Mungkin Wujud Musuh Dalam Selimut Dalam Pkr Kata Wan Azizah



(FMT) – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan wujud “musuh dalam selimut” dalam PKR yang cuba merosakkan pemilihan parti di bahagian Julau, Sarawak, semalam.
Presiden PKR itu berkata, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dipertanggungjawab untuk menyiasat dengan teliti dakwaan tablet di pusat mengundi bahagian itu digodam dengan perisian “Prey” sehingga mengakibatkan penangkapan seorang pegawai pemilihan PKR hari ini.
“Saya mahukan JPP siasat dan cari apakah puncanya. Mana-mana pihak yang membuat kepincangan sepatutnya kita tangani sebab parti kita telah berkembang.
“Dulu ahli sikit tetapi sekarang ramai dan kita hadapi banyak masalah juga. Kita tak boleh nafikan mungkin ada ‘infiltrator’ yang datang dan merosakkan parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan rasmi Hari Puteri peringkat kebangsaan, hari ini.
Terdahulu hari ini, seorang pegawai pemilihan PKR yang ditugaskan untuk mengurus proses pengundian di Julau ditahan polis ekoran dakwaan berlakunya “serangan siber” pada sistem e-undi di bahagian itu.
Sebuah portal melaporkan penahanan itu disahkan pengarah pemilihan PKR Sarawak, Desmond Kho.
Katanya, pegawai terbabit kini ditahan polis di Sarikei.
Semalam JPP mengesahkan 4 tablet yang digunakan di pusat mengundi Julau telah digodam.
Pengerusinya, Datuk Rashid Din, berkata, penggodam cuba memasukkan perisian intip itu ke dalam 10 tablet yang digunakan untuk proses pengundian.
Katanya, siasatan awal mendapati perisian intip itu dimasukkan secara fizikal ke dalam tablet untuk kegunaan pemilihan di bahagian Julau kira-kira pukul 4 pagi, semalam.
Dakwaan itu pada awalnya ditimbulkan oleh calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli.
Katanya, perisian itu membolehkan penggodam mengawalnya dari jauh.
Awal bulan ini, dilaporkan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pertambahan mengejut ahli di bahagian parti itu.
Keahlian bahagian Julau dilaporkan meningkat kepada 13,000 orang daripada hanya 603 dalam masa satu hari.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/11/11/mungkin-wujud-musuh-dalam-selimut-dalam-pkr-kata-wan-azizah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Azizah Denies Pkr Suffers From Denial Syndrome

Wan Azizah Denies Pkr Suffers From Denial Syndrome

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 359 hits
PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail says it will be up to the party s election committee to decide if any of the polls should be postponed due to technical problems JULAU PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail today refuted her women s c...
Latheefa Persoal Wan Azizah Ke Julau Menjelang Pemilihan Pkr Sarawak

Latheefa Persoal Wan Azizah Ke Julau Menjelang Pemilihan Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 339 hits
November 7 2018 10 04 AMLatheefa Koya berkata orang ramai berhak tahu tujuan lawatan Wan Azizah Wan Ismail ke Julau menjelang pemilihan PKR Sarawak PETALING JAYA Ahli Jawatankuasa Pusat PKR Latheefa Koya mempersoalkan lawatan Presidennya Da...
Tears Flow As Mother Of Reformasi Wan Azizah Opens Pkr Congress

Tears Flow As Mother Of Reformasi Wan Azizah Opens Pkr Congress

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 243 hits
Dr Wan Azizah Wan Ismail could not hold back her tears as she delivered her final speech as PKR president at the party s national congress today I am a bit emotional today because this is my last speech Tomorrow will still come and tomorrow...
Pkr Approves Motion To Appoint Wan Azizah As Advisory Council Chair

Pkr Approves Motion To Appoint Wan Azizah As Advisory Council Chair

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 301 hits
PKR AGM The PKR congress has unanimously approved a motion to appoint outgoing party president Dr Wan Azizah Wan Ismail as the PKR advisory council chairperson The motion was put forth by Fahmi Fadzil on behalf of the party central leadersh...
Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah

Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 336 hits
Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah Jangan Sampai Rakyat Kata Kita Sama Dengan Kerajaan Dulu Wan Azizah
Pkr Pak Turut Dap Ahli Pkr Desak Wan Azizah Dedah Perjanjian Sulit Dengan Dap

Pkr Pak Turut Dap Ahli Pkr Desak Wan Azizah Dedah Perjanjian Sulit Dengan Dap

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 395 hits
SUNGAI PETANI Sekitar 3 000 ahli PKR dari kawasan Jerai Pendang dan Merbok mendesak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan apa yang didakwa mereka perjanjian sulit dengan pemimpin DAP Bekas pemangku Ketua Cabang Jerai ...
Pakatan Tak Masuk Campur Isu Politik Wang Pkr Kata Guan Eng

Pakatan Tak Masuk Campur Isu Politik Wang Pkr Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 275 hits
Pakatan tak masuk campur isu politik wang PKR kata Guan Eng Dikemas kini 33 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 17 Nov 2
Ulang Tegas Oleh Dr Wan Azizah Penting

Ulang Tegas Oleh Dr Wan Azizah Penting

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 309 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Yang di Pertuan Agong be...
Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep