Murid Cem4s Sampai Terbeli4k Mata Handphone Tiba Tiba Bergerak Sendiri Ketika Sesi Pdpr Kel4m Kabut Lari Panggil Ibu
KETERUJAAN seorang kanak-kanak menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bertukar cem4s apabila melihat telefon bimbit yang digunakannya bergerak sendiri.
Menerusi lensa kamera telefon bimbit yang merakamkan kanak-kanak itu sedang belajar, dapat dilihat peranti itu secara tiba-tiba bergerak daripada merakamkan wajah murid berkenaan dan berpaling ke arah tingkap bilik.
Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Siti Zulaikha Muda memberitahu, kejadian berlaku di bilik belajar di rumahnya di Besut, Terengganu.
Wanita berusia 36 tahun itu berkata, ketika itu anaknya, Mohamed Afiq Irfan Emy Sufian yang berumur enam tahun sedang menyiapkan kerja sekolah bagi subjek Bahasa Melayu.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
“Masa tu PdPR tapi secara offline. Biasalah budak-budak, mood kadang-kadang tak okay. Jadi, saya beri dia (anak) telefon untuk rakam dia sedang buat kerja sekolah.
“Bila dia nampak diri sendiri bercakap di hadapan kamera tu sebenarnya dia berimaginasi seolah-olah ada rakan-rakannya, kononnya sama-sama online dalam Google Meet,” katanya kepada mStar.
Lebih dikenali sebagai Jue Muda, katanya, kali terakhir anak bongsu daripada dua beradik itu mengikuti PdPR secara online adalah pada bulan lalu.
Gelagat Irfan ketika menyiapkan kerja sekolah.
“Anak saya suka PdPR sebab ada Google Meet, dia boleh nampak cikgu dan rakan-rakan. Dia suka berkomunikasi secara bersemuka.
“Tak dapat ke sekolah, PdPR kalau ada video tu memang dia seronok sangat. Tapi bila offline, kerja sekolah diberikan guru menerusi grup aplikasi Telegram atau WhatsApp.
“Masa tu dia seorang dalam bilik, saya dan kakaknya berusia 10 tahun dekat pintu rumah. Dia terkejut telefon berpaling ke arah tingkap, seperti ada seseorang menggerakkannya dari belakang…. dia t4kut terus keluar bilik meluru ke arah saya dan mengadu,” katanya sambil menambah anaknya dikenali sebagai Irfan dalam kalangan rakan-rakan sekelas.
Irfan bersemangat menyiapkan kerja sekolah.
Walaupun jelas kelihatan Irfan t4kut sehingga ada suatu ketika dia terbeli4k biji mata, menurut suri rumah itu, tiada unsur mistlk yang berlaku kerana insiden ‘telefon bergerak sendiri’ itu berpunca daripada struktur meja yang licin bagi ketika rakaman dibuat.
“Sebelum rekod, saya cadang nak pasang stand untuk mudahkan rakaman lebih stabil. Tapi anak saya tak nak pakai, dan hanya sandarkan telefon pada meja.
“Permukaan meja yang licin membuatkan telefon bergerak sendiri berkali-kali. Bila saya beritahu sebab meja licin, dia yang terkejut pun tergelak,” ujarnya secara berseloroh.
Irfan bersama hadiah kerana aktif ketika sesi PdPR, sambil diperhatikan oleh ibunya.
Mengulas lanjut, antara lain telefon tersebut diberikan untuk tujuan rakaman bagi menaikkan semangat anaknya yang merupakan pelajar pra-sekolah untuk menyiapkan kerja sekolah.
“Bila tak ada Google Meet, dia tak seronok sebab buat kerja sekolah seorang tak ada kawan-kawan. Tak ada mood tu sampai tak nak buat homework.
Anak saya suka PdPR sebab ada Google Meet, dia boleh nampak cikgu dan rakan-rakan. Dia suka berkomunikasi secara bersemukaJUE MUDA“Saya pancing mood dia dengan memberikan telefon yang lain untuk dia merakam. Dia ni suka berlakon. Sebab ibu, saya layankan saja asalkan anak rajin buat kerja sekolah,” katanya sambil menambah anaknya menyukai subjek Matematik.
Tambah Jue Muda, anaknya yang berpewatakan manja, ceria, aktif dan lasak itu berasa amat selesa dengan PdPR dan sering bersuara dalam kelas.
Jue Muda (kanan) dan suami (kiri) bersama Irfan (dua, kanan) dan anak sulung.
“Anak saya ni banyak cakap, suka tanya cikgu macam-macam soalan. Kalau ada kawan yang senyap, dia akan kata ‘kenapa kau senyap dalam kelas’.
“Saya kena kawal dan pantau, sampai minta maaf kat cikgu sebab anak saya ni lantang sangat. Tapi memang dia bersemangat setiap kali PdPR, akan standby awal-awal.
“Dia semakin excited bila guru kelas ‘drive thru’ ke rumah hantar hadiah sebagai penghargaan daripada pihak sekolah kerana dia antara murid yang aktif dalam PdPR… bila dapat hadiah, makin seronoklah dia nak kelas online,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : Mstar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2021/08/murid-cem4s-sampai-terbeli4k-mata.html