Pkr Pak Turut Dap Ahli Pkr Desak Wan Azizah Dedah Perjanjian Sulit Dengan Dap



SUNGAI PETANI: Sekitar 3,000 ahli PKR dari kawasan Jerai, Pendang dan Merbok mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan apa yang didakwa mereka "perjanjian sulit" dengan pemimpin DAP.

Bekas pemangku Ketua Cabang Jerai, Shahidan Zakaria yang mewakili ahli PKR terlibat pada sidang media khas itu berkata tindakan Dr Wan Azizah itu telah mengorbankan kepentingan parti demi menurut telunjuk sekutunya.

“Kita meminta Datuk Seri Dr Wan Azizah memperjelaskan tentang perjanjian sulit itu dan dipersetujui dengan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan DAP.

“Kedua, apakah benar Lim Kit Siang membuat semua keputusan dalam Pakatan dan (Dr) Wan Azizah hanya ‘pak turut’.

“Jika benar, maka parti PKR boleh diibarat seperti tubuh badan manakala kepalanya adalah DAP,” kata Shahidan.

Beliau mendakwa banyak keputusan yang dibuat oleh Dr Wan Azizah telah menimbulkan pelbagai keraguan dalam kalangan ahli.

Shahidan berkata antara keputusan kepimpinan PKR yang menimbulkan tanda tanya dan bantahan dalam kalangan ahli akar umbi PKR di Kedah adalah membenarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Tindakan membenarkan Tun Dr Mahathir dan Mukhriz guna watikah dan logo PKR merupakan satu pengkhianatan kepada reformasi PKR 1998," kata Shahidan.

Kepimpinan pakatan pembangkang membabitkan DAP, PKR, PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN) bersetuju menggunakan simbol PKR ketika bertanding pada PRU14.

Dr Wan Azizah, katanya, juga telah membelakangkan kepimpinan negeri dan cabang dengan meletakkan calon luar di beberapa kerusi yang sepatutnya diwakili calon tempatan.

Shahidan mendakwa Dr Wan Azizah telah mengetepikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dalam perbincangan dengan kepimpinan DAP.

Shahidan turut mempertikaikan kaedah pemilihan calon PKR di Kedah yang membelakangkan pandangan kepimpinan PKR negeri dan di peringkat cabang.

“Dr Wan Azizah hanya menurut kehendak Datuk Johari Abdul sebagai penasihat kepimpinan PKR dalam soal pemilihan calon di Kedah tanpa berunding terlebih dahulu dengan pemimpin negeri dan juga Ketua Cabang.”

Shahidan mendakwa ekoran daripada itu beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) parti itu telah ditutup sebagai membantah keputusan Dr Wan Azizah.


-Astro Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/pkr-pak-turut-dapahli-pkr-desak-wan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Azizah Denies Pkr Suffers From Denial Syndrome

Wan Azizah Denies Pkr Suffers From Denial Syndrome

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 344 hits
PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail says it will be up to the party s election committee to decide if any of the polls should be postponed due to technical problems JULAU PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail today refuted her women s c...
Mungkin Wujud Musuh Dalam Selimut Dalam Pkr Kata Wan Azizah

Mungkin Wujud Musuh Dalam Selimut Dalam Pkr Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 353 hits
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan wujud musuh dalam selimut dalam PKR yang cuba merosakkan pemilihan parti di bahagian Julau Sarawak semalam Presiden PKR itu berkata Jawatankuasa Pemilihan Parti dipertanggungjawa...
Latheefa Persoal Wan Azizah Ke Julau Menjelang Pemilihan Pkr Sarawak

Latheefa Persoal Wan Azizah Ke Julau Menjelang Pemilihan Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 330 hits
November 7 2018 10 04 AMLatheefa Koya berkata orang ramai berhak tahu tujuan lawatan Wan Azizah Wan Ismail ke Julau menjelang pemilihan PKR Sarawak PETALING JAYA Ahli Jawatankuasa Pusat PKR Latheefa Koya mempersoalkan lawatan Presidennya Da...
Lawatan Wan Azizah Ke Julau Dipertikai

Lawatan Wan Azizah Ke Julau Dipertikai

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 320 hits
SIBU Lawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Julau di sini semalam mencetuskan pertikaian dalam kalangan kepemimpinan parti itu Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya berkata lawatan berkenaan bia...
Ahli Parlimen Dap Terima Rasuah Rm300 000 Peguam

Ahli Parlimen Dap Terima Rasuah Rm300 000 Peguam

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 369 hits
Seorang peguam membuat laporan SPRM terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming seorang taikun perniagaan dan Pakatan Harapan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz membuat laporan itu berdasarkan tulisan di blog Koon yang telah pun dipadamka...
Ahli Bertambah Mendadak Sprm Tahan Ketua Cabang Pkr

Ahli Bertambah Mendadak Sprm Tahan Ketua Cabang Pkr

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 311 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap seorang ketua bahagian PKR semalam berhubung isu penambahan ahli yang begitu banyak di PKR Cabang Julau Sarawak Sumber SPRM memberitahu tangka...
Wan Azizah Nafi Dakwaan Zuraida

Wan Azizah Nafi Dakwaan Zuraida

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 408 hits
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa wujud sindrom penafian berkaitan unsur unsur sabotaj dalam pemilihan parti itu seperti didakwa ketua wanitanya Zuraida Kamaruddin Menurut Dr Wan Azizah selain tiada isu penaf...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik