Muktamar Ke 66 Buktikan Pas Hanyalah Parti Pak Pandir


 
Oleh MOHD ARIF JUHANI ABDUL RAHMANSeptember 19, 2020 Selepas menantikan sekian lama untuk membentuk kerajaan, akhirnya pada tahun ini berjayalah juga Pas mencapai hasrat itu walaupun secara ‘tebuk atap’ seperti diistilahkan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
Pada minggu lalu juga, Pas selesai mengadakan muktamar ke-66 di Kelantan dengan penuh kebanggaan kerana menjadi sebahagian parti pemerintah.
Sudah pasti, dengan kedudukan tersebut, ramai perwakilan, orang ramai termasuk media menanti-nantikan ucapan perbahasan yang lebih bernas, berwibawa dan menampilkan kewibawaan parti tersebut sebagai kerajaan.
Malang sekali penantian itu berakhir dengan penuh kekecewaaan hatta kepada pemimpin dan ahli Pas sendiri. Kekecewaan paling awal terhasil apabila Pas seperti parti yang melukut di tepi gantang apabila tidak diberikan walau sebuah kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Begitu malang sekali nasib Pas walaupun Abdul Hadi Awang mengakui tiada masalah kepada parti itu bertanding dengan menggunakan lambang dacing Barisan Nasional (BN).
Kekecewaan yang cuba dipujuk oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan berdalih kononnya langkah tidak bertanding adalah satu strategi nampaknya gagal diterima oleh kebanyakan pemimpin.
Cuba menyembunyikan kekecewaan, ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula mengatakan pihak yang mentertawakan Pas kerana tidak mendapat kerusi untuk bertanding adalah orang yang gagal.
Sesiapa sahaja boleh faham bahawa antara punca Pas diketepikan dalam PRN Sabah adalah kerana sikap tidak bertoleransi ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Mohamad Zawawi Salleh terhadap agama Kristian ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa kitab Injil yang digunakan oleh penganut agama itu telah diselewengkan.
Tanpa menunggu lama, ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari pula dengan agresif membalas sikap tidak bermuafakat sekutunya dengan mencadangkan supaya Pas diberikan kuasa untuk mendominasi sepenuhnya kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Sudah pasti kenyataan ini akan memberi kesan kepada proses pembahagian kerusi antara sesama parti komponen. Kalau dahulu Muafakat Nasional hanyalah melibatkan parti utama seperti Pas dan Umno. Tetapi selepas membentuk kerajaan tebuk atap, pembahagian kerusi semakin sukar kerana telah melibatkan Bersatu.
Gabungan parti politik yang menggunakan identiti Melayu-Islam itu hakikatnya bukan sahaja sukar untuk mencari formula pembahagian kerusi yang adil lagi saksama, malah kejituan mereka kepada perjuangan asal Muafakat Nasional juga semakin diragui dan dikesalkan.
Hal ini boleh sahaja dilihat berdasarkan kepada luahan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya yang kerap membangkitkan kekecewaan ekoran kelemahan kerajaan baharu meneruskan apa yang telah diperjuangkan sesama menjadi pembangkang.
Persoalan sekolah vernakular, pembelaan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan sebagainya yang gagal ditangani dipertikaikan secara terbuka oleh Isma.
Berbalik kepada penganjuran muktamar tadi. Selain kekecewaan gagal bertanding di Sabah, rata-rata laporan media termasuk lidah rasmi Pas, Harakadaily dengan jelas mendedahkan betapa para perwakilan sudah semakin bijak menggunakan bahasa elit berbanding marhaen.
Mereka mula pandai untuk mencipta pelbagai dalih supaya ada jawatan dan gelaran boleh diberikan kepada pemimpin walaupun hanya di peringkat kawasan. Contohnya apabila Nik Zawawi yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat mencadangkan supaya diwujudkan jawatan penasihat syariah bagi setiap peringkat dan agensi kerajaan.
Sudah tentu jawatan ini diciptakan untuk pemimpin Pas sahaja sementelah mereka menganggap bahawa golongan mereka sahajalah yang paling memahami hukum-hakam Islam.
Kemudian, perwakilan Wilayah Persekutuan, Abdul Rani Mohamad Daud dengan tidak semena-mena mencadangkan agar pemimpin parti itu di beberapa peringkat pertubuhan diberikan gelaran kebesaran seperti Dato’ yang kononnya boleh meningkatkan penghormatan dan keterujaan ahli kepada pucuk pimpinan.
Demi untuk memastikan jawatan pemimpin dalam barisan kabinet tidak digugat, muncul pula seorang peserta yang mempersoalkan kelemahan tentera siber yang digelar ‘Mujahid Cyber’ kerana gagal mempertahankan Khairuddin Aman Razali selepas didapati ingkar mematuhi arahan kuarantin Covid-19 selepas pulang bercuti dari Turki.
Begitulah gambaran betapa hancurnya prinsip akhlak dan integriti pemimpin dan ahli Pas apabila masih menegakkan benang yang basah walaupun kesalahan yang dilakukan begitu terang bersuluh.
Jika dahulu ulama Pas bolehlah dianggap mempunyai kewibawaan dalam membawa semangat perjuangan Islam, tetapi muktamar yang berlangsung menunjukkan kemunduran yang melampau sehingga boleh dianggap sudah kembali kepada jalur ekstrem, fanatik dan taksub.
Hal ini boleh dilihat kepada kenyataan perwakilan Pas Kelantan yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Hassan Mahamood yang menyebut dua perkara yang amat ekstrem. Pertama, menggelarkan sesiapa yang bertanya tentang pelaksanaan hudud sebagai ‘suara syaitan’ dan kedua menyalah tafsir konsep ‘Faqtuluh’ (bunuh dia) kepada golongan yang cuba pecah-belahkan keakraban Pas-Umno.
Secara umum, muktamar Pas kali ini gagal menggerunkan musuh politiknya tentang keberadaan mereka sebagai parti pemerintah. Untunglah, hampir tiada ahli Pas yang berani mengangkat kepala melawan arus. Mungkin kerana setakat ini doktrin pembekuan fikrah melalui konsep wala’ masih kekal membelenggu minda ahli-ahli Pas.
Seperti gelagat pak pandir, segala kesalahan yang dibuat oleh para pemimpin akan segera dipertahankan dengan pelbagai dalih oleh ahli-ahlinya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/muktamar-ke-66-buktikan-pas-hanyalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Mahu Parti Bertanding Di Seluruh Parlimen Di Empat Negeri

Pemuda Pas Mahu Parti Bertanding Di Seluruh Parlimen Di Empat Negeri

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 242 hits
ARIF ATAN Hati Pas yang terguris kerana langsung tidak diberikan sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah dilihat belum reda lukanya Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari hari ini menyarankan untuk Pas meletakkan calon ...
Pas Sabah Minta Pemimpin Parti Hati Hati Keluarkan Kenyataan

Pas Sabah Minta Pemimpin Parti Hati Hati Keluarkan Kenyataan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 323 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 1 12 pmMUKTAMAR PAS Perwakilan PAS Sabah mengingatkan pimpinan parti mereka supaya berhati hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo Setiausaha P...
Prn Sabah Pemuda Pas Terima Keputusan Tiada Calon Parti Tapi Tetap Hantar Jentera

Prn Sabah Pemuda Pas Terima Keputusan Tiada Calon Parti Tapi Tetap Hantar Jentera

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR Pemuda PAS menyatakan sayap parti Islam itu menerima keputusan presidennya untuk memberi laluan kepada sekutu mereka BN PN di PRK Sabah Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata walaupun tiada calon PAS bertanding pihaknya tetap ...
Perjuangan Pas Mudah Siapa Saja Jadi Pm Parti Jenama Islam Ini Akan Sokong

Perjuangan Pas Mudah Siapa Saja Jadi Pm Parti Jenama Islam Ini Akan Sokong

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 258 hits
Nik Amar kata SETAKAT INI Pas sokong PN Kalau PN jatuh itu cerita lain katanya Hahaha Nampak tak cara Pas berpolitik Cara paling mudah tiada prinsip Janji senang dapat beli mercedes Dulu waktu Mahathir jadi PM kjaan PH Hadi kata sokong Maha...
Ketika Pemimpin Profesional Tinggalkan Parti Adakah Pas Rugi Ustaz Mokhtar Senik

Ketika Pemimpin Profesional Tinggalkan Parti Adakah Pas Rugi Ustaz Mokhtar Senik

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 603 hits
KETIKA beberapa orang pimpinan PAS keluar meninggalkan PAS ada orang berkata PAS rugi kerana kehilangan sekumpulan profesional yang sekiranya mereka terus berada dalam PAS maka PAS akan dilihat hebat Lalu ramai yang menyalahkan perwakilan m...
Penyokong Pas Di Pantai Timur Mahu Parti Bersendirian

Penyokong Pas Di Pantai Timur Mahu Parti Bersendirian

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 173 hits
Pengkhianatan yang dilakukan oleh Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional menyebabkan Pas tidak bertanding di Sabah buat pertama kali sejak 1986 membuat banyak penyokong parti itu berpendapat tiada gunanya bekerjasama dalam mana mana gabun...
Pas Gunakan Hadis Bernegara Untuk Parti

Pas Gunakan Hadis Bernegara Untuk Parti

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 164 hits
Ipohmali HADIS YANG DISALAH TAFSIR ULAMA PAS KONTEKS NEGARA DIGUNAKAN ATAS PARTI 1 MEMAHAMI KONTEKS QURAN DAN HADIS PAS bukan saja menyalah Tafsir kan maksud Jamaah urusan Aqidah dalam pentafsiran Hadis dan Quran dengan partinya malah konte...
Muktamar Pas Hal Hal Terpendam Dan Pesan Malar Segar

Muktamar Pas Hal Hal Terpendam Dan Pesan Malar Segar

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 228 hits
Muktamar PAS kali ke 66 yang berlangsung di Kota Bharu kelmarin menyaksikan banyak perubahan pendekatan yang diambil pimpinan dan perwakilan parti itu dalam mengetengahkan agenda serta hala tuju politik mereka Dengan tempoh persidangan yang...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar