Mycyclexpo 2022 Expo Sukan Berbasikal Terbesar Di Malaysia


MYCYCLEXPO 2022 EXPO SUKAN BERBASIKAL TERBESAR DI MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Buat julung kalinya expo untuk sukan berbasikal bakal diadakan. Sukan berbasikal sangat digemari semua tidak kita usia dan bangsa. Pasti kita semua ada pengalaman berbasikal sepanjang hidup. Jika tidak mengayuh, kita pasti akan menyokong acara-acara yang berlangsung di Malaysia seperti Le Tour De Langkawi. 
MyCycleXpo bakal diadakan di stadium tertutup Axiata Arena, Bukit Jalil selama tiga hari bermula 29 Julai hingga 31 Julai 2022. Pemilihan Axiata Arena adalah bersesuaian dengan keselesaan untuk pengunjung hadir, peniaga untuk berniaga, aktiviti selama tiga hari yang mudah untuk penganjur laksanakan. Pengunjung boleh datang bersama keluarga, komuniti berbasikal atau datang untuk mengetahui tentang sukan berbasikal. Masuk adalah PERCUMA. Setelah kita melalui pandemik COVID-19 selama 2 tahun, jom kita bergiat aktif kembali dengan menyertai sukan berbasikal


MYCYCLEXPO 2022 EXPO SUKAN BERBASIKAL TERBESAR DI MALAYSIA
RISE International Sports Exhibition Sdn. Bhd. menganjurkan ekspo sukan berbasikal terbesar seumpamanya di dalam negara. MyCycleXpo 2022 dijangka membuka tirainya pada 29 Julai 2022 dan akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut sehingga 31 Julai 2022. Ekspo itu akan mempamerkan produk dan jenama sukan berbasikal dan dijangkakan akan mencecah 30,000 orang pengunjung. 






“MyCycleXpo 2022 bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu hab berbasikal di rantau ini, dalam masa yang sama mendekati komuniti berbasikal, dan yang paling penting, bagi menyumbang kepada hasil perdagangan negara,” kata Nik Badrul Hisham Nik Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, RISE International Sports Exhibition Sdn. Bhd. 
Selain daripada tujuan utamanya sebagai pusat jualan dan litar ujian bagi penunggang basikal, MyCycleXpo 2022 akan menawarkan aktiviti untuk peserta dan pengunjungnya. 
5 JUALAN UTAMA DI MYCYCLEXPO 2022 
Pusat jualan MyCycleXpo 2022 menawarkan 5 kategori berbeza termasuk basikal dan aksesori, fesyen, pelancongan, penjagaan kesihatan dan kafe gaya hidup. 

Segmen basikal dan aksesori sukan tersebut akan menampilkan peralatan dan teknologi basikal termaju dalam basikal, alat ganti basikal, aksesori dan gajet daripada jenama terkenal. 
MyCycleXpo 2022 juga akan menjadi platform untuk mencari pakaian berbasikal dan pakaian sukan, yang direka khas untuk memaksimumkan prestasi penunggang basikal semasa dalam perjalanan. 
Kategori pelancongan pula terdiri daripada agensi pelancongan dan pusat peranginan yang menawarkan pakej pelancongan berbasikal dan aktiviti berbasikal. Membantu penunggang basikal merancang percutian berbasikal impian dengan mudah. 
Gerai pameran penjagaan kesihatan akan menawarkan suplemen pemakanan dan peranti penjagaan kesihatan untuk meningkatkan prestasi sukan atau mengekalkan gaya hidup sihat. Pelawat juga boleh mempelajari petua berguna tentang pemakanan diet terkini, cara untuk mengoptimumkan pemulihan kesihatan dan cara meningkatkan prestasi berbasikal. 
Akhir sekali, kafe lifestyle yang menjadi tempat komuniti berbasikal bertemu dan bersantai sambil menikmati konsep F&B bertema basikal yang terkini. MyCycleXpo 2022 akan menjadi titik pertemuan kelab berbasikal dan pempengaruh sukan berbasikal dari seluruh Asia. 
AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG 3 HARI
Pengunjung akan berpeluang menunggang basikal bersama Anuar Manan, bekas pelumba profesional dari Pasukan Berbasikal TSG dan juga bintang sukan berbasikal lain yang akan menyertai segmen Ride with Stars. 
Aktiviti lain termasuk sesi Zumba selama 2 jam bersama Kru Tari Nas Adila, Klinik Pro Cycling, Sudut Bacaan oleh Karya Seni, Pameran “Fire Sale”, Cabutan Bertuah, Kejohanan Basikal Tolak Asean, Zon Kanak-kanak, Street Soccer, Pertunjukan Fesyen Berbasikal, acara derma darah, diikuti dengan ceramah dan seminar. 
HIBURAN DAN PAMERAN
Salah satu tumpuan bagi pameran tersebut ialah Astaka Kementerian Belia dan Sukan. Tempat bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti akan datang dan berterusan yang ditawarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk orang ramai. Hiburan dan pameran lain termasuk BMX Stunt Show, persembahan buskers, konsert mini, pelancaran produk dan Hall of Fame


Tahukah anda, Hall of Fame ini bakal memaparkan sejarah berbasikal yang menarik di Malaysia, dari zaman terawal penggunaannya, sehinggalah ke era moden hari ini termasuk pengiktirafan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam industri berbasikal. Ekspo ini juga mengetengahkan pihak penganjur acara berbasikal termasuk Le Tour de Langkawi, Jelajah Malaysia, Kejohanan Dunia GFNY dan banyak lagi. 
BOOTH GERAI PAMERAN MASIH ADA! JOM DAFTAR!
Harga gerai pameran untuk peserta dari dalam negara ialah RM5,500.00 setahun, berkelayakan menyertai semua pameran anjuran MyCycleXpo dan manakala harga untuk peserta antarabangsa ialah USD2,500.00 (RM10,977.50). Peniaga Malaysia yang berminat untuk menyertai boleh merebut slot early bird dengan harga RM3,800.00 untuk masa terhad sahaja. 
Peserta akan dibekalkan dengan gerai Skim Shell standard termasuk papan fascia dengan gerai pameran berukuran 9 meter persegi (3 meter x 3 meter) dengan paparan nombor dan nama syarikat, 2 unit lampu pendarfluor, 1 unit punca elektrik 13 amp, meja maklumat, 2 buah kerusi, 1 buah tong sampah dan permaidani dengan penebuk jarum dalam kawasan gerai. 
Nik menambah bahawa MyCycleXpo 2022 menaruh harapan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab berbasikal di Asia Tenggara, sebagai kesinambungan kepada Le Tour de Langkawi sebagai salah satu perlumbaan paling gah di Asia. 
MENGENAI MYCYCLEXPO 
RISE International Sports Exhibition Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengurusan acara dan pameran yang menjadi antara yang terbaik di rantau ini. Dianggotai oleh sekumpulan ahli yang bersemangat tentang karya dan acara kreatif, berpegang tequh pada kepercayaan untuk sentiasa menghasilkan yang terbaik dengan penuh semangat. 
Kakitangan utama berpengalaman dalam mengatur dan mengurus acara sukan tempatan dan antarabangsa, berbekalkan kepakaran lebih sedekad yang dibangunkan melalui kejohanan berbasikal bertaraf dunia termasuk Le Tour de Langkawi, Tour de Banyuwangi Ijen Indonesia, Tour de Taiwan, Tour de Korea, Lawatan ke China dan banyak lagi. 

MYCYCLEXPO | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/06/mycyclexpo-2022-expo-sukan-berbasikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Gawai 2022 Malaysia

Hari Gawai 2022 Malaysia

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 185 hits
1 Jun dan 2 Jun merupakan tarikh Hari Gawai 2022 Malaysia Hari Gawai disambut oleh kaum peribumi Sarawak terutamanya Iban Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat Dahulunya mereka tinggal di...
Tiada Cadangan Bawa The Hood Man Ke Malaysia Jakim Berita Harian 23 05 2022

Tiada Cadangan Bawa The Hood Man Ke Malaysia Jakim Berita Harian 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 183 hits
BANGI Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak bercadang membawa pemberi maklumat dikenali sebagai The Hood Man yang mendedahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard keselamatan makanan kebersihan dan piawaian halal di sebuah loji sem...
Penguatkuasaan Agresif Dbkl Terhadap Kemasukan Kenderaan Berat Pada Waktu Puncak Utusan Malaysia 04 06 2022

Penguatkuasaan Agresif Dbkl Terhadap Kemasukan Kenderaan Berat Pada Waktu Puncak Utusan Malaysia 04 06 2022

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 304 hits
SEREMBAN Kementerian Wilayah Persekutuan tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang menggunakan kenderaan untuk memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak Timbalan Menterinya Datuk Seri Jalaludd...
5 Sunscreen Terbaik Di Watsons Malaysia 2022

5 Sunscreen Terbaik Di Watsons Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 344 hits
Cahaya matahari boleh memberi kesan berbahaya pada kulit yang tidak dilindungi Untuk mengelakkan bahaya ini kita mesti menggunakan pelindung matahari iaitu Sunscreen atau Sunblock Sinaran UV yang berlebihan dari matahari boleh membakar kuli...
Pekemas Lapor Sprm Pdrm Isu Langgar Prosedur Halal Rumah Sembelihan Utusan Malaysia 18 05 2022

Pekemas Lapor Sprm Pdrm Isu Langgar Prosedur Halal Rumah Sembelihan Utusan Malaysia 18 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 169 hits
PUTRAJAYA Susulan pendedahan isu pelanggaran sebuah rumah penyembelihan di Australia Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi mendesak siasatan dibuat terhadap pegawai Bahagian Hab ...
Malaysia Pengeluar Dan Pencetak Al Quran Kedua Terbesar Dunia

Malaysia Pengeluar Dan Pencetak Al Quran Kedua Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 240 hits
KOMPLEKS Nasyrul Quran terletak di Presint 14 Putrajaya bernilai RM60 juta menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar dan pencetak al Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi Kompleks ini memulakan operasi secara rasmi bermula pad...
Jakim Pertahan Pematuhan Halal Utusan Malaysia 23 05 2022

Jakim Pertahan Pematuhan Halal Utusan Malaysia 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 139 hits
PUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengambil tindakan sewajar nya untuk melengkapkan siasatan berhubung isu pelanggaran protokol halal sebuah rumah penyembelihan di Australia Dalam satu artikel kepada Utusan Malaysia Ketua Penga...
Proton Saga 2022 Model Mobil Facelift Malaysia Terbaru

Proton Saga 2022 Model Mobil Facelift Malaysia Terbaru

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 190 hits
Di pertengahan bulan ini Proton Holding Berhad meluncurkan model mobil facelift terbaru Proton Saga 2022 Ini merupakan penyegaran kedua Proton Saga generasi ke 3 yang diluncurkan pada 2016 Model 2022 masih mempertahankan opsi manual standar...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai