Hari Gawai 2022 Malaysia


1 Jun dan 2 Jun merupakan tarikh Hari Gawai 2022 Malaysia. Hari Gawai disambut oleh kaum peribumi Sarawak terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat.
Dahulunya, mereka tinggal di rumah panjang dan sesetengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung. Kini, ramai yang sudah tinggal menetap di bandar-bandar mencari pekerjaan untuk sara hidup mereka

sumber : google

Hari GawaiGawai bermaksud pesta. Bermakna, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak adalah hari menyambut tahun baru dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.

Sejarah Sambutan Hari GawaiGawai Dayak mula disambut secara besar-besaran sejak 25 September 1964 setelah Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama pada 1 Jun 1965. 
Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke. Sebenarnya, Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. 
Mereka mengadakan beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung atau ngiling tikar

Penanaman padi adalah aktiviti utama kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim menuai padi, kaum Dayak akan memiliki banyak beras. Jadi, sesuailah masanya untuk mereka meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan

Aktiviti Hari GawaiPersediaan menyambut Gawai Dayak bermula apabila tibanya bulan Mei dengan proses penapaian iaitu tuak, sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil masa lebih kurang sebulan. Tuak dihasilkan daripada proses penapaian nasi pulut yang telah dimasak dan dicampur ragi sebelum disimpan dalam tempayan.

Apabila sudah ada sedikit air tuak tulen pada nasi pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan dicampur gula akan ditambahkan secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut tersebut. Pada akhir bulan Mei, air tuak itu boleh ditapis dan diminum. 
Dengan cara meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati. Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan bulan Mei, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang dipanggil “sarang semut”, “acuan” dan “kuih sepit”. 
Kuih-muih tersebut diperbuat daripada tepung beras yang dicampur air, telur and gula kemudian digoreng sehingga keras dan kering dalam minyak masak. Kuih-muih yang telah siap akan disimpan dalam tempayan atau tin supaya tahan untuk beberapa minggu tanpa basi sementara menunggu tibanya hari gawai.

Sebelum berakhirnya bulan Mei, gotong-royong untuk pembersihan dan perhiasan rumah panjang atau kampung boleh diadakan seperti mengecat atau membaiki bahagian-bahagian rumah yang rosak. Rumah panjang dibina mengikuti peraturan-peraturan tertentu supaya ia digunakan sebagai tempat kediaman dan juga tempat beribadat.

Setelah itu, acara pembersihan kubur selalunya diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan bagi orang yang telah meninggal seperti nenak-moyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and masyarakat setempat.

Rumah panjang atau kampung seterusnya akan bermesyuarat untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengatur acara sambutan gawai pada 31 Mei dan 1 Jun. 
Acara-acara tradisi termasuklah meminum air panjang umur, perarakan, pertandingan ratu cantik seperti pekit Kumang dan Keling bagi kaum Iban, pendirian pokok “ranyai”, bermain muzik tradisi, menari tarian asal seperti ngajat dan datun jalut, persembahan seni mempertahankan diri dan nyanyian puisi rakyat.

Pada zaman moden sekarang, acara sukaneka pada siang harinya, permainan sukaria, karaoke dan bejoget boleh diselitkan untuk memeriahkan suasana gawai.

Peraturan-peraturan khas untuk dipatuhi oleh orang ramai juga akan ditentukan untuk menjaga suasana gawai yang meriah tanpa pergaduhan dan gangguan yang lain. Bagi kaum Iban, peraturan ini dipanggil begeliga.

Apabila tibanya pagi 31 Mei, orang ramai akan turun mencari makanan di hutan atau kebun terutamanya umbut yang sedap dimasak sup dengan daging haiwan. Ikan, haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari sebagai lauk-pauk sebelum gawai.

Selepas itu, orang ramai akan menyembelih haiwan ternakan sebagai lauk utama gawai. Kini, daging dan sayuran boleh dibeli di pasar-pasar terutamanya bagi mereka yang bekerja dan tinggal di bandar-bandar.

Makanan Hari GawaiNasi pulut 'pansoh' (lemang) dimasak dalam ruas buluh bagi membangkitkan aroma istimewa daripada buluh tersebut , berbeza jika dimasak menggunakan periuk. Nasi pulut dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan dalam kalangan komuniti itu yang menjamahnya

Nasi pulut juga digunakan untuk membuat nasi manis dan tuak, sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan membaling tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang.

Tikar-tikar anyaman tradisi dengan motif rekaan bunga-bungaan yang cantik dan berwarna terang juga akan dibentangkan di sepanjang ruai rumah. Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah tikar bemban, tikar rotan dan tikar kulit kayu. 
Kain-kain tenunan atau ikatan tradisi motif pua kumbu digantung di dinding-dinding sebagai perhiasan. Selain itu, kraftangan yang lain seperti bakul dan topi besar juga digantung di dinding-dinding bilik.

Pelantar istimewa dan tilam kapas empuk akan dibuat terutamanya di ruai Ketua Rumah atau Gawai sebagai tempat istirahat para tetamu khas yang dijemput hadir semasa upacara duduk berbaris mengikut kedudukan sosial masing-masing nanti

Selamat Hari Gawai untuk warga Sarawak yang menyambut Hari Gawai

sumber : sarawakvoice

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/06/hari-gawai-2022-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Hari Raya Aidilfitri 2022

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2022

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah Agak lama juga aku bercuti daripada menulis dalam blog ini Biasalah masih dalam mood raya Seperti biasa kali ini aku nak kongsikan kisah raya aidil...
Loji Digantung Jakim Hanya Bekal 18 Peratus Bekalan Daging Malaysia Berita Harian 18 05 2022

Loji Digantung Jakim Hanya Bekal 18 Peratus Bekalan Daging Malaysia Berita Harian 18 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR Malaysia hanya bergantung sebanyak 18 peratus bekalan daging import dari loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal Australia yang didakwa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard keselamatan makanan kebersihan da...
Makan Malam Aidilfitri Hari Guru Tautan Kasih Jasa Dikenang 2022

Makan Malam Aidilfitri Hari Guru Tautan Kasih Jasa Dikenang 2022

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 291 hits
Lokasi Anjung D Tasek Biru Alamat Jalan Tasik Biru 1 Taman Tasik Biru 48050 Rawang Selangor Waktu 7 00 11 00 malam Tema Baju Raya Tarikh Lawatan 20 Mei 2022 Makan Malam Aidilfitri Hari Guru Tautan Kasih Jasa Dikenang 2022 menjadi majlis set...
Mgnews Pusat Penyembelihan Langgar Sop Individu Terbabit Sila Muncul Hubungi Jakim Malaysia Gazette Tv 17 05 2022

Mgnews Pusat Penyembelihan Langgar Sop Individu Terbabit Sila Muncul Hubungi Jakim Malaysia Gazette Tv 17 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 206 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Ahmad memberitahu bahawa kilang sembelihan yang berada diAustralia tersebut telah diambil tindakan dan pihak JAKIM juga meminta bahawa pihak PPIM menghubungi kepada individu bertanggungjawab un...
Liga Super Malaysia 18 Mei 2022 Jdt Lwn Sri Pahang

Liga Super Malaysia 18 Mei 2022 Jdt Lwn Sri Pahang

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 213 hits
Hanya ada satu perlawanan Liga Super Malaysia pada 18 Mei 2022 iaitu melibatkan JDT melayan kunjungan Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim Perlawanan ini berlangsung pada jam 8 15 malam KEPUTUSAN PENUH Johor Darul Ta zim 2 2 Sri Pahang FC17...
New World Order Ppim Desak Pihak Berkuasa Agama Nyatakan Pendirian Malaysia Gazette 17 05 2022

New World Order Ppim Desak Pihak Berkuasa Agama Nyatakan Pendirian Malaysia Gazette 17 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak berkuasa agama Islam negara ini menyatakan pendirian mereka berkenaan New World Order Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mempersoalkan tindakan serta langkah yang diambil Jabatan ...
Kemeriahan Hari Ketiga Bni Java Jazz Festival 2022

Kemeriahan Hari Ketiga Bni Java Jazz Festival 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 212 hits
Kemeriahan Hari ketiga BNI Java Jazz Festival 2022 Acara yang berlangsung di JIExpo Kemayoran Jakarta Pusat menghadirkan banyak musisi lokal dan internasional Kahitna dan Reza tampil menghibur penonton
Juyaya Ranchak Hari Gawai Chord

Juyaya Ranchak Hari Gawai Chord

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 192 hits
Rancak Hari GawaiAmRancak Amai Hari Gawai Am Rancak Amai Hari Gawai Dm AmKami Angkat Ngajat Niti Ruai AmRancak Amai Hari Gawai Am Rancak Amai Hari Gawai Dm Am Kami Betanda Niti Ruai ESelamat Hari Gawai Ohaoo Ohaaa AmSelamat Hari Gawai Ohaoo...
Bake With Yen Celebrates Pesta Kaamatan And Hari Gawai With Special Everyday Low Price Initiative

Bake With Yen Celebrates Pesta Kaamatan And Hari Gawai With Special Everyday Low Price Initiative

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 199 hits
Bake With Yen launches major price initiative ahead of World Baking DayAims to help bakers mitigate rising food pricesKUALA LUMPUR 11 May 2022 Bake With Yen Malaysia s largest baking supplies retailer today announced the rollout of a major ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba