
Pelakon Keith Foo memberitahu bahawa dia ingin kembali aktif dalam dunia seni dan telah mengambil keputusan untuk membuang kesemua tatu di badan yang dicacah sebelum ini Sumber Instagram Keith Foo Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin d...
Menyusu Bayi Boleh Buat Mama Kurus Tapi Kalau Silap Cara Makin Bertambah Berat Badan

Menyusu Bayi Boleh Buat Mama Kurus Tapi Kalau Silap Cara Makin Bertambah Berat Badan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 286 hits
Penyusuan susu ibu adalah peringkat yang sangat penting untuk bayi anda jadi anda harus makan makanan yang sihat dan berkhasiat Dengan disiplin dan amalan pemakanan yang betul anda boleh mengurangkan berat badan anda Malah pemakanan yang si...
Kesan Calar Lebam Di Badan Budak Maut Disyaki Didera Pengasuh

Kesan Calar Lebam Di Badan Budak Maut Disyaki Didera Pengasuh

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 211 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun maut disyaki didera oleh penagsuhnya di sebuah kondominium di Jalan Ipoh Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata pada jam 2 45 petang Ahad 3 Januari 2021 pihaknya men...
Hamzah Zainuddin Perikatan Nasional Lantik 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

Hamzah Zainuddin Perikatan Nasional Lantik 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Seramai 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional hari ini dilantik termasuklah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi BPN Johor Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan ...
Menangani Masalah Angin Dalam Badan

Menangani Masalah Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 288 hits
MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman Perut senak atau kembung kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan s...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda