Mukhriz Tiada Parti Dominan Kekuatan Ph



Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mukhriz Mahathir berkata tiada keperluan bagi Pakatan Harapan (PH) untuk mempunyai satu parti yang dominan kerana kesamarataan yang ada dalam pakatan itu ternyata berkesan untuk setiap parti menyuarakan pendapat masing-masing.

Malah kata beliau ketiadaan satu parti yang terlalu mendominasi dalam pakatan merupakan kelebihan buat PH untuk melaksanakan tugas sebagai kerajaan.

“Amalan konsensus (dalam PH) berjalan dengan begitu baik sekali. Saya dapat lihat tak perlu ada satu parti terlalu dominasi seperti Umno dalam Barisan Nasional (BN) dulu untuk membangkitkan perkara-perkara yang dianggap penting,” katanya dalam temu bual dengan Bernama dui luar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Katanya perkara itu memang merupakan perbezaan yang paling ketara di antara PH dan BN iaitu dalam PH semua parti mempunyai hak dan suara yang sama tanpa mengira jumlah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki oleh parti komponen.

Katanya BN didominasi oleh Umno dengan presiden dan timbalan presiden Umno adalah perdana menteri dan timbalan perdana menteri selain kebanyakan menteri adalah daripada parti itu, tetapi PH mementingkan kesamarataan.

“Dalam PH kita mempunyai Tun (Dr Mahathir Mohamad) daripada parti kedua terkecil dalam PH sebagai pengerusi PH dan perdana menteri. Pengaruh yang ada dalam Majlis Presiden PH walaupun berbeza jumlah kerusi tetapi kita sama rata,” katanya.

Tambahnya, suara Bersatu dan Amanah yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen paling sedikit tetap didengari, sama seperti DAP dan PKR yang mempunyai anggota Parlimen teramai dalam PH.

“Sebagai contoh, (adakah) hanya kerana Bersatu ada 16 kerusi Parlimen sahaja, maka isu-isu kepentingan orang Melayu kita segan nak bawa dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. Perkara itu tidak timbul pun. Walaupun kita sikit tetapi kerana suara kita sama dalam Majlis Presiden kita juga berhak untuk bangkitkan perkara ini,” katanya.

Katanya hubungan antara parti dalam PH sangat kuat walaupun ada pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan rasa resah kepada rakyat kononnya PH adalah pakatan yang rapuh dan tidak kuat

“Semua isu dibincangkan (dalam Majlis Presiden). Apa sahaja dirasakan penting akan dibangkitkan dalam (mesyuarat) kepimpinan tertinggi parti. Ia dibuat dalam suasana serba kekeluargaan. Walaupun ada beza pendapat dan pandangan tetapi semangat ukhuwah dalam kalangan parti komponen PH sangat tinggi dan kuat,” katanya.

“Bayangkan kami daripada BN, Umno kini duduk semeja dengan DAP, PKR dan Amanah. Bila dah mula kenal antara satu sama lain baru kami tahu macam mana mereka berfikir.

"Rupa-rupanya tidak sama macam persepsi yang kita ada dulu. Kalau tanya dulu macam tak masuk akal. Silaturahim keempat-empat parti serta (parti sekutu) Warisan (Parti Warisan Sabah) pada tahap yang sangat baik,” katanya.

Ditanya mengenai perbalahan yang berlaku di antara pemimpin-pemimpin PH menerusi media sosial, Mukhriz berkata perkara itu bukan suatu yang membimbangkan apabila diambil kira negara dalam suasana politik baharu dan penggunaan media sosial yang meluas sekarang.

“Saya tak nampak itu sebagai perkara yang terlalu serius, berbanding dulu yang terlampau terkongkong. Dulu tak boleh cakap isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad), isu RM2.6 bilion pun tak boleh cakap. Tapi akhirnya isu-isu ini meletup juga. Perkara terkongkong itu menjadi isu besar bagi seluruh rakyat

“Sekarang kita lebih terbuka, walaupun ada perbezaan ia dibuat secara terhormat​​​​. Saya tidak nampak ini sebagai sesuatu yang boleh melemahkan kerajaan PH. Sebaliknya ini menunjukkan kita lebih telus dan kita meraikan perbezaan pendapat dengan harapan akhirnya wujud titik pertemuan yang mengambil kira pandangan-pandangan yang berbeza dalam kerajaan yang sama,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2018/12/mukhriz-tiada-parti-dominan-kekuatan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Ahli Umno Langkawi Keluar Parti Esok

30 Ahli Umno Langkawi Keluar Parti Esok

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 302 hits
GEORGE TOWN Sekurang kurangnya 30 ahli Umno Langkawi dijangka mengumumkan keluar parti esok kerana tidak berpuas hati dengan perkembangan dalam parti Melayu itu FMT difahamkan 30 ahli itu akan diketuai seorang ahli kanan yang pernah berkhid...
Umno Bukan Parti Hamba Sahya

Umno Bukan Parti Hamba Sahya

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 361 hits
Perlu diingat UMNO dan Barisan Nasional hilang kuasa kerana wujudnya dedalu yang memakan dedak selama ini Jelasnya memang bukan Lobakman sekor yang hidup sebagai hamba sahya selama ini Jenis perosak lagi merosakkan Lobakman dan mereka yang ...
Wujudnya Parti Baharu Tanda Kegagalan Kerajaan Sedia Ada

Wujudnya Parti Baharu Tanda Kegagalan Kerajaan Sedia Ada

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 439 hits
SABAK BERNAM Politik di Malaysia ketika ini dilihat tidak stabil dan perlu mengambil pelbagai aspek sekiranya mahu menubuhkan parti politik baharu Ketua Pembangkang Dun Selangor Rizam Ismail berkata sekiranya tertubuhnya parti politik bahar...
Bekas Adun Akar Umbi Umno Keluar Parti Di Langkawi

Bekas Adun Akar Umbi Umno Keluar Parti Di Langkawi

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 333 hits
Bekas Adun Ayer Hangat di Kedah Mohd Rawi Abdul Hamid keluar Umno bersama 30 anggota akar umbi parti itu di Langkawi hari ini Saya bersama 30 orang kami semua datang dari Langkawi ada ketua cawangan AJK pemuda bahagian ketua puteri Keputusa...
Eksklusif Khairy Nurul Izzah Rafizi Bentuk Parti Orang Muda

Eksklusif Khairy Nurul Izzah Rafizi Bentuk Parti Orang Muda

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 330 hits
Gandingan tiga pemimpin muda Khairy Jamaluddin Abu Bakar Nurul Izzah Anwar serta Rafizi Ramli dipercayai sedang menggerakkan satu wadah politik baharu berteraskan orang muda Ia selepas tiga ikon orang muda ini dilihat semakin akrab berkongs...
Lompat Parti Kerana Mahu Menguasai Kerajaan Ph

Lompat Parti Kerana Mahu Menguasai Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Bersatu agar berjaga jaga dengan ahli Umno yang melompat parti Menurutnya ahli Umno yang menyertai Bersatu mempunyai agenda tertentu iaitu mahu menguasai parti kerajaa...
Rakyat Akan Hukum Pemimpin Umno Keluar Parti

Rakyat Akan Hukum Pemimpin Umno Keluar Parti

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 546 hits
Najib RazakKUALA LUMPUR Bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan beberapa pemimpin UMNO yang bertindak keluar parti Beliau menyifatkan mereka yang berbuat demikian sebagai seorang individu yang...
Keluar Parti Tun M Bantu Bersihkan Umno

Keluar Parti Tun M Bantu Bersihkan Umno

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 301 hits
Wartawan Watan Online Penghijrahan keluar gerombolan wakil rakyat dan pimpinan UMNO sebelum ini hanya membantu mempercepat proses pemulihan parti ujar Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa Beliau berkata selain kepimpinan UMNO juga perl...
Akar Umbi Bersatu Bimbang Rahim Cemar Imej Parti

Akar Umbi Bersatu Bimbang Rahim Cemar Imej Parti

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 358 hits
Sejarah buruk yang berlaku antara bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dengan pemimpin dalam Pakatan Harapan sebelum ini membimbangkan akar umbi Bersatu apabila Rahim memohon untuk menyertai parti itu semalam Permohonan Rahim ...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Modern Living In Moscow By Ariana Ahmad A Fusion Of Art And Function

Beige Apartment In Yekaterinburg By Alexander Tischler A Tranquil Customizable Space

Let Penang Be Your Platform Chow Pitches State As Asean Education Hub With Focus On Ai Green Tech And Chip Design

Sabah Pkr Chief Retains Division Post Predecessor Liew Shown The Door

Do People Have To Reach A Certain Age Before They Actually Accuire Wisdom Or Is It Just A Gift By Nature

Tanda Tanda Slow Learner Pada Anak Sekolah Rendah