Selamat Tahun Baru 2025 Hasratkan Yang Terindah Dan Terbaik Untuk Dunia Dan Akhirat


 Assalamualaikum,
Update Blog Cik Matahariku Pada Hari ke-21 Tahun 2025- Hi. Sebenarnya den nak kabo yang selepas 21 hari masuk Tahun baru, baru ada masa nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua readers blog yang tersayang ( kalaulah ada lagi pembaca blog suam-suam kuku ni.haha )
Antara perkara manis yang berlaku pada Januari 2025.Saya jarang-jarang dapat nombor bertuah bila ada sesi cabutan.Tapi tahun ini, permulaan yang baik apabila saya antara yang terpilih dapat cabutan Grand Prize pada majlis Dinner sekolah.Nak tahu kisah seterusnya, tunggu update saya kemudian.yeahh
Dah start cuti sekolah kan. Bermulalah acara masak-masak di rumahku syurgaku. Nama je cuti sekolah. tetap ada tugasan nak kena selesaikan termasuklah laporan dan minit mesyuarat panitia.Apapun, kita bersyukur sahaja sebab ada pekerjaan tetap, sedangkan orang lain mungkin sedang struggle nak tukar kerja atau mencari kerja.Alhamdulillah.
Penting ke ucapan Selamat Tahun Baru setiap kali munculnya tahun baru ?
Pada hemat saya secara peribadi, memang penting dan perlu bagi orang-orang yang mempunyai matlamat, misi dan impian dalam hidup.Tahun baru adalah gambaran atau tanda aras usia meningkat ( mengikut kalendar masihi ), perubahan tempoh masa dalam perkhidmatan dan banyak lagi.
Sebaiknya begitulah. Setiap kali Tahun Baru menjelma, kita tekadkan hasrat untuk menjadi diri kita yang lebih baik dalam segala hal.InshaAllah
Saya ada terbaca kat Threads ( boleh follow saya dengan nama cikmatahariku )-sempat lagi iklan.haha. Bila usia kita bertambah, dan orang tanya kita berapa umur kita, dengan proudnya jawablah macam ni lebih kurang, I am 28 years old with 20 years experience.. dan, saya suka jawapan macam ni..heh.
Oklah.Bila tahun baru, banyak benda nak capai dan banyak perkara kita inginkan untuk dapat kan. Saya pun macam tu.Cuma teringat, pernah ada orang kata, KITA PADA HARI INI ADALAH APA YANG KITA TELAH BUAT PADA 10  ATAU 20 TAHUN LALU.JIKA BAIK KEHIDUPAN SEKARANG, MAKA BERTERIMA KASIHLAH DENGAN APA YANG TELAH KITA KORBANKAN UNTUK APA YANG KITA CAPAI PADA HARI INI.
Alhamdulillah untuk apa sahaja keadaan yang kita miliki sekarang.
Bagi diri saya, ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan dengan pembaca Blog Cik Matahariku. Ini adalah harapan saya di tahun baru 2025 :

Libatkan Allah dalam semua urusan kita.InshaAllah dalam setiap urusan, sama ada hal kecil atau besar kita adukan semuanya kepada Allah. Ia sebagai salah satu signal kehambaan kita kepadaNya yang Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Maha Mentadbir dan Maha Mendalam pengetahuanNya tentang diri dan kemampuan kita. Sehinggakan ada sorang Ustaz ni ajarkan, kalau selipar kita putus pun kita mengadu kat Allah, dan bantulah kita untuk dapatkan selipar yang baru.Ya, Kita tak mampu buat apa-apa atau capai apa-apa jika tanpa pertolonganNya.Perbaiki dan pertingkatkan lagi amal soleh sebagai bekalan untuk ke akhirat nanti. Dunia ini hanyalah sebuah perjalanan, bukannya destinasi kita.Kalau nak capai sesuatu, pastikan impian dan cita-cita itu bermanfaat untuk dunia dan akhirat kita. Para alim ulama ada beritahu, jika kita meninggal dunia, kita minta Allah kembalikan ke dunia, dan beri masa untuk buat ibadat dan amal soleh sekali lagi.Memang taklah masa tu kan.Dalam Quran ada dialog Allah dan hambaNya tentang hal ini.Kena refer tafsir Quran untuk rujukan seterusnya.Perbanyakkan bersikap tenang dan sabar. Dalam banyak masa, ramai rakan beritahu saya ni cool dan tenang je orangnya.Sebenarnya tidaklah sepenuhnya saya begitu.Banyak masa, saya selalu cakap dalam diri.Kalau marah sekalipun, hal yang sudah terjadi, takkan dapat kembali seperti sediakala.lagipun benda tu berlaku dengan izin Allah juga.Mesti ada hikmahnya. Jadi sabarlah.Dalam masa yang lain, saya seperti orang lain juga. Mudah melatah juga. Ada benda saya kritik juga. Kita bukan orang baik pun.Cuma ada cita-cita nak jadi orang baik. tu je.Jadi tahun baru ni, marilah sama-sama kita menuju dan berlumba-lumba menjadi orang yang selalu buat yang terbaik dalam hal kebaikan.Aamin.Memberi lebih banyak manfaat kepada orang lain. InshaAllah, saya memilih dengan menulis di blog untuk berkongsi manfaat kepada semua pembaca. Kita ni bukanlah orang yang banyak duit atau harta. Amal pun tak seberapa. Harapnya dengan berkongsi apa-apa yang saya tahu, dapatlah sikit saham kat akhirat sana.aamin.Semoga sudut pandang dan fikiran saya ini dapat difahami oleh readers Cik Matahariku.Mohon maaf kalau ada tulisan dalam post kali ini menyinggung hati. Semoga Allah pelihara niat saya dan doakan semuanya Allah permudahkan untuk kita

Sampai jumpa lagi.Bye

Cik MataharikuTeringin update blog macam dulu-dulu.Harap Allah izinkan :)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/01/selamat-tahun-baru-2025-hasratkan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tahun Baru 2025 Azam Baru Semangat Baru

Selamat Tahun Baru 2025 Azam Baru Semangat Baru

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 217 hits
Selamat Tahun Baru 2025 Azam Baru Semangat Baru Alhamdulillah tahun baru dah tiba Rasanya tak sabar untuk mulakan tahun 2025 dengan azam baru yang lebih bermanfaat Tahun lepas banyak memberi pengajaran dan tahun ini saya ingin lebih fokus k...
Pantun Selamat Tahun Baru Cina

Pantun Selamat Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 174 hits
Angin berdesir di pagi raya Burung berkicau di pohon selasih Selamat Tahun Baru Cina Semoga rezeki melimpah bersih Buah limau di atas dulang Warnanya cerah bak mentari pagi Tahun Baru Cina penuh gemilang Keluarga harmoni rezeki berbagi Poho...
Selamat Tahun Baru Cina Contoh Ucapan Kad Digital

Selamat Tahun Baru Cina Contoh Ucapan Kad Digital

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 156 hits
Selamat Tahun Baru Cina Contoh Ucapan Kad Digital Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan utama di Malaysia yang diraikan oleh masyarakat Tionghoa Ia menandakan permulaan tahun baharu mengikut kalendar lunar di mana setiap tahun dikaitka...
Azam Tahun Baru 2025 Masih Relevan

Azam Tahun Baru 2025 Masih Relevan

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 229 hits
Azam Tahun Baru 2025 Masih Relevan Hai korang Selamat tahun baru 2025 Walau agak terlewat entry ini diterbitkan saya tetap nak buat jugak Sebab apa terlewat Sebab awal tahun hari tu amat busy fizikal dan mental Antaranya awal tahun kan buda...
2 Hari Lagi Saksikan Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Yb Menteri Secara Langsung

2 Hari Lagi Saksikan Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Yb Menteri Secara Langsung

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 307 hits
2 Hari Lagi Jangan lepaskan peluang untuk saksikan secara langsung Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 oleh YB Menteri Pendidikan Acara akan berlangsung pada Selasa 14 Januari 2025 pukul 9 30 pagi Anda boleh tonton di saluran YouTube EduWebTV a...
Kepelbagaian Menu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Hotel Concorde Shah Alam

Kepelbagaian Menu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Hotel Concorde Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 535 hits
Tahun Baru Cina merupakan simbolik kepada titik permulaan dalam nasib dan kehidupan setiap tahun bagi masyarakat Cina di Malaysia Salah satu upacara terbesar pada Malam Tahun Baru Cina adalah acara makan besar Tahun Baharu Cina atau Raya Ci...
Post Pertama Di Tahun 2025

Post Pertama Di Tahun 2025

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 201 hits
Selamat petang hujan lebat harini Alhamdulillah hukan dah pun berhenti view pun cantik sambil sambil update blog yang dah berhabuk tak update Lately Iza busy settlekan customer kat page banyak kerja nak dibuat so tak sempat nak update banya...
Tahun Baru Cina Lebih Meriah Dengan Hidangan Istimewa Di Concorde Hotel Shah Alam

Tahun Baru Cina Lebih Meriah Dengan Hidangan Istimewa Di Concorde Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 527 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraConcorde Hotel Shah Alam menyambut kehadiran Tahun Baru Cina bersempena Tahun Ular dengan penuh meriah melalui pelbagai tawaran istimewa untuk para tetamu Dalam usaha mencipta pengalaman yang bermakna hote...
14 Januari 2020 14 Januari 2025 Cukup 5 Tahun

14 Januari 2020 14 Januari 2025 Cukup 5 Tahun

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tarikh keramat ni akan tersemat dalam hidup CCL sampai bila bila Tanggal 14 Januari 2020 betul betul mengajar CCL apa itu erti kehilangan Kehilangan yang paling menyakitkan adalah kematian Kehilangan oran...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Online Presence Is Critical For Business

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital