Mulakan Semula Langkah Ke Putrajaya Secara Berprinsip







Penyertaan 600 ahli Bersatu Port Dickson ke dalam KEADILAN pada sambutaan Maal Hijrah semalam boleh dianggap satu permulaan baharu memperkasakan langkah ke Putrajaya.

Penghijrahan ahli Bersatu paksi Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin kebelakangan ini bukan sahaja kepada parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas PM Tun Mahathir, tetapi juga melimpah kepada KEADILAN.

Bagi ahli Bersatu yang mahu perjuangan konsisten mewujudkan Malaysia baharu dan terbukti tidak goyah selama 20 tahun, KEADILAN adalah pilihan wajib dan berasas.

Menurut bekas pemimpin Bersatu, Ibrahim Khan Amanulla Khan, KEADILAN mempunyai seorang ikon yang cekal, boleh dipercayai dan tidak pernah lari dari perjuangan, iaitu presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apabila saya tidak lagi percaya perjuangan Bersatu, tidak susah saya cari pemimpin yang fokus dalam perjuangan. Selama berpuluh tahun, Datuk Seri Anwar, berjuang membina Malaysia yang lebih baik. Beliau hadapi segala cabaran dan tohmahan namun pendiriannya tidak mampu digugat oleh sesiapa.

"Sukar kita mencari pemimpin yang begitu cekal dalam perjuangan. Nama Anwar akan dikenang dalam sejarah negara sebagai pejuang perubahan," ucapnya di majlis penyertaan ahli Bersatu ke dalam KEADILAN semalam.

Bagi Ibrahim, Anwar wajar untuk marah apabila janji penyerahan kuasa dalam tempoh 2 tahun dikhianati pemimpin Bersatu namun sikapnya sebagai negarawan sejati kekal tenang dan lebih mementingkan rakyat berbanding mengejar kuasa.

Ibrahim mengenang kembali ketika Anwar dicari sehingga ke penjara bagi memastikan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14. Namun perjuangan yang tidak mengutamakan rakyat, katanya, berakhir dengan pengkhianatan.

Yakin dengan tekad berjuang mewujudkan Malaysia yang lebih baik, Ibrahim dan rakan-rakan bertekad akan meneruskan perjuangan dalam wadah KEADILAN bagi memulakan sekali lagi perjuangan rakyat menawan ke Putrajaya.

"Oleh itu, saya membuat keputusan meninggalkan Bersatu dan berhijrah ke dalam KEADILAN. Ingin saya maklumkan bahawa saya tidak bersendirian. Bersama-sama saya ialah 600 ahli yang lain untuk menyertai KEADILAN.

"Saya berharap agenda mewujudkan sebuah Malaysia yang bersih dan bermaruah akan dapat diteruskan. Laluan ke Putrajaya akan kita mulakan semula dengan semangat dan prinsip yang betul," katanya.
 


Sebelum itu, Ibrahim menyentuh mengenai perjuangannya sebagai antara pengasas Bersatu di Negeri Sembilan. Betapa parti lamanya komited menentang kletokrasi sehingga rakyat Negeri Sembilan tidak ragu-ragu memberi mandat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu. Namun, kemudiannya dengan tanpa rasa bersalah para pemimpin Bersatu bersekongkol pula bersama pemimpin rasuah yang mereka tentang habis-habisan.

"Kita harungi pelbagai cabaran. Perjuangan asal Bersatu sangat sukar. Saya adalah antara yang terawal menyertai Bersatu.

"No keahlian 136. Waktu itu kita mahu melahirkan Malaysia baru yang boleh dibanggakan. Matlamat kita membasmi rasuah dan menjatuhkan kerajaan kleptokrat. Saban hari kita dendang matlamat ini. Ternyata rakyat teruja dan telah memberi sokongan sehingga Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

"Saya hairan bagaimana kita boleh menghancurkan amanah yang diberi. Kita menubuhkan Bersatu dengan ramai yang berkorban dalam usaha penubuhan.

"Kita lupa pengorbanan pejuang asal Bersatu. Apa yang hendak kita cari? Bagaimana kita boleh berkumpul dengan pemimpin yang dulunya kita tentang?" soalnya.

Turut menyertai Bersatu bersama Ibrahim adalah Ketua Pemuda dan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Port Dickson, Bendahari dan Timbalan Pengerusi Tetap Bersatu Cawangan Telok Kemang serta AJK cawangan.

Majlis itu diadakan di pusat peranginan Tasik Villa International Resort, Port Dickson dan disaksikan wakil khas Anwar di Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bersama beberapa ahli politik tempatan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/mulakan-semula-langkah-ke-putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adn Cadang Langkah Agresif Bangunkan Semula Pantai Morib Kelanang

Adn Cadang Langkah Agresif Bangunkan Semula Pantai Morib Kelanang

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 272 hits
SHAH ALAM 23 OGOS Kerajaan Negeri dicadang lebih agresif membangunkan semula Pantai Morib dan Pantai Kelanang Banting dalam usaha menjadikannya sebagai pusat peranginan tumpuan pelancong Ahli Dewan Negeri Morib Hasnul Baharuddin berkata pem...
Kenapa Ph Tidak Sokong Ruu Langkah Langkah Sementara Pembiayaan Kerajaan

Kenapa Ph Tidak Sokong Ruu Langkah Langkah Sementara Pembiayaan Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 293 hits
FAEZUDDIN PUADUntuk makluman semua RUU Langkah Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan 2020 berbeza dengan RUU Perbekalan Boleh rujuk RUU yang telah dibacakan diluluskan dan bakal dibacakan di sini PH tidak menyokong RUU Perbekalan keran...
5 Langkah Bijak Uruskan Kewangan Anda

5 Langkah Bijak Uruskan Kewangan Anda

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 424 hits
Dalam menguruskan kewangan peribadi anda perlu mengamalkan tabiat kewangan yang betul Anda tidak perlu menjadi pakar kewangan cuba amalkan 5 langkah bijak ini yang mudah untuk dipelajari dan laksanakan supaya pengurusan kewangan wang anda d...
Dr Mahathir Selalu Spin Langkah Sheraton Apa Sebenar Yang Berlaku Dan Siapa Dalang Sebenar Langkah Sheraton

Dr Mahathir Selalu Spin Langkah Sheraton Apa Sebenar Yang Berlaku Dan Siapa Dalang Sebenar Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 470 hits
Berkali kali Dr Mahathir nafikan yang beliau telah letak jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke 7 Terkini dalam Parlimen Dr Mahathir mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Grik ketika beliau sedang membahaskan tentang dakwaan pengkhianata...
4 Langkah Menjadikan Gerai Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Anda Lebih Bagus Dari Pesaing

4 Langkah Menjadikan Gerai Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Anda Lebih Bagus Dari Pesaing

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 555 hits
Buka gerai jual nasi lemak tepi jalan adalah salah satu bisnes yang paling mudah untuk anda buat seandainya kena buang kerja Selain dari itu bagi mereka yang ada kenderaan yang The post appeared first on
Video Apa Nak Bangga Dengan Langkah Sheraton

Video Apa Nak Bangga Dengan Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 283 hits
Anwar IbrahimApa yang boleh dibanggakan dengan Langkah Sheraton Politik negara terus menjadi tidak stabil dengan wujudnya ketidaktentuan baik dari segi politik mahupun ekonomi serta tidak memberi keyakinan kepada para pelabur luar Bagaimana...
6 Langkah Bebas Jerawat Dengan 100 Formula Herba Dari Himalaya

6 Langkah Bebas Jerawat Dengan 100 Formula Herba Dari Himalaya

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 299 hits
6 Langkah Bebas Jerawat dengan 100 Formula Herba dari Himalaya Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang buat kita jad strees Walaupun cik en bukan jenis kulit berminyak yang mana punca utama kulit berjerawat tapi apabila dah masuk umur ...
Langkah Hukum Yang Bisa Diambil Jika Keputusan Sekolah Merugikan

Langkah Hukum Yang Bisa Diambil Jika Keputusan Sekolah Merugikan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 291 hits
Keputusan yang diambil pihak sekolah terkait proses belajar mengajar dan masalah administrasi kadang tidak sejalan dengan harapan orangtua murid Namun bukan berarti keputusan tersebut tidak bisa diganggu gugat masih ada cara yang bisa ditem...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas