Pembasmi Kuman Germ Killer Cara Nad Membasmi Kuman Di Dalam Rumah Dengan Mudah


hai assalammualaikum  Pembasmi Kuman Germ Killer: Cara Nad Membas Kuman Di Dalam Rumah Dengan Mudah - Bila tengok angka covid meningkat sampai 4 ribu,memang menakutkan wei!! Risau? Mestilah risau gila. Dahla virus ni tak nampak, entah mana dia datang, entah mana dia dah tersebar. Walaupun kita dah duduk dalam rumah, belum tentu akan selamat dari virus covid ni. Sebab tu kena selalu bersihkan rumah, pastikan rumah bersih dan guna pembasmi kuman untuk elakkan virus dan bakteria dalam rumah ni. 

Nad bukan setakat jaga diri sendiri dan keluarga, malah nad kongsi benda ni sebab #kitajagakita. Korang kene ada rangkaian produk pembasmi kuman Germ Killer ni dekat rumah. Salah satu cara untuk membasmi kuman dalam rumah dengan mudah
Pembasmi Kuman Germ KillerMemang banyak produk pembasmi kuman di luar sana, tapi nad memilih untuk menggunakan produk rangkaian Germ Killer Malaysia ni sebab setiap produk GK-GermKiller® mempunyai formula berasaskan air eksklusif yang memenuhi penggunaan khusus. Formulasi ini sangat selamat di semua permukaan dan tidak membahayakan pengguna. Sangat selamat untuk seisi keluarga
 

GK-GermKiller®  menggunakan campuran sebatian amonium kuarter (QUATS) sebagai bahan aktif utamanya. QUATS adalah agen kuman yang cepat bertindak dan tidak beracun kepada manusia atau haiwan.    
Paling tiga produk rangkaian Germ Killer ni sudah lulus testing untuk membunuh 99.9% virus SARS-COV-2 ( sumber www.einpresswire.com ) . Nampak tak badge tu. So tanpa was-was dan yakin dapat gunakan produk Germ Killer ni. Produk Germ Killer juga telah disyorkan oleh Singapore NEA sebagai pembasmi kuman rumah yang berkesan bakteria dan kuman.  Disebabkan sekarang waktu PKP, dan kita banyak menghabiskan masa di rumah. Jadi, nad kena pastikan rumah sentiasa bersih. Disebabkan risau, nad bukan pakai satu produk je, nad ambil 4 produk terus yang sesuai digunakan untuk semua permukaan rumah dan isi rumah iaitu GK Hand Sanitiser, GK Concentrate, GK Surface dan GK Air.

GK Hand Sanitiser
 Semestinya benda pertama yang akan dipandang ialah hand sanitizer ni. Semua tau kan hand sanitiser benda yang sangat penting sekarang. Pergi mana-mana mesti kena bawa hand sanitiser ni. Tangan tempat kita menyentuh semua tempat. Jadi tangan ni anggota penting untuk dijaga dan dibersihkan. 

Memang banyak hand sanitiser dekat luar tu, tapi ada tu tak sesuai dengan tangan kita. Ada hand sanitiser yang sebabkan tangan kering dan mengelupas bila pakai terlalu kerap. Berbeza dengan hand sanitiser Germ Killer ni. 

GK Hand Sanitiser bebas alkohol. Berkesan dan mudah untuk membunuh 99 99% bakteria di tangan. Formulasi bebas alkohol, tidak kering dan sesuai pada kulit sensitif, pada baby dan pets, memang selamat untuk digunakan. Walaupun takde alcohol, tapi dia guna bahan aktif benzalkonium chloride (QUATS) dan sangat berkesan apabila digunakan. Bau dia pun wangi je macam bau bedak baby..hehe. Anak-anak pun suka.
GK Hand Sanitiser ada lock dia dekat bahagian tengah. Jadi, kalau nak gunakan boleh tolak untuk buka lock tu, bila taknak gunakan tolak semula untuk unlock. Selamat kan. Sekarang, kerap guna adalah suami, sebab dia keluar masuk rumah beli barang. Kitaorang pun kadang pakai bila rasa perlu.
GK Concentrate
 Hah!!, yang ni paling nad suka. Senang sangat nak sanitiser baju, pinggan mangkuk, mainan anak, lantai dan macam-macam lagi. Senang sangat membasmi kuman dalam rumah ni dengan GK Concentrate. Ia boleh digunakan di semua permukaan, supaya sentiasa bersih. GK Concentrate telah diperakui NSF (National Sanitisation Foundation) dan merupakan produk Singapore Green Label. GK Concentrate ™  adalah disinfeksi berasaskan air premium dengan tindakan bakteria spektrum luas yang membunuh sehingga 99,99999% kuman. Sangat berkesan dalam perlindungan 24 jam.

 Bila tengok lantai ni, 24 jam la kita pijak, dan anak-anak pun main dan baring kat lantai. Memang setiap masa nad vakum dan sapu, tapi tu tak memadai dah bersih ye. Jadi, nad gunakan GK Concentrate untuk pembersihan lantai dengan menghapuskan bakteria dan kuman sekali. Nad masukkan 60ml dalam air dan mop macam biasa.

Bukan tu je, mainan anak pun nak sanitiser. 

 Baju suami pun nad rendam. Yela, dia paling kerap keluar masuk rumah cari barang. Bila dia balik je, terus nad suruh buka baju dia dan masukkan dalam besen. Bagi sanitiser dulu baju dengan rendam dalam air dan masukkan 60ml GK Concentrate dalam rendaman baju tu. Nak guna dekat mesin basuh pun boleh. 
GK Concentrate juga sangat berkesan dengan high dilution rate 1:80 ( 1ml GK Concentrate campur 80ml air ) untuk soaking  dan ia berkesan untuk membunuh virus dan bakteria. Kalau sekadar nak cuci tanpa soaking macam lantai, tandas, tingkap atau apa-apa boleh guna rate 1:40, 1:20 atau 60ml GK Concentrate.
  
Banyak kegunaan GK Concentrate ni sebenarnya. Boleh digunakan dekat tandas, dijadikan sabun basuh pinggan. Hah!!, macam-macam la. Bagus kan!! 
Paling best ia bukan sahaja membersihkan dan membasmi kuman semua permukaan, malah meninggalkan wangian yang menyegarkan. Ia tidak merengsakan kulit, menjadikannya selamat untuk penggunaan harian.
GK Surface

GK Surface ™ mengandungi formula pelbagai tindakan yang membersihkan, membasmi kuman dan melindungi dalam satu langkah mudah. Dengan tindakan bakterisida dan virucidal spektrum luas yang membunuh hingga 99,9999% bakteria, produk ini mudah digunakan dan siap digunakan tanpa perlu dicairkan. 
Kalu bab sembur-sembur memang senang kan kerja..hehee. GK Surface ni bukan setakat sembur je, tapi sembur yang boleh membunuh bakteria dan kuman. Keberkesanan GK Surface sehingga 24 jam kesan anti mikroba, menghilangkan bau dan melindungi dari kuman,bakteria, gram-negative bacteria (P.Aeruginosa), gram-positive bacteria (Staph. Aureus), MRSA, HFMD, H1N1 Influenza A. GK Surface ™ memenuhi standard penilaian keberkesanan ASTM untuk agen virucidal yang ditujukan untuk permukaan persekitaran mati mengikut panduan ujian prestasi produk EPA A.S.  Baunya yang wangi, memastikan tiada bau busuk dan berfungsi melawan cendawan pada permukaan. Hah, so selamat untuk sembur di mana sahaja.


Macam nad, nad akan sembur dekat tombol pintu, tempat pemegang yang selalu disentuh. Pintu peti ais, suis, remote control. Dah sembur kita lap. Dekat tempat yang rasa tinggi tu pun kita boleh sembur.  
 Dekat meja makan, dapur, sofa, langsir, mangkuk tandas pun boleh. Tapi bukan sembur selalu. Sembur bila perlu sahaja. 
Gk Surface ni ada dalam bentuk wipes, mudah untuk dibawa kemana-mana.  GK Surface ™ wipes dibuat dengan formula pelbagai tindakan yang mempunyai tindakan bakteria, virucidal dan fungicidal, membunuh sehingga 99,9999% kuman.    GK Surface ™ wipes tidak mengandungi bahan kimia yang keras, dan selamat digunakan setiap hari untuk membersihkan semua permukaan persekitaran yang keras dan tidak berpori bila-bila masa, di mana sahaja.

GK Air
Kalau diikutkan, udara segar dalam rumah ni memang tak cukup. Yela, rumah bukan macam dekat kampung, rumah bandar, paham-paham jela. Depan rumah dah jalan raya. Bila bau yang kurang menyenangkan menusuk dalam hidung, rasa tak selesa. Lagi suami seorang yang hisap rokok, bau rokok dalam bilik kerja dia tu buat nad tak tahan. Asal nak masuk bilik kerja dia je, mesti nad akan suruh dia buat sesuatu hilangkan bau rokok tu. 

Kita ni dahla kene duduk dalam rumah, mestilah nak bau yang segar dan menyenangkan. Duduk rumah pun takda la stress. Kalau dah bau busuk, bau hapak, bau sampah, siapa yang suka kan. Boleh sesak nafas..huhu. Jadi, penyelesaiannya, nad guna GK Air. Bau sangat harum tau, bau teh hijau, memang rasa tenang je bila bau.
 GK Air ™ mempunyai sifat bakteria spektrum luas yang dapat membunuh hingga 99,9999% bakteria. Ia juga membantu menghapuskan bau yang kurang menyenangkan dan beri keharuman di setiap tempat.

GK Air ™ memenuhi standard penilaian keberkesanan ASTM untuk agen virucidal yang ditujukan untuk permukaan persekitaran mati mengikut panduan ujian prestasi produk EPA A.S. Semburan menggunakan GK Air selamat dan ia tidak mudah terbakar.


Nad selalu sembur dalam toilet, dekat sampah, dekat bilik husband, sebab dia merokok dalam bilik dia. Sembur dekat bilik tidur, dekat ruang tamu. boleh juga sembur dekat penapis penghawa dingin. Jadi udara yang keluar akan ditapis dari bakteria berbahaya dan keluarkan bau wangi teh hijau. Memang sedap bau dia, rasa segar je.  
Oh Gk Air ni boleh juga disembur di dalam kereta. Yela, orang keluar masuk dalam kereta, mestila ada kuman, bakteria, virus melekat. Jadi kita sembur untuk bunuh virus dan kuman dan bagi kesegaran dalam kereta.
Bagi nad, semua produk Germ Killer  Malaysia ni memang bagus dan memudahkan kita untuk membasmi kuman di dalam rumah. Produk yang berasaskan air dan selamat digunakan untuk seisi keluarga. Sentiasa jaga kebersihan di dalam dan di luar rumah. Lindungi keluarga kita daripada sebarang kuman , virus dan penyangkit berjangkit dengan produk disinfeksi Germ Killer. Wajib ada dalam setiap rumah tau!!.

Korang boleh dapatkan produk Germ Killer ni di website mereka www.gkgermkiller.com.my . Masa membeli tu jangan lupa pakai code GKNADIA. Ada hadiah misteri menanti you all.
Code Untuk Hadiah Misteri  : GKNADIA Untuk info lebih lanjut berkenaan Germ Killer Malaysia boleh layariWebsite : https://gkgermkiller.com.my/Facebook : https://www.facebook.com/gkgermkillermalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/germkillermalaysia/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2021/02/pembasmi-kuman-germ-killer-cara-nad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Germ Killer Pembasmi Kuman Berasaskan Air Selamat Untuk Seisi Keluarga

Germ Killer Pembasmi Kuman Berasaskan Air Selamat Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 244 hits
GK merupakan rangkaian produk pembasmi kuman berasaskan air yang dirumuskan untuk kegunaan persekitaran dan peribadi Untuk pengetahuan produk GK dihasilkan adalah untuk membersihkan dan membasmi kuman permukaan atau tangan persekitaran deng...
Cara Mudah Buat Sambal Bilis Garing Homemade Sedap

Cara Mudah Buat Sambal Bilis Garing Homemade Sedap

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 408 hits
Sambal Garing ni memang sesuai sangat dibawa ke mana sahaja Makan dengan bubur sedap nasi panas panas pun layan Malah nikmati bersama roti pun boleh Memang serbaguna Rasa pedas pedas masin tu buat hidangan ini menjadi kegemaran ramai Kalau ...
Aircond Kotor Cara Mudah Untuk Membersihkan Aircond Dirumah

Aircond Kotor Cara Mudah Untuk Membersihkan Aircond Dirumah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 265 hits
Aircond rumah atau penghawa dingin Alatan elektrik yang perlu ada zaman sekarang ini Bukan sahaja level kayangan Rakyat marhean pun boleh sahaja memilikinya Cuma kadar pengunaan nya sahaja yang perlu dikawal selia Jika cara pengunaannya tid...
Cara Beli Tiket Bas Online Dengan Mudah Di Eticketing My

Cara Beli Tiket Bas Online Dengan Mudah Di Eticketing My

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 435 hits
AssalamualaikumSesiapa yang jenis suka travel menggunakan pengangkutan awam mesti selalu beli kat kaunter kalau nak tau tiket masih ada ke tidak Tapi sekarang dengan adanya portal online untuk beli tiket bas semuanya mudah Cuma dihujung jar...
5 Cara Mudah Untuk Kuliah Di Luar Negeri

5 Cara Mudah Untuk Kuliah Di Luar Negeri

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 318 hits
Melanjutkan pendidikan di luar negeri adalah sebuah impian Namun kamu pasti berpikir akan dana bagaimana caranya dan banyak lagi Namun kamu bisa mencoba beberapa poin berikut jika kamu ingin This is a content summary only Visit my website f...
5 Tip Mudah Memastikan Lantai Rumah Bersih Bersinar Sinar

5 Tip Mudah Memastikan Lantai Rumah Bersih Bersinar Sinar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 351 hits
5 TIP MUDAH MEMASTIKAN LANTAI RUMAH BERSIH BERSINAR SINAR Musim musim wabak pandemik sedang berleluasa ni kita perlulah sentiasa alert dengan kebersihan rumah kita termasuklah memastikan lantai rumah bersih Namun cikla akui dalam banyak ban...
Proses Pembelian Rumah Lebih Mudah Dengan Myra S Home Buying Hub

Proses Pembelian Rumah Lebih Mudah Dengan Myra S Home Buying Hub

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 397 hits
Proses Pembelian Rumah Lebih Mudah Dengan Myra s Home Buying Hub Nak buat pembelian rumah pertama tapi tak tahu macam mana Artikel ini mungkin dapat membantu korang untuk mendapatkan rumah dengan lebih mudah dan cepat Proses membeli rumah k...
Cara Mudah Renew Insurance Roadtax Kereta Secara Online Menerusi Myeg

Cara Mudah Renew Insurance Roadtax Kereta Secara Online Menerusi Myeg

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 321 hits
Salam to all readers Cara Mudah Renew Insurance Roadtax Kereta Menerusi MYEG Nak dijadikan cerita bulan 12 haritu aku sempatlah menghabiskan cuti aku dikampung mak aku hari hari duk pesan jangan lupa bayar roadtax kereta bulan depan Bulan d...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri