Dasar Latihan Amali 1 3 Rapat Jurang Akademik Dunia Pekerjaan Kata Wakil Pelajar


 
Dasar Latihan Amali 1:3 diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia dijangka manfaat 100,000 pelajar tempatan daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.
PETALING JAYA: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyifatkan Dasar Latihan Amali 1:3 diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dapat merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan dunia pekerjaan.
Presidennya, Syahril Ahmad Sofian, berkata dasar itu memastikan pelajar mendapat akses kepada peluang latihan yang berstruktur, berbayar dan berkualiti.
Syahril Ahmad Sofian.“Industri di Malaysia memerlukan graduan dilengkapi dengan kemahiran praktikal dan pendedahan dunia sebenar untuk bersaing dalam pasaran kerja kompetitif.
“Dasar Latihan Amali 1:3 ini membantu memenuhi keperluan tersebut dengan menyediakan latihan amali yang berkesan dan mempersiapkan pelajar menghadapi dinamik pasaran buruh.
“Ini seterusnya menyumbang kepada tenaga kerja yang lebih produktif dan selaras dengan keperluan semasa pasaran kerja,” katanya kepada FMT.
Pada 15 Jan lalu, Kesuma menerusi Talent Corporation Malaysia Bhd mengumumkan dasar baharu menghendaki syarikat menyediakan sehingga tiga penempatan latihan amali untuk pelajar tempatan bagi setiap ekspatriat yang diambil bekerja.
Menurut Kesuma, Dasar Latihan Amali 1:3 itu disasarkan memberi manfaat kepada 100,000 pelajar tempatan daripada institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Dasar itu dijangka dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan fasa rintis dari 15 Feb hingga 31 Dis, dan akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Jan 2026.
Mengulas lanjut, Syahril berkata pelaksanaan dasar itu turut memberikan manfaat kepada syarikat melalui pelbagai insentif seperti Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP), Geran Padanan Latihan Industri Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (LiKES) dan Skim Latihan Industri HRD Corp.
Beliau berkata, ini menjadikan satu usaha yang menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pelajar dan majikan.
Menurutnya, fasa rintis pelaksanaan dasar ini yang bermula pada 15 Feb hingga 31 Dis ini membolehkan penambahbaikan dibuat sebelum pelaksanaan secara menyeluruh pada 1 Jan 2026.
“MPPK menyeru semua pihak, termasuk pelajar, institusi pengajian tinggi, serta pemain industri, untuk bersama-sama menyokong usaha ini demi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
“Kami komited untuk terus menyokong dasar ini demi masa depan yang lebih baik untuk pelajar Malaysia,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/dasar-latihan-amali-13-rapat-jurang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Dan Simbol Menguasai Dunia Bukan Kata Kata Atau Hukum Confucius

Tanda Dan Simbol Menguasai Dunia Bukan Kata Kata Atau Hukum Confucius

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 1387 hits
Pernah dengar nukilan dari Confucius di atas Kalau tak pernah sekarang anda dah membacanya dan sudah tahu Cuma apa sebenarnya yang dia maksudkan tentu tidak semudah membacanya Saya berikan kata kata di atas dalam Bahasa Inggeris di bawah ya...
Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 445 hits
freemalaysiatoday com 29 Jan 2025 Menurut seorang ahli akademik u turn kerajaan berkenaan dasar berkait tol musim perayaan mungkin berpunca pelbagai pendapat politik dalam Jemaah Menteri Minggu lepas kerajaan mengumumkan tidak lagi memberik...
Tiga Pelajar Orang Asli Pahang Dari Sk Permatang Keledang Dapat Emas Pertandingan Robotik Dunia

Tiga Pelajar Orang Asli Pahang Dari Sk Permatang Keledang Dapat Emas Pertandingan Robotik Dunia

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Tiga pelajar Orang Asli dari SK Permatang Keledang Pahang telah mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat emas di Olimpik Robot Antarabangsa ke 26 salah satu pertandingan robotik remaja terkemuka dunia yang diad...
Kepala Bapak Hang Kata Sanusi

Kepala Bapak Hang Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 211 hits
Orang tak pernah hina pun negeri tercorot dengan persepsi keberkatan bagai 4 tercorot dibawah ada lah Kelantan Terengganu Kedah Perlis Tu negeri lebai macam ko la perintah Ilmu tak dak nak bercakap Hilang keberkatan ni kalau macam kela tan ...
Wajah Baru Politik Muncul Jika Hadi Jadi Pm Kata Mokhtar

Wajah Baru Politik Muncul Jika Hadi Jadi Pm Kata Mokhtar

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 437 hits
Seorang pemimpin kanan PAS secara terbuka mencadangkan Abdul Hadi Awang sebagai calon perdana menteri dari pembangkang untuk ditawarkan kepada pengundi Ahli Dewan Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik juga menyatakan ciri ciri yang ada pada preside...
Lupa Kata Laluan Emel Panduan Menetapkan Semula Password

Lupa Kata Laluan Emel Panduan Menetapkan Semula Password

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 374 hits
Lupa kata laluan emel boleh menjadi pengalaman yang menyusahkan hidup anda terutama apabila emel adalah alat penting dalam kehidupan seharian kita Jangan risau Berikut adalah langkah langkah mudah untuk membantu anda menetapkan semula kata ...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Stok Seafood Untuk Seminggu

Sekadar Celoteh Prk Sabah 2025

Grindelwald Day 7 2

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman