Dr Mahathir Selalu Spin Langkah Sheraton Apa Sebenar Yang Berlaku Dan Siapa Dalang Sebenar Langkah Sheraton



Berkali-kali Dr Mahathir nafikan yang beliau telah letak jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke 7.

Terkini dalam Parlimen, Dr Mahathir mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Grik ketika beliau sedang membahaskan tentang dakwaan pengkhianatan yang sering dituduh oleh Ahli Parlimen blok pembangkang dari Pakatan Harapan kepada Ahli Parlimen blok kerajaan dari Perikatan Nasional.
Seperti biasa, alasan yang akan diberikan oleh Dr Mahathir adalah sama, beliau tidak letak jawatan tetapi bila PPBM menarik diri dari Pakatan Harapan maka dengan sendirinya Kerajaan Pakatan Harapan tumbang kerana tidak mempunyai majoriti yang cukup di dalam Parlimen, maka dengan sendirinya jawatan Perdana Menteri yang beliau sandang ketika itu terlucut dengan sendiri.
Itulah yang beliau katakan sebagai pengkhianatan terhadap mantan Kerajaan Pakatan Harapan terutamanya terhadap diri beliau sendiri dan menjadi penyebab beliau kejatuhan mantan Kerajaan Pakatan Harapan dan seterusnya membuatkan beliau kehilangan jawatan Perdana Menteri.
Pendek kata, apa yang cuba Dr Mahathir cuba spin ialah kejatuhan mantan Kerajaan Pakatan Harapan dan kehilangan jawatan Perdana Menteri bukanlah sebab beliau membuat keputusan yang salah ketika meletak jawatan tetapi sebab PPBM menarik diri dari Pakatan Harapan dan kesemua Ahli Parlimen yang bersama-sama dengan Muhyiddin dalam membentuk Kerajaan Perikatan Nasional adalah pengkhianat.
Maksudnya PPBM membuat pengumuman menarik diri lebih awal sebelum beliau mengeluarkan kenyataan meletak jawatan!!!
Itu yang cuba Dr Mahathir spin dan persepsi beliau tidak bersalah cuba beliau tanamkan di dalam pemikiran semua orang ialah beliau adalah mangsa pengkhianatan kesemua Ahli Parlimen yang membentuk kerajaan terkini, Kerajaan Perikatan Nasional.
Apakah benar seperti apa yang beliau katakan, kita cuba imbas kembali sejarah yang telah berlaku sekitar pertengahan dan hujung Februari lepas.
Dr Mahathir Melatak Jawatan Secara Sukarela Dan Sah

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri yang mengumumkan Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri bertarikh 24 Februari 2020.
Malah Dr Mahathir sendiri telah memuat naik salinan kenyataan akhbar tersebut dalam akaun Twitter beliau pada hari yang sama.

Isu perletakan jawatan Dr Mahathir disahkan malah dijelaskan dengan terperinci oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  ibni almarhum Sultan Ahmad Shah, dalam ucapan pembukaan persidangan Dewan Rakyat.
Jadi sudah jelas, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketika mantan Kerajaan Pakatan Harapan masih berkuasa kerana kalau mantan Kerajaan Pakatan Harapan sudah runtuh ketika itu, tidak timbul isu meletak jawatan.
Pada hari Dr Mahathir meletak jawatan, yang terlucut secara automatik adalah jawatan menteri dan timbalan menteri yang ada dalam kabinet lantikan Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri ke 7.
Kalau benar Dr Mahathir betul-betul mahu menyelamatkan Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu, beliau boleh mencadangkan nama Anwar Ibrahim yang disebut-sebut sebagai pengganti beliau selepas beliau berundur dan semasa mengadap SPB YDP Agong, beliau boleh membawa bersama pemimpin parti komponen sebagai membuktikan Anwar mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Bukankah itu yang dirancang, dikehendaki dan dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan di mana Dr Mahathir adalah pengerusinya?
Jadi siapa yang mengkhianati siapa sebenarnya, Dr Mahathir yang mengkhianati Pakatan Harapan atau Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang mengkhianati Pakatan Harapan?
SPB YDP Agong pasti akan memperkenankan cadangan itu kerana Pakatan Harapan ketika itu masih mempunyai sokongan majoriti dalam Parlimen.
Dakwaan 'Langkah Sheraton' Sebagai Punca Kemelut Politik

Benar, pertemuan pemimpin politik di Hotel Sheraton petang 23 Februari 2020 (selepas pertemuan di rumah Dr Mahathir), yang dikenali sebagai 'Langkah Sheraton' adalah bertujuan untuk menubuhkan 'Kerajaan Perpaduan' tanpa DAP, PKR dan PAN.
Yang dicadangkan dan telah dipersetujui oleh kesemua pemimpin politik yang terlibat dalam 'Langkah Sheraton' untuk dilantik menjadi Perdana Menteri ialah Dr Mahathir.
Pertemuan Di Rumah Dr Mahathir Sebelum Pertemuan 'Langkah Sheraton'

Jadi, siapa sebenarnya yang merancang 'Langkah Sheraton'!!!


Sebab itu kenyataan PPBM keluar dari Pakatan Harapan dikeluarkan hanya beberapa jam selepas keratan akhbar Dr Mahathir meletak jawatan.
Tetapi apabila Dr Mahathir sendiri yang melanggar persetujuan asal, maka sokongan terhadap Dr Mahathir ditarik balik.
Oleh kerana tarikh kenyataan akhbar Dr Mahathir letak jawatan sama dengan tarikh pengumuman PPBM keluar dari Pakatan Harapan, maka Dr Mahathir cuba spin isu ini.
Kalau kita imbas kembali peristiwa yang berlaku, pengumuman Dr Mahathir letak jawatan dibuat dahulu, selepas beberapa jam, baharulah pengumuman PPBM keluar dari Pakatan Harapan dibuat dan kemudiannya Azmin pula mengumumkan keluar dari PKR serta seterusnya menyaksikan Pakatan Harapan kehilangan majoriti di dalam Parlimen.
Hakikatnya, Dr Mahathir hanya mahu menggunakan sokongan Ahli Politik UMNO dan PAS untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu dengan memberi persetujuan asal untuk menubuhkan 'Kerajaan Perpaduan' tanpa DAP, PKR dan PAS tetapi tujuan sebenar Dr Mahathir ialah untuk menubuhkan 'Kerajaan Perpaduan' di mana kesemua anggota kabinet akan beliau sendiri yang tentukan tanpa boleh dibantah oleh sesiapa.
Dalam artikata yang lain, Dr Mahathir bercadang untuk memiliki kuasa memerintah yang mutlak dalam Kerajaan Malaysia.
Sebab itulah Dr Mahathir meminta supaya SPB YDP Agong supaya melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim selepas beliau meletak jawatan, walau pun jawatan Perdana Menteri Interim sebenarnya tiada dalam Perlembagaan Malaysia.
Ketika menjadi Perdana Menteri Interim, secara sah, hanya Dr Mahathir seorang yang berada dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia.
Strategi beliau adalah untuk menimbulkan suasana panik dan tekanan kepada SPB YDP Agong dan Ahli Parlimen supaya bersetuju dengan cadangan beliau kerana ketika itu  Kerajaan Malaysia hanya mempunyai seorang Perdana Menteri sementara sahaja dalam barisan kabinet.
Namun ibarat senjata makan tuan, bila SPB YDP Agong dan Ahli Parlimen telah memilih jalan penyelesaian yang bertentangan dengan apa yang dirancang oleh Dr Mahathir.
SPB YDP Agong membuat keputusan untuk bersemuka dengan semua Ahli Parlimen dan Ahli Parlimen telah menyatakan untuk menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir ketika mengadap SPB YDP Agong.
Yang seterusnya telah menjadi sejarah, dan setelah hilang kepercayaan kepada Dr Mahathir selepas tahu kedudukan yang sebenarnya, maka Pakatan Harapan mengambil langkah segera dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang baharu.

Ibarat senjata makan tuan, tersepit dengan kegagalan perancangan sendiri dan ditolak Pakatan Harapan, Dr Mahathir memutuskan untuk menubuhkan satu lagi parti Melayu yang semakin menambah perpecahan orang Melayu.
Dr Mahathir boleh memutarbelitkan cerita, tetapi sejarah yang tercatit tidak pernah menipu, meminjam kata-kata Bossku, internet tidak pernah menipu!!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/08/dr-mahathir-selalu-spin-langkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Apa Nak Bangga Dengan Langkah Sheraton

Video Apa Nak Bangga Dengan Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 283 hits
Anwar IbrahimApa yang boleh dibanggakan dengan Langkah Sheraton Politik negara terus menjadi tidak stabil dengan wujudnya ketidaktentuan baik dari segi politik mahupun ekonomi serta tidak memberi keyakinan kepada para pelabur luar Bagaimana...
Selalu Ada Cerita Di Warung Tetangga Mana Yang Sering Mengisi Masa Kecilmu

Selalu Ada Cerita Di Warung Tetangga Mana Yang Sering Mengisi Masa Kecilmu

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 229 hits
Masih banyak cerita lain yang menghiasi kehadiran warung tetangga mana nih yang paling banyak mewarnai masa kecilmu
Ruam Lampin Selalu Jadi Dekat Bayi Tapi Kalau Biarkan Boleh Melarat Ini Tip Doktor Saran Kalau Tak Nak Mudarat

Ruam Lampin Selalu Jadi Dekat Bayi Tapi Kalau Biarkan Boleh Melarat Ini Tip Doktor Saran Kalau Tak Nak Mudarat

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 267 hits
Ruam lampin yang sering melanda bayi itu mungkin perkara normal untuk anak anak tapi kalau dibiarkan ia juga boleh melarat dan menyebabkan rasa sakit pada si kecil Satu situasi yang berlaku kepada seorang ibu pada bayinya yang mempunyai rua...
Kenapa Selalu Ada Ulser Di Mulut

Kenapa Selalu Ada Ulser Di Mulut

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 380 hits
Master selalu ada ulser dalam mulutnya Master perasan jika dia rajin berjaga pada waktu malam ulser selalu datang Apa itu ulser Alah luka luka kecil dalam mulut tu ada di pipi ada yang di bawah lidah malahan di gusi pun boleh ada ulser Ada ...
Jom Sertai Peraduan Pak Aji Selalu Ada Beli Menang

Jom Sertai Peraduan Pak Aji Selalu Ada Beli Menang

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 431 hits
Jom Sertai Peraduan Pak AJI Selalu Ada Beli Menang Salam dan selamat petang korang Petang ni KakYa nak ajak korang join satu peraduan anjuran AJINOMOTO Pak AJI Selalu Ada Beli Menang Jom sertai peraduan ni sekarang Pak AJI nak bagi hadiah h...
Patutlah Anak Selalu Sakit Sakit Puncanya Ayah Selalu Merokok Dalam Kereta Rumah

Patutlah Anak Selalu Sakit Sakit Puncanya Ayah Selalu Merokok Dalam Kereta Rumah

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 300 hits
Ramai yang beranggapan bahawa kalau merokok jauh dari rumah ataupun dalam kereta dengan membuka tingkap asap tersebut akan terus berlalu Tapi sedarkah anda kesan asap rokok tersebut tidak akan hilang dan boleh membahayakan nyawa orang lain ...
Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco