Musang King Durian Kampung Premium Taruhan Tawan Eksport Raja Buah Dunia


 
Kerajaan giat mempromosikan durian kampung premium susulan kebenaran mengeksport buah segar ke China. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Malaysia menyasarkan kepada durian premium untuk memposisikan kedudukannya sebagai antara pengeksport utama raja buah itu, kata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama)

Dalam kenyataan kepada FMT, agensi itu berkata prestasi Vietnam yang merekodkan nilai eksport mencecah USD3.3 bilion (RM14.87 bilion) pada tahun lalu tidak menghalang hasrat Malaysia menjadi pengeksport utama.
“Kita eksport varieti berbeza.
“Reputasi dan citarasa durian Musang King, Black Thorn, D24, IOI serta Durian Kampung Premium (baharu) membolehkan produk Malaysia tetap menjadi pilihan utama di peringkat antarabangsa,” katanya.
Semalam, FMT melaporkan kenyataan seorang pengeksport yang usaha menjadikan Malaysia peneraju eksport durian terkemuka di dunia dilihat masih jauh berbanding Vietnam susulan banyak kekangan selain kurang bantuan.
Mengikut laporan CNBC baru-baru ini, nilai eksport durian dari Vietnam pada tahun lalu mencecah USD3.3 bilion, meningkat 7.8 kali ganda berbanding 2022.
Kejayaan itu sebahagian besarnya disebabkan permintaan dari China, di mana durian dianggap sebagai ‘makanan mewah’. Pada Nov 2024, import durian China berjumlah 1.53 juta tan bernilai USD6.83 bilion (RM30.79 bilion).
Menurut Fama, nilai eksport durian Malaysia yang bernilai RM1.5 bilion pada 2023 akan cuba ditingkatkan kepada RM1.8 bilion menjelang 2030 dengan pelaksanaan beberapa strategi.
Menurutnya, starategi dirangka termasuk memberi latihan untuk menepati piawaian antarabangsa dengan menggunakan jenama Malaysia Best dan pematuhan Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik (MyGAP).
Jelasnya, kerjasama dengan persatuan pekebun, pengilang dan pengeksport juga akan terus diperkasa, yang sebelum ini berjalan baik dengan mengeksport durian segar.
“Fama juga akan beri tumpuan kepada industri pengeluaran durian kampung sedia ada dengan memaksimumkan keberkesanan pusat memproses durian untuk mengeluarkan pes serta ulas durian berkualiti.
“Pekebun kecil tidak perlu sia-siakan atau buang pokok durian kampung sedia ada dan gantikan dengan varieti lain,” katanya yang turut merangka pendekatan memulihkan tanaman sedia supaya dapat mengeluarkan hasil pada setiap musim.
Fama berkata peningkatan kepada eksport durian turut didorong pembukaan lebih banyak kebun di kebanyakan negeri terutama Pahang dan Perak.
“Trend permintaan durian dunia akan terus meningkat dan peluang pelaburan itu telah disambut baik di Malaysia, jumlah kawasan tananam pada 2023 meningkat 2.6% menjadikan kawasan keseluruhan penanaman 89,547 hektar,” katanya.
Jun tahun lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meminta Fama mengadakan perbincangan dengan pengusaha durian kampung bagi membantu mereka mengeksport buah segar ke China.
Buah durian segar dari Malaysia kini boleh dieksport ke China menerusi pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China, tahun lalu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/a_18.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesin Layan Diri Jual Durian Musang King

Mesin Layan Diri Jual Durian Musang King

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 177 hits
KOSMO GAMBAR fail orang ramai beratur di mesin layan diri durian Foto Kaki KakiSINGAPURA Mesin layan diri menjual durian nbsp Musang King akan disediakan di sebuah stesen kereta api di Singapura mulai 20 Januari ini lapor portal berita VNEx...
Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 248 hits
Beli Durian 101 dan durian kampung kawin 4 Biji RM100 Okay ke tak Durian tu agak besar saiz dia dan dapat 2 bekas besar tupperware plastik bila telah di kopek Puas la makan walau minggu lepas baru beli musang king dengan durian udang merah ...
Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 201 hits
Warong Wak JohnWarong Wak JohnPort sarapan aku ketika bermusafir ke Johor Aku ada urusan sikit di UTHM Pintu masuk UTHM tu betul betul bertentangan dengan Warong Wak John ni Jadi lepas sarapan di Warong Wak John boleh terus gerak masuk ke U...
Resepi Pulut Durian Nikmati Keenakan Musim Durian Di Kampung

Resepi Pulut Durian Nikmati Keenakan Musim Durian Di Kampung

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 349 hits
Musim durian tiba lagi Kalau korang macam sis yang berasal dari kampung pasti tahu betapa meriahnya suasana bila pokok pokok durian mula menggugurkan buah Aroma durian yang memenuhi udara cukup menyengat Jadi kali ini sis nak kongsikan satu...
Tiga Pelajar Orang Asli Pahang Dari Sk Permatang Keledang Dapat Emas Pertandingan Robotik Dunia

Tiga Pelajar Orang Asli Pahang Dari Sk Permatang Keledang Dapat Emas Pertandingan Robotik Dunia

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 117 hits
KUALA LUMPUR Tiga pelajar Orang Asli dari SK Permatang Keledang Pahang telah mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat emas di Olimpik Robot Antarabangsa ke 26 salah satu pertandingan robotik remaja terkemuka dunia yang diad...
Dasar Latihan Amali 1 3 Rapat Jurang Akademik Dunia Pekerjaan Kata Wakil Pelajar

Dasar Latihan Amali 1 3 Rapat Jurang Akademik Dunia Pekerjaan Kata Wakil Pelajar

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 146 hits
Dasar Latihan Amali 1 3 diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia dijangka manfaat 100 000 pelajar tempatan daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara PETALING JAYA Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyifatkan Dasar Latihan Amal...
Rara Pangeran Dunia Chord

Rara Pangeran Dunia Chord

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 171 hits
Fm C Fm C Fm C Fm C A m C C A m G Gm C C A m D G C A m Gm C Fm C satu cinta kau Fm C ciptakan untukku A m janji setia kau D G C tuturkan tulus padaku C C A m Gm C Fm C Fm C satu hati kau berikan padaku A m D ikrar suci kau tuntunku G C atas...
Selamat Tahun Baru 2025 Hasratkan Yang Terindah Dan Terbaik Untuk Dunia Dan Akhirat

Selamat Tahun Baru 2025 Hasratkan Yang Terindah Dan Terbaik Untuk Dunia Dan Akhirat

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 347 hits
Assalamualaikum Update Blog Cik Matahariku Pada Hari ke 21 Tahun 2025 Hi Sebenarnya den nak kabo yang selepas 21 hari masuk Tahun baru baru ada masa nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua readers blog yang tersayang Antara perkara...
Al Quran Di Seluruh Dunia

Al Quran Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 151 hits
Jika sebuah Al Quran dibakar Saya mohon sumbangan dsri rakyat saya dan kami terjemahkan dalam berbagai bahasa Jika di Sweden kita terjemahkan dalam bahasa Swedwn jika di Perancis kita terjemahkan dalam bahasa Perancis
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord